Tuesday, September 29, 2009

LAWATAN KE PETROSAINS PADA 30 SEPTEMBER 2009

Lawatan ke petrosains akan dijalankan pada 30/09/09 (Rabu). Bas pertama akan bertolak terlebih dahulu yang melibatkan tahun 4 dan 5. Manakala bas kedua pula akan bertolak selepas murid tahun 6 menjalankan peperiksaan agama setara. Murid seramai 80 orang akan melalui jejantas menara berkembar antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Selepas itu, murid akan makan tengah hari dan tepat pukul 1.00tgh akan masuk ke petrosains sehingga pukul 3.30 ptg. Murid akan solat dan bertolak balik ke pukul 4.00 petang. Dijangka sampai pukul 5.00 petang.

6 orang guru yang terlibat adalah Pn. Juliana, Cik Pang Chin Chee, En. Jafri, Cik Marlina, Pn. Sharifah Noordiran dan Cik Rokhraizan. 2 orang ibu bapa akan membantu guru dalam lawatan ini.

Thursday, September 17, 2009

Analisis Keputusan PKSR 3/2009
Peratus % Lulus

Bahasa Malaysia (Pemahaman)


Tahun 1: 96.08%
Tahun 2: 82.52%

Tahun 3: 96.49%
Tahun 4: 92.19%
Tahun 5: 94.97%
Tahun 6: 92.54%


Bahasa Malaysia (Penulisan)

Tahun 1: 93.63%
Tahun 2: 86.01%
Tahun 3: 90.06%
Tahun 4: 81.25%
Tahun 5: 93.85%
Tahun 6: 91.04%

Bahasa Inggeris

Tahun 1: 74.51%
Tahun 2: 79.72%
Tahun 3: 94.12%
Tahun 4: 86.91%
Tahun 5: 83.71%
Tahun 6: 88.06%

Matematik

Tahun 1: 86.27%
Tahun 2: 75.52%
Tahun 3: 79.29%
Tahun 4: 66.49%
Tahun 5: 68.54%
Tahun 6: 71.14%

Sains

Tahun 1: 96.57%
Tahun 2: 93.71%
Tahun 3: 92.31%
Tahun 4: 47.92%
Tahun 5: 68.16%
Tahun 6: 85.57%

Wednesday, September 16, 2009

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM SKS2BK

Pada 16 September 2009 Unit Kebajikan Sekolah akan mengadakan satu majlis pemberian duit raya kepada semua anak-anak yatim SKS2BK di bilik wawasan iaitu seramai 29 orang murid tanpa mengira kaum dan agama.

Duit raya ini adalah sumbangan daripada semua guru dan staf SKS2BK. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengembirakan anak-anak yatim dan selain dari itu dapat berkongsi kesedihan kehilangan orang yang tersayang bersama warga sekolah ini.

Terima kasih kepada semua guru dan staf yang telah sudi menghulurkan sumbangan.

Tuesday, September 15, 2009

BERITA TERKINI - CUTI HARI RAYA AIDILFFITRI 2009

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI BERMULA PADA 18 SEPTEMBER 2009 (JUMAAT)
SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2009. CUTI PADA 18 SEPTEMBER INI ADALAH CUTI BERGANTI DAN TARIKH GANTI SEKOLAH ADALAH PADA 31 OKTOBER 2009 (SABTU) MENGGUNAKAN JADUAL HARI JUMAAT. PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAN IBU BAPA SKS2BK.

Monday, September 14, 2009

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN

Hari : Khamis
Tarikh : 17 September 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan SKS2BK
Dirasmikan oleh : En. Hamlay b. Othman (YDP PIBG)
Aktiviti : Perarakan kompang selawat murid tahun 4 (j-QAF) dan tahun 6 seramai 340 orang murid, Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian serta Penyampaian Hadiah.

PROGRAM TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN





Program Tadarus ini dijalankan pada 14 September 2009 pada pukul 9.00 hingga 11.00 pagi bagi murid tahun 4 (j-QAF) dan tahun 6 iaitu seramai 340 orang murid sempena Program Ihya' Ramadan di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk melancarkan bacaan dan mewujudkan kesungguhan dan ketekunan dalam membaca ayat-ayat al-Quran sempena bulan Ramadan almubarak.

Thursday, September 10, 2009

PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 2010

Kepada semua ibu bapa murid Tahun 1 2010. Harap dapat ambil tindakan segera untuk membuat pengesahan penempatan tahun 1 2010 anak tuan puan. Surat pemberitahuan telahpun dihantar kepada ibu bapa murid-murid berkenaan pada hujung bulan Julai yang lalu. Sebarang kelewatan membuat pengesahan akan menyukarkan pihak sekolah untuk membuat tindakan selanjutnya dan tuan puan akan dianggap sebagai tidak berminat untuk menghantar anak tuan puan untuk belajar di sekolah ini. Oleh itu, kerjasama semua ibu bapa yang berkenaan adalah amat diharapkan dan dapat mengambil tindakan membuat pengesahan penempatan dengan kadar segera. Terima kasih.

HARI KE-3 UPSR 10.09.2009






Lega rasanya murid-murid Tahun 6 hari ini kerana hari terakhir murid-murid menduduki UPSR. Jadual peperiksaan hari ini agak padat sampai ke petang iaitu 3.45 petang barulah selesai.
Setiap pagi, Ustaz Izrain akan membaca doa bersama-sama murid.

Wednesday, September 9, 2009

HARI KEDUA UPSR 09.09.2009











Hari ini merupakan hari kedua UPSR. Seperti biasa setiap pagi murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan mengikut angka giliran masing-masing, dan guru bertugas memberi arahan kepada murid-murid memakai mask, mengambil bacaan suhu dan menyampaikan amanat penting sebelum menduduki peperiksaan. Pada hari ini juga pegawai daripada PPD Petaling Perdana telah datang ke sekolah membuat pemantauan iaitu Encik NorHashim bin Hj Ibrahim.

Tuesday, September 8, 2009

Peperiksaan Setara Pendidikan Agama Islam Tahun 6

Untuk makluman semua ibu bapa dan murid-murid Tahun 6, peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam Tahun 6 yang akan dijalankan serentak pada 11 September 2009, ditunda pada 30 September 2009 nanti. Kertas soalan digubal oleh PPD Petaling Perdana. Keputusan markah mata pelajaran ini akan diambilkira sebagai syarat permohonan SMKA ke Tingkatan 1 Tahun 2010.

Harap maklum !

CUTI SEMPENA HARI RAYA PUASA

Sekolah akan mula bercuti sempena Hari Raya Puasa pada 21 September 2009 hingga 25 September 2009. Sekolah akan beroperasi seperti biasa pada 28 September 2009.
Selamat Menyambut Aidil Fitri!

UPSR 2009 (8 hingga 10 September 2009)

Hari ini merupakan hari pertama murid-murid menduduki peperiksaan UPSR. Dua orang murid didapati tidak sihat dan diletakkan dalam Bilik Kuarantin. Semua warga sekolah mendoakan semua murid Tahun 6 dapat menjawab soalan dengan tenang dan baik. Semoga Berjaya!!!
Sepanjang minggu UPSR kehadiran murid ke sekolah adalah mengikut giliran untuk mengelak kebisingan dan seterusnya boleh mengganggu konsentrasi murid-murid Tahun 6
iaitu;
8.09.09(Selasa) Semua Tahun 1 dan Tahun 2
9.09.09(Rabu) Semua Tahun 3 dan Tahun 4
10.09.09(Khamis) Semua Tahun 5 dan Prasekolah
Kehadiran murid pada hari Jumaat adalah seperti biasa.

Thursday, September 3, 2009

H1N1 : MEWAJIBKAN PEMAKAIAN "MASK" KEPADA SEMUA WARGA SKS2BK DAN PELAWAT

Ekoran penularan wabak H1N1 yang masih berlarutan, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah yang difikirkan dapat membantu dalam pencegahan wabak ini. Antara langkah-langkah tersebut ialah mewajibkan pemakaian 'mask' untuk semua warga SKS2BK dan pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah. Oleh itu, semua warga sekolah boleh membeli 'mask' dari Kelab Guru dan Staf yang dijual dengan harga RM0.30 seunit. 'Mask' akan dijual pada awal pagi di kantin dan juga di kelas-kelas melalui guru kelas masing-masing. Bagi pelawat pula boleh membeli 'mask' di pejabat sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk memastikan anak masing-masing memakai 'mask' apabila hadir ke sekolah. Selain itu, ibu bapa juga diminta tidak menghantar anak-anak yang didapati demam atau ada gejala ILI ke sekolah. Sekiranya anak tuan puan demam di sekolah dan tuan puan mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah, sila datang mengambil anak dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan.

Kerjasama semua ibu bapa, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH SESI PERSEKOLAHAN 2010

Permohonan adalah dipelawa kepada murid-murid tahun 6 2009 yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh. Permohonan boleh dibuat mulai
01 September 2009 hingga 15 Oktober 2009 melalui web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Syarat-syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus peperiksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang
ditetapkan.
3. bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh
yang berkaitan.

Syarat-syarat Permohonan:
1. Warganegara Malaysia
2. Murid sekolah kebangsaan sahaja
3. Mencapai 5A atau 4A1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti gred A)
4. Aktif dalam kokurikulum

Prosedur Permohonan Murid:
1. Murid membuat permohonan secara on-line melalui web KPM: http://www.moe.gov.my.
2. Murid mencetak 2 salinan permohonan.
3. Murid menyerahkan salinan pertama permohonan kepada Guru Besar masing-masing untuk
mendapat pengesahan.
4. Murid menghantar salinan kedua kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh mengikut
pilihan.

Sekiranya murid tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing untuk memdapat bantuan menggunakan kemudahan internet di Makmal Komputer Sekolah.

Berbuka Puasa, Solat Hajat, Yassin dan Terawikh





Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Tarawikh

Majlis tersebut khusus untuk pelajar Tahun 6 akan diadakan di sekolah esok, 2 September 2009. Semua ibubapa yang beragama Islam dijemput hadir. Majlis akan bermula pada jam 6.30 petang dan dijangka tamat pada 9.45 malam.
Aturcara:
  1. Pendaftaran di Wakaf
  2. Berbuka puasa (jamuan ringan di kantin)
  3. Solat Maghrib berjemaah
  4. Makan di kantin
  5. Solat Isyak
  6. Solat Hajat
  7. Bacaan Yassin
  8. Tarawikh
Memandangkan penularan wabak H1N1 di tahap yang agak membimbangkan, maka semua yang hadir diwajibkan memakai topeng muka (mask).
Para hadirin juga diharap dapat membawa Yassin masing-masing kerana dikhuatiri bekalan yang ada di sekolah tidak mencukupi. Selain itu para hadirin juga digalakkan membawa sebotol air minuman untuk bacaan Yassin.
Maklumat lanjut akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.