Friday, August 27, 2010

~Nuzul Quran 1431H~

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata Al-Quran mukjizat akhir zaman atau Al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran. Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan."(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)

Aktiviti Tadarus Al-Quran yang dijalankan di surau SKS2BK sepanjang bulan Ramadhan.






Posted by Ustazah Julia Zainira bt Zaimon

Thursday, August 26, 2010

CERAMAH MOTIVASI PECUTAN TERAKHIR UPSR

Tarikh : 24 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
Sasaran: Semua Murid Tahun 6
Penceramah: En. Badrul Sani

Program ini dijalankan untuk memberi semangat dan motivasi kerana telah hampir dengan tarikh peperiksaan UPSR. Semoga usaha murni ini dapat mencapailah impian kita untuk mencapai 60 orang murid kita mendapat 5A dan peratus lulus semua mata pelajaran UPSR melebihi 90%.

Wednesday, August 25, 2010

WAKTU REHAT SEMPENA UPSR 2010

Kepada semua,
Ibu bapa dan penjaga.
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Tuan,

MAKLUMAN REHAT MURID SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2010

Merujuk kepada perkara di atas, sempena peperiksaan UPSR, murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 akan direhatkan secara bergilir-gilir seperti berikut :

1. 21.09.2010 (Selasa) Tahun 1, Tahun 4 dan Tahun 5
2. 22.09.2010 (Rabu) Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
3. 23.09.2010 (Khamis) Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4

Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 24.09.2010 (Jumaat).

Kerjasama tuan/puan diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Kepada ibu bapa dan penjaga,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Tuan,

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2010

Merujuk kepada perkara di atas,

Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan becuti tambahan sempena sambutan Hari raya Aidilfitri pada tarikh-tarikh di bawah.

13.09.2010 (Isnin), 14.09.2010 (Selasa) dan 15.09.2010 (Rabu)

Pada 16.09.2010 (Khamis) adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah agar hadir ke sekolah seperti biasa pada 17.09.2010 (Jumaat).

Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada hari tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Thursday, August 19, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Pusat Sumber


Cikgu Hidayah : Johan Kuiz Uji Minda Guru


Para Pemenang Pertandingan Aktiviti Bulan Pusat Sumber


Pemenang Fotografi Aksi Membaca Paling Menarik & Pemenang Pemilik Buku Paling Unik


Kelas Nilam Terbaik Tahap 2 : 4 Novell


Pengiktirafan Nilam 2010 : Pembaca Buku Terbanyak


Pengiktirafan Nilam 2010 : Pembaca Buku Terbanyak

Pada 5 Julai 2010, pelancaran Bulan Pusat Sumber telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1,Puan Nafisah bt Salleh. Sepanjang tempoh Bulan Pusat Sumber ini, pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan telah dijalankan dengan jayanya seperti Kuiz Uji Minda, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Foto Membaca Paling Kreatif, Pertandingan Reka Bentuk Buku Paling Unik dan lain-lain.

Program ini berakhir pada 29 Julai 2010 dan Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang telah dilaksanakan pada 9 Ogos 2010. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di atas penglibatan sepanjang program ini dijalankan.

posted by : Ustazah Julia Zainira bt Zaimon

Wednesday, August 18, 2010

PECUTAN TERAKHIR UPSR ANJURAN MGBK PETALING PERDANA





Satu program Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling (MGBK) Daerah Petaling Perdana telah diadakan mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 2 & 3 Ogos 2010
Masa : 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : SJK(C) Lick Hang, Subang Jaya
Sasaran : 4 orang murid UPSR

Diharap murid yang dapat menghadiri majlis ini mengambil maklumat serta tip-tip penting untuk menghadapi UPSR daripada penceramah.

MENGIMBAU KENANGAN PROGRAM KEPIMPINAN MUDA 2010














Program Kepimpinan Muda 2010 telah berlangsung pada 23 Julai 2010 hingga 24 Julai 2010. Berbagai aktiviti telah dijalankan mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 23/7/10 hingga 24/7/2010
Masa : 2.30 petang Jumaat hingga 5.30 petang Sabtu
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Konsultan : ASA Explore
Sasaran : Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas, Ketua dan AJK Unit Berunifom, Permainan dan Kelab Kokurikulum iaitu seramai 108 orang murid.

Diharap aktiviti yang dijalankan adapat memberi semangat dan kekuatan untuk murid yang hadir supaya menjadi pemimpin yang terbaik untuk sekolah.

MOTIVASI TAHUN 6 KALI KE-4




PIBG bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bekerjasama untuk menjalankan satu program motivasi bagi membantu murid tahun 6 sebelum UPSR. Aktiviti tersebut adalah seperti berikut :-

Tarikh : 18 Ogos 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 8.30pagi hingga 10.30 pagi
Konsultan : Learning Edge Concultants
Sasaran : 69 orang murid

Diharap semua murid yang terlibat dapat memanafaatkan program ini bagi menyuntik semangat untuk berjaya dalam UPSR 2010.

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 16 Ogos 2010 (Isnin) SKS2BK telah melancarkan Bulan Kemerdekaan (Patriotisme) peringkat sekolah. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh En. Azmin (GPK Kokurikulum). Bulan Kemerdekaan ini telah dirancang dan dikendalikan oleh guru-guru Kajian Tempatan SKS2BK. Di akhir majlis perasmian tersebut warga SKS2BK diperdengarkan lagu-lagu patriotik oleh guru yang bertugas. Sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan ini, Panitia Kajian Tempatan telah merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan mewarna, kuiz, melukis poster, pertandingan ikrar Rukun Negara, membina pantun dan pertandingan menceriakan kelas bertemakan kemerdekaan. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan kita ini.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 10, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN SEMPENA UPSR 2010

Kepada,
Ibu, bapa dan penjaga,
Murid Islam Tahun 6.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Dimaklumkan bahawa sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin untuk murid Tahun 6 seperti butiran berikut : -

Tarikh : 2 September 2010 (Khamis)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah

Aturcara

6.30 petang - Pendaftaran, berbuka puasa dan makan malam.

7.30 malam - Solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yaasin, solat Isyak serta solat tarawih.

9.45 malam - Moreh

10.00 malam - Bersurai

Sehubungan dengan itu, tuan/puan beserta anak Tahun 6 dijemput hadir ke majlis tersebut bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Tuan/puan diminta mengembalikan borang kehadiran kepada guru kelas anak masing-masing sebelum atau pada 20 Ogos 2010.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan pada perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(HAMLAY BIN OTHMAN)
Yang Di Pertua PIBG,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

PERINGATAN BAYARAN DERMA/SUMBANGAN PIBG 2010

Kepada,
Ibu, bapa dan penjaga yang berkenaan,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Dimaklumkan bahawa sekolah telah mengedarkan surat pemberitahuan kutipan bayaran derma PIBG sebanyak RM50.00 sahaja bagi mengisi tabung PIBG pada tahun ini.

Berdasarkan rekod, tuan/puan masih belum menjelaskan derma/sumbangan tersebut dan berkemampuan berbuat demikian.

Ketika ini, PIBG menghadapi kekangan dana bagi menampung pembiayaan segala aktiviti pembangunan dan kemajuan murid-murid.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menjelaskan derma/sumbangan tersebut untuk membolehkan PIBG membantu sekolah bagi segala aktiviti pembangunan dan kemajuan murid-murid khasnya.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(HAMLAY BIN OTHMAN)
Yang Di Pertua PIBG,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.

Monday, August 9, 2010

~~AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREM~~1431H


Assalamua'alaikum,
Bulan suci Ramadhan sudah di depan mata, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh dengan keampunan.

Perlu persiapan mental yang matang dan kejernihan hati untuk menyambutnya..
sudilah kiranya, membuka pintu hati untuk menerima ucapan kami.. " MINAL AIDIN WAL FA IDZIN, MOHON MAAF LAHIR & BATHIN "

Semoga, kita diberi kekuatan dan keringanan dalam menjalani ibadah puasa.
~Ikhlas dari kami warga SKS2BK~

posted by Ustazah Julia Zainira

SAMBUTAN SEMARAK MERDEKA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2010

Sempena bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah akan menganjurkan program "Semarak Merdeka" bermula 17 Ogos hingga 17 September 2010. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya adalah pemasangan bendera di seluruh kawasan sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik para ibu bapa untuk menyumbang bendera(sebarang bentuk/saiz) agar hasrat sekolah tercapai untuk menyambut bulan kemerdekaan ini dengan penuh kemeriahan dan penuh dengan semarak kemerdekaan. Semua sumbangan boleh diberikan kepada anak masing-masing atau boleh diberikan di pejabat sekolah.

Sokongan dan kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kem Bestari Solat - Siri 3 & 4








Kem Bestari Solat datang lagi untuk murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Program kali ini lebih memfokuskan kepada bacaan dan latihan pemantapan sebutan. Program kali ini meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program bermula pada pukul 7.40 pagi hingga pukul 11.30 pagi. Diharap murid-murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

posted by - Ustazah Julia Zainira

Saturday, August 7, 2010

AKTIVITI SEPANJANG BULAN OGOS DAN SEMPENA IHYA' RAMADHAN

Aktiviti sempena bulan Ramadhan 1431 H:
1. Sambutan Ihya' Ramadhan- Sepanjang bulan Ramadhan
2. Majlis berbuka puasa, solat hajat, bacaan Yassin untuk murid Tahun 6
Tarikh : 02 Sept 2010 (Khamis)
Masa : 7.00 malam - 10.00 malam
Tempat : Dewan SKS2BK
3. Tadarus & Khatam Al-Quran
4. Pemberian duit raya

Aktiviti Moral(murid bukan Islam)
1. Ceramah motivasi
2. Sembahyang di kuil (murid Tahun 6)
3. Pemberian duit sempena perayaan Deepavali (anak-anak yatim SKS2BK)

Majlis berbuka puasa, solat hajat, bacaan Yassin untuk murid tahun 6:
Semua murid Tahun 6 diminta hadir bersama-sama ibu bapa masing-masing. Sehubungan itu, pihak sekolah dan PIBG amat mengharapkan kerjasama ibu bapa untuk memberi sumbangan bagi membiayai majlis berbuka puasa ini. Semua sumbangan boleh diberikan kepada guru kelas anak-anak masing-masing. Surat makluman akan diedarkan kepada semua murid Islam Tahun 6.


Majlis Sumbangan Duit Raya untuk murid SKS2BK:
Sempena majlis tersebut, pihak sekolah ingin memohon sumbangan sampul duit raya. Kepada yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian melalui anak masing-masing atau boleh menyumbang di kaunter pejabat sekolah. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak 1200 keping.


Semoga semua aktiviti yang dirancang akan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua warga SKS2BK. terima kasih.