Tuesday, April 26, 2011

MOTIVASI GEGAR MINDA II



Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Sumber SKS2BK. Ia disertai oleh murid-murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR 2011 kelak. Ia juga menerapkan nilai-nilai kesedaran diri murid dan persepsi minda yang mereka boleh lakukan apabila mempunyai keyakinan diri dan kepercayaan yang mereka boleh lakukan. Penceramah yang diundang bagi menjayakan program ini ialah En. Samri dari ASA Explore. Semoga setelah mengikuti program ini murid-murid SKS2BK khususnya murid-murid Tahun 6 akan lebih bersedia dan fokus terhadap matlamat perjuangan mereka.

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 27 April 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 sahaja wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti unit beruniform.

Tuesday, April 19, 2011

PELANCARAN BULAN DUNIA SENI VISUAL





Seni itu indah,
Tanpa seni tiadalah budaya,
Tiada budaya hilanglah warisan.

Dengan tema di atas, Bulan Dunia Seni Visual 2011 terasmi sudah. Perasmian dibuat oleh Pn. Mazura bt. Ismail selaku GPK Tadbir & Kurikulum SKS2BK. Ia dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual di bawah ketua panitianya iaiti Pn. Siti Hawa. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :
1. Pertandingan Mewarna
2. Pertandingan Melukis
3. Pertandingan Wajah Fotogenik
4. Pertandingan Merekacipta Kad Hari Jadi
5. Pertandingan Merekacipta Pakaian Daripada Surat Khabar

Bulan Dunia Seni Visual ini akan berlangsung dari 19 April 2011 hingga 9 Mei 2011. Marilah kita sama-sama menjayakan aktiviti yang penuh warna-warni ini.

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 20 April 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 dan Tahun 3 sahaja wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti permainan.

Tuesday, April 12, 2011

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 13 April 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti kelab dan persatuan.

SEKOLAH GANTI DEEPAVALI

Perhartian,
Kepada ibu bapa dan penjaga.

SKS2BK akan mengadakan sekolah ganti pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 April 2011 (Sabtu) & 7 Mei 2011 (Sabtu)

Ini adalah berikutan SKS2BK akan memanjangkan cuti sempena Hari Deepavali 2011 nanti. Dengan ini ibu bapa dan penjaga akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak dan keluarga tersayang.


Mesyuarat PIBG 2011

Kepada semua AJK PIBG SKS2BK,
Sesi 2011/2012.

Suatu mesyuarat khas akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 17 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik Wawasan, SKS2BK
Agenda : Program Tahun 6

Diharapkan tuan/puan dapat menghadiri mesyuarat tersebut mengikut ketetapan seperti di atas.

Sekian, harap maklum.

SLIP KEPUTUSAN UJIAN BULANAN

Kepada ibu bapa dan penjaga,
Murid SKS2BK.

Slip keputusan Ujian Bulanan bagi bulan Mac 2011 telah diedarkan kepada murid-murid SKS2BK melalui guru kelas masing-masing untuk perhatian ibu bapa dan penjaga sekalian. Tuan/puan diminta menandatangani dokumen tersebut sebelum diserahkan kepada guru kelas anak masing-masing untuk disimpan ke dalam fail peribadi atau dikepilkan ke dalam buku laporan prestasi murid-murid tersebut.

Monday, April 11, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH




Semasa perhimpunan rasmi pagi Isnin ini telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang telah berlangsung. Majlis penyampaian hadian telah disempurnakan oleh Guru Besar dan GPK HEM SKS2BK. Antara acara yang telah dimenangi adalah Pertandingan Public Speaking Peringkat Daerah Petaling Perdana yang telah dimenangi oleh Bhpyndhar Singh A/L Manjit Singh. Beliau telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

SKS2BK juga telah menghantar dan memenangi acara jemputan sempena Sukan Tahunan Sekolah Sri Sedaya. Acara jemputan yang mereka telah sertai adalah acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter . Mereka yang telah mengharumkan nama SKS2BK ialah Muhammad Nur Fitri (6 Gamma), Muhammad Irham (6 Gamma), Nik Adlil (6 Alfa) dan Rafsham (6 Beta).

Di dalam acara berpasukan pula, SKS2BK telah menghantar Pasukan Bolasepak Sekolah yang dibimbing oleh Ustaz Suhaib, Cikgu Raja Othman dan Cikgu Azami ke Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun Zon E, Majlis Perbandaran Subang Jaya yang berlangsung di SK Puchong Perdana. Mereka telah berjaya menduduki tempat ketiga.

Di peringkat sekolah pula, Program NILAM SK2BK telah menyampaikan hadiah kepada para pembaca terbanyak dari bulan Januari hingga Mac 2011. Mereka ialah Nurul Balqis Bt. Zulkefli (1 Ferum), Muhammad Ikhwan Hakimi B. Zambri (2 Kejora), Wan Noorafiqah Bt. Wan Abdillah (3 Anggerik), Nur Shariena Chong Bt. Mohamad (4 Berlian), Nurul Atiqah Bt. Mohd Lasa (5 Novell) dan Sofiah Hanim Bt. Shuhaizan (6 Alfa).

Thursday, April 7, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 kini sudah kembali. Mari kita ramai-ramai hebohkan berita baik ini. 22 April hingga 1 Mei 2011. Pelbagai buku daripada pelbagai penerbit dipamerkan. Jangan lepaskan peluang ke pesta buku terbesar Asia Tenggara ini. Masukkan tarikh-tarikh ini ke dalam kalendar tuan dan puan. Sila layari laman sesawang KLIBF 2011, Kuala Lumpur.

PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS2BK, telah melancarkan Pertandingan Menulis Karangan. Karangan haruslah bertemakan bidang kerjaya sahaja. Tajuk yang dipilih pada tahun ini adalah "Kerjaya Idaman Pencetus Inspirasi".

Antara syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut : -
1. Terbuka kepada semua murid Tahap 2 SKS2BK sahaja.
2. Karangan yang kreatif - Boleh menggunakan warna dan gambar.
3. Jumlah patah perkataan : Bebas
4. Karangan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

Semua penyertaan mestilah diserahkan kepada Cikgu Azean (Guru B&K SKS2BK) selewat-lewatnya pada 15 April 2011 (Jumaat).

Wednesday, April 6, 2011

CERAMAH DAN PENDAFTARAN ARITMETIK MENTAL


Sukacita dimaklumkan bahawa Aritmetik Mental Genius Mind akan mengadakan satu ceramah dan pendaftaran di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara pada ketetapan seperti berikut :


Tarikh : 16 April 2011

Hari : Sabtu

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Kantin Sekolah

Ibu bapa atau penjaga yang berminat menghantar anak-anak mereka mengikuti kursus ini dijemput menghadiri kelas percubaan bersama dengan anak supaya dapat memperoleh maklumat dan penerangan yang diperlukan daripada kakitangan Syarikat Genius Mind yang akan hadir.

Tuesday, April 5, 2011

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 6 April 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti permainan.

Sunday, April 3, 2011

PERTEMUAN KHAS GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6





HANGATKAN SEKOLAHKU

Hangatkan Sekolahku kini kembali.

Anda yang bergelar murid/pelajar sekolah dijemput untuk menyertai. Hanya nyatakan apa yang anda inginkan untuk sekolah anda.

Adakah anda inginkan peralatan muzik baru untuk sekolah anda? Atau ingin mencantikkan kawasan kantin?

Apa yang anda perlukan?

Mulai 28 Mac, anda berpeluang untuk menghangatkan suasana sekolah anda bersama kami. Hantarkan penyertaan anda di sini sekarang!

Sekolah-sekolah yang terpilih bakal dikunjungi oleh penyampai-penyampai Hot FM dan artis terkenal tanah air.

Saturday, April 2, 2011

PERTEMUAN KHAS GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6

Suatu pertemuan khas antara guru-guru dan ibu bapa khususnya kepada murid Tahun 6 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Kantin Sekolah
Tetamu kehormat : Y.B. Dato' Hj. Satim Bin Diman

Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan masa depan murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September 2011 nanti. Diharapkan dalam perbincangan ini nanti dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid tersebut.