Wednesday, April 30, 2008

Kem Kepimpinan Murid 2008









Kem kepimpinan murid 2008 telah diadakan pada 11-13 April 2008 di Rock Resort, Ulu Yam. Kem ini adalah anjuran unit- unit dibawah Hal Ehwal Murid iaitu unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling SKS2BK. Murid-murid yang telah menghadiri kem ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Objektif kem ini adalah untuk menerapkan ciri-ciri kepimpinan dan memupuk semangat jati diri dikalangan murid untuk menjadi seorang pemimpin. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti aktiviti suai kenal, kepimpinan dan organisasi, membasah keringat, asli advanture, riadah, komunikasi berkesan, indahnya malam, asertif dalam menjalankan tugas dan resolusi diri.

LARIAN AMAL 2008: UPDATE

Pada 28 April 2008 saya, Cik Marlina, SU PIBG bersama Pn. Nafisah, PK HEM telah pun menghantar kertas kerja Larian Amal 2008 dan telah pun mendapat kelulusan secara lisan daripada PPD Petaling Perdana. Proses kelulusan rasmi akan menyusul kemudian. Oleh itu kerjasama daripada semua AJK PIBG serta para ibu bapa untuk persiapan awal amat diperlukan. Maklumat terkini akan diberi dari semasa ke semasa melalui blog ini.

Sasaran Keputusan UPSR 2008

Sekolah mensasarkan pencapaian UPSR pada tahun ini dengan 50 orang mendapat 5A dan peratus kelulusan pula ialah 85%. Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar sasaran tersebut dapat dicapai.

Buletin SKS2BK - Mei

Buletin sekolah bagi bulan Mei akan diedarkan pada 5 Mei 2008. Diharap semua warga SKS2BK dan para ibubapa dapat memberi perhatian tentang semua pekara yang telah dimaklumkan di dalam Buletin tersebut.

Esok Hari Pekerja - Cuti Umum

Saban tahun, tarikh 1 Mei akan merupakan cuti umum sempena Hari Pekerja atau Hari Buruh di negara kita. Ia sebenarnya juga merupakan Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia adalah peringatan akan kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Tuesday, April 29, 2008

Atlet olahraga SKS2BK catat sejarah


Pada 18-22 Februari 2008 pasukan olahraga SKS2BK iaitu seramai 25 orang atlet telah menyertai kejohanan olahraga MSSD Petaling Perdana kali ke-33 di Stadium Masushita di Shah Alam. Pada kejohanan tersebut atlet olahraga kita telah mencipta sejarah dengan kemenangan yang amat bergaya sekali sejak penyertaan pasukan olahraga kita pada tahun 2003. Atlet kita telah berjaya merangkul 4 emas, 4 perak dan 3 gangsa. Atlet kita juga iaitu Anis Marissa bt. Mazlee telah berjaya menjadi olahragawati daerah Petaling Perdana 2008.
Seramai 3 orang atlet olahraga kita telah dipilih menjalani latihan pusat untuk kejohanan olahraga MSSS peringkat negeri Selangor yang mana telah berlangsung pada 23-26 March 2008 di Stadium MBPJ. Pada kejohanan tersebut atlet kita telah merangkul 1 perak dan 2 gangsa yang mana salah seorang atlet kita iaitu Anis Marissa bt. Mazlee berkemungkinan dipilih mewakili negeri Selangor dalam acara 100m dan 200m.
Syabas!!!!!!!! Majulah sukan untuk SKS2BK.

29 April 2008: Catatan Guru Besar

Sebelum perhimpunan, masuk ke Bilik Guru untuk mengajak guru-guru turun ke Dataran Perhimpunan. Pn. Rathi mengendalikan sesi perhimpunan pagi ini. Sebaik tamat perhimpunan, terus meronda ke kelas-kelas. Didapati 2 buah kelas yang agak bising. Masuk ke kelas tersebut lalu membantu guru menguruskan pelajarnya. Sepanjang rondaan tersebut didapati tidak ada sebuah kelaspun yang menggunakan kemudahan ICT (mungkin kebetulan mereka tidak memerlukannya dalam P&P hari ini)

Buku Info Harian

Dalam dunia ICT yang serba canggih dan meriah pada masa ini sedikit sebanyak menjejaskan amalan pelajar membuat catatan menulis (secara mekanis). Untuk memastikan kemahiran menulis secara mekanis di luar dari suasana formal bilik darjah, pihak sekolah merancang untuk membekalkan buku Info Harian kepada setiap pelajar. Buku bersaiz poket ini mudah dibawa ke mana-mana untuk pelajar membuat catatan. Buku kecil ini akan diberikan secara percuma kepada semua pelajar untuk kali pertama. Seandainya hilang atau telah habis, pelajar perlu membeli sendiri.
Buku ini perlu dibawa ke perhimpunan pagi setiap hari kerana pelajar akan diminta mencatat beberapa perkara yang akan disampaikan oleh guru. Di antaranya info yang akan disampaikan ialah Learn A Word A Day (LAWAD). Pelajar perlu mencatat perkataan Bahasa Inggeris beserta dengan maknanya.

Monday, April 28, 2008

Lambang sekolah dan latar belakang sekolah


S.K.S.2.B.K mula dibina pada awal tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001. Sekolah ini mula beroperasi pada 4.2.2002 yang lalu. Seramai 17 orang guru kumpulan pertama yang ditugaskan mengajar di sekolah ini secara rasmi. Murid-murid kumpulan pertama pula ialah seramai 343 orang dengan 9 buah kelas dibuka.

Pada tahun 2003 sejumlah 14 buah kelas telah dibuka dan bilangan murid sekolah seramai 568 orang. Bilangan guru juga bertambah kepada 30 orang. Pada tahun 2004 terdapat 23 buah kelas dan seramai 826 murid dengan 42 orang guru. Kini, SKS2BK bergerak dengan tenaga kerja seramai 52 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Kami bekerja dengan satu misi dan visi yang sama untuk melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang.

Beratur dan Senyap di Perpustakaan


Barisan AJK PIBG 2008


PENASIHAT
EN. SUKIMIN BIN JUKI (sks2bk.gb@gmail.com)

YANG DIPERTUA
EN. HAMLAY BIN OTHMAN (hamlay@warisanad.com)

NAIB YANG DIPERTUA
EN. MOHD ZULHAIZAN BIN MOHD NOOR (zulhaizan@svcorporation.net)

SETIAUSAHA
CIK MARLINA BINTI MOHTAR (angah_2727@yahoo.com.my)

BENDAHARI
CIK PANG CHIN CHEE (pchinchee@gmail.com)


AJK IBU BAPA
· En. Ahmad Kamal b. Ramli
· Pn. Manjit Kaur (manjit@mida.gov.my)
· En. Mohd Zan b. Ayob
· En. Habidin b. Che Sat (habidin@pnb.com.my)
· En. Hasni b. Jusoh (hasnij@carigalihess.com)
· En. Gunantheran a/l Arulananda (gunatheran@townplan.gov.my)


AJK GURU
· Pn. See Yik Mee (sks2bk.see@gmail.com)
· Pn. Sapiha bt. Ismail
· Pn. Mahanom bt. Yaakob
· En. Saipullah b. Isa



JURUAUDIT
En. Mohd Sopian b. Abu (m.sopian@gmail.com)
Pn. Norsakimah bt Awang

Bulletin SKS2BK April 2008


Click on the images for the SKS2BK Bulletin April 2008 issue.
I hoped that the scan resolution is fine for general viewing pleasure. However, do feedback if otherwise. It is unfortunate that www.blogger.com do not accept pdf format.

Larian Amal 2008

Larian Amal 2008 bagi menambah dana PIBG sekolah dijangka akan dilangsungkan pada 12 Julai 2008 (Sabtu). Antara tujuan pengumpulan dana tersebut ialah untuk membina bumbung di dataran perhimpunan dan membina susur gajah. Sehubungan itu seandainya ada di antara ibu bapa yang mempunyai senarai syarikat yang berpotensi memberi sumbangan agar dapat memberikan nama syarikat, nombor telefon dan pegawai yang boleh dihubungi kepada Setiausaha PIBH di angah_2727@yahoo.com.my.

Pagi tadi salah seorang AJK PIBG, En. Mohd. Sofian telah hadir ke pejabat berbincang mengenai laluan larian dan pelannya. Beliau telah menyediakan pelan tersebut di samping contoh-contoh flyers. Cik Marlina selaku Setiausaha akan ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana petang ini bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Nafisah untuk mendapatkan kelulusan menganjurkan majlis ini. Semua dokumen yang disediakan oleh AJK PIBG akan dibawa untuk menyokong permohonan ini.

Minggu Baru Datang Lagi!

28 April 2008.
Hari pertama minggu ini dimulakan dengan perhimpunan mingguan di Dataran Perhimpunan. Pn. Sharifah Noordiran bt. Syed Othman, Pn. Tengku Hasnol Atikah bt. Tn. Hassan dan Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapathi merupakan guru bertugas pada minggu ini.
Semasa berucap, Guru Besar memperkenalkan perkataan baru iaitu 'cabip'. Beliau meminta pelajar secara sukarelka memberikan makna perkataan tersebut di atas pentas. Dua orang pelajar tampil ke hadapan mencuba namun jawapannya tidak tepat.
Isi utama ucapan Guru Besar adalah berkaitan disiplin pelajar dari segi kawalan kadar kebisingan. Suasana bising tidak bertempat boleh menimbulkan banyak masalah. Di antaranya ialah mengganggu pelajar yang sedang belajar. Pelajar yang sedang belajar akan terjejas tumpuannya serta sukar untuk mendengar isi perkara yang hendak gurunya sampaikan. Sehubungan itu adalah perlu untuk setiap pelajar agar mengawal kadar kebisingan terutama sewaktu bercakap (jangan menjerit-jerit), seretan kasut, dan berlari. Guru Besar mengingatkan agar Pengawas (yang menjadi barisan pertama dalam membantu guru mengawal disiplin) serta Ketua Kelas dan Penolongnya wajib mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta membantu mengawal pelajar lain agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan.
Akhirnya Guru Besar memberikan makna perkataan cabip tersebut iaitu cakap bila perlu. Guru Besar juga memaklumkan bahawa perkataan tersebut bukanlah perkataan rasmi tetapi singkatan yang direka sendiri agar pelajar mudah mengingatinya dan mengamalkannya. Itulah harapannya.

Friday, April 25, 2008

Sekolah dipecah masuk pada 12 April 2008!


Sekolah telah dipecah masuk pada kira-kira jam 2.30 pagi 12 April 2008. Mereka memasukinya melalui pintu pagar belakang yang telah diputuskan ikatan pagarnya. Dipercayai mereka telah mencuri kabel lightning arrester di beberap blok.

Bantuan Pakaian Seragam

Semalam telah berlangsung mesyuarat panel untuk meluluskan bantuan pakaian seragam (untuk aktiviti kokurikulum) oleh Kementerian Pelajaran bernilai RM100 setiap pelajar di Bilik Guru Besar. Mesyuarat dihadiri oleh Guru Besar, Yang diPertua PIBG (En. Hamlay), Naib YDP (En. Zulhaizan), En. Azmin (PK Kokurikulum) dan Pn. Nafisah (PK Hal Ehwal Murid).

Dalam perbincangna tidak formal, dicadangkan agar diwar-warkan kepada ibubapa tentang program dan projek yang sekolah ingin lakukan seperti Projek ICT merangkaikan komputer seluruh sekolah, membina bumbung di Dataran Perhimpunan, membina pelantar di hujung padang sekolah untuk kemudahan pengurusan sesuatu majlis yang berlangsung di padang dll.

Dalam edaran/makluman tersebut, dicadangkan agar disenaraikan program-program yang ingin dilaksanakan oleh sekolah. Apabila makluman tersebut sampai kepada ibubapa, mereka bolehlah menawarkan khidmat untuk menjayakan mana-mana program yang memerlukan bidang kemahiran/kepakaran masing-masing dengan menghubungi pihak sekolah. Dalam pada itu, ibubapa juga perlu diingatkan agar bantuan yang mereka hulurkan adalah ikhlas dan bukan menjadikan sekolah sebagai tempat untuk meraih keuntungan syarikat atau peribadi.

Cadangan ini berikutan, andainya semua projek tersebut ditawarkan kepada syarikat untuk membuatnya maka kosnya adalah tinggi. Dengan cara ini, kos tersebut dapat dijimatkan di samping dapat mewujudkan kerjasama permuafakatan di kalangan ibubapa dan guru.

Sehingga hari ini, terdapat beberapa projek yang telah diurus dan digotong-royongkan oleh ibubapa. Sebagai contoh Kemudahan Telefon Awam di tepi pondok pengawal keselamatan diusahakan oleh En. Loga.

Mesyuarat Exco Sekolah Kali Ke-9

25 April 2008, mesyuarat tersebut telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga ke pukul 12.15 tengah hari. Ahli Exco yang hadir:
1- En. Sukimin bin Juki, Guru Besar (Pengerusi)
2- Pn. Siti Hanim bt. Sungit (PK 1)
3- Pn. Nafisah bt. Salleh (PK HEM)
4- En. Azmin b. Yahya (PK Kokurikulum)
5- Pn. Norme Azura (Guru Data)
6- Pn. Maanila (Guru Disiplin)
7- Pn. Pn. Azura (Guru Pemulihan)
8- Pn. Juliana Wahid (Guru Bimbingan dan Kuanseling)
9- Pn. Masitah Anang (Guru Media)

Mesyuarat ini dijalankan setiap minggu iaitu pada hari Jumaat.

Posting Pertama

Blog ini telah dibina dan diterbitkan pada 25 April 2008 (Jumaat)