Friday, February 27, 2009

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2010/2011

Makluman pendaftaran murid Tahun 1:

Sesi persekolahan 2010 : Murid lahir pada 02/01/2003 - 01/01/2004
Tarikh pendaftaran dibuka : Mulai 02/03/2009 - 15/04/ 2009 (waktu pejabat, pendaftaran awal)
Selepas dari tarikh di atas, dikira sebagai pendaftaran LEWAT.

Sesi persekolahan 2011 : Murid lahir pada 02/01/2004 - 01/01/2005
Tarikh pendaftaran dibuka : Mulai 02/03/2009 - 15/04/ 2009 (waktu pejabat)
Pendaftaran ditutup selepas tarikh tersebut dan akan dibuka semula pada Mac 2010.

Perkara-perkara perlu dibawa pada hari pendaftaran:
1. Sijil lahir anak yang asal
2. Salinan sijil lahir anak
3. Bil Air/Bil Elektrik yang asal
4. 2 keping sampul surat berukuran 4" x 9" dan 6" x 9", ditulis nama anak, beralamat lengkap
dan bersetem RM0.50.
5. Mengisi borang pendaftaran dengan lengkap.

# Permohonan pendaftaran ini adalah sebagai syarat bahawa anak-anak tuan/puan telah didaftarkan untuk bersekolah pada tahun yang berkenaan. Permohonan ini tidak menjanjikan bahawa anak tuan/puan telah diluluskan untuk bersekolah di sekolah ini. Sebarang kelulusan bersekolah adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana berdasarkan kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.

Tuesday, February 24, 2009

GIGI CANTIK SENYUM MENAWAN!




Program Penjagaan Gigi sempena lawatan Jururawat Pergigian dari Pusat Kesihatan Seri Kembangan telah dijalankan di sekolah mulai 17 Februari 2009 hingga 26 Februari 2009. Sepanjang tempoh tersebut, murid-murid telah menjalani pemeriksaan gigi, ditunjukkan cara-cara memberus gigi dengan betul, pameran kesihatan gigi serta permainan "puppet" khas untuk murid-murid tadika. Semoga dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid SKS2BK menjaga gigi dengan sempurna dan memiliki gigi yang cantik dengan senyuman yang lebih memikat.

GURU GANTI DIPERLUKAN!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru ganti di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, harap dapat datang dengan kadar segera ke sekolah pada waktu pejabat. Sila bawa bersama sijil-sijil yang berkaitan dan kelayakan minima adalah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian Bahasa Melayu dan berumur 32 tahun ke bawah.

Wednesday, February 11, 2009

Sebelum dan Selepas

18 November 2008

22 Disember 2008

Monday, February 9, 2009

PERINGATAN KESELAMATAN UNTUK SEMUA MURID

Pada waktu pagi, sebaik tiba di sekolah sila berada di kantin sekolah. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas atau di kawasan-kawasan lain kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kerana keadaan yang masih gelap. Murid-murid diminta berada di kantin sehingga jam 7.15 pagi dan akan diawasi oleh guru disiplin. Sekiranya ingin ke tandas, sila pergi dalam kumpulan dua orang atau lebih. Murid boleh bergerak dari kantin pada jam 7.15 pagi menuju ke tapak perhimpunan. Anda juga dibenarkan ke kelas untuk meletak beg dan membuat tugasan harian seperti menyapu sampah, menyusun kerusi meja dan membersihkan papan hitam. Sepanjang berada di tapak perhimpunan, semua murid digalakkan membawa bahan bacaan sama ada buku teks, buku cerita, buku sifir dan sebagainya yang bermanfaat. Anda tidak dibenarkan berlari, bermain-main kerana boleh mendatangkan kecederaan dan mencetuskan pergaduhan. Sepanjang berada di tapak perhimpunan, anda akan diawasi oleh guru bertugas harian.
Selain itu, semua murid juga diingatkan agar tidak menggunakan laluan kereta guru pada waktu datang dan balik. Anda hanya boleh menggunakan laluan masuk melalui pagar kecil, terus ke wakaf(pondok jaga) dan seterusnya menggunakan laluan kantin. ibu bapa juga diminta memberi kerjasama untuk mengingatkan anak masing-masing tentang keselamatan diri mereka.
Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menjadikan sekolah tempat selamat untuk semua.

Sunday, February 1, 2009