Monday, May 23, 2011

PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1 TAHUN 2011

Bermula pada 23 Mei 2011 (Isnin), SKS2BK akan mengadakan Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 1 (PKSR 1) bagi tahun ini. Peperiksaan ini berlangsung sehingga 27 Mei 2011 (Jumaat). Jadual waktu peperiksaan telah diserahkan kepada murid-murid pada minggu lepas. Sila rujuk jadual peperiksaan untuk maklumat lanjut.

Semua kelas tasmik, kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum adalah dibatalkan bagi membolehkan murid-murid membuat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sekian, harap maklum.

Monday, May 16, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011




Tanggal 16 Mei 2011 (Isnin), SKS2BK telah mengadakan sambutan Hari Guru di dataran perhimpunan sekolah. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah "Guru Penjana Tranformasi Negara". Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu serta ucapan dan perutusan daripada Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, wakil guru dan wakil murid. Seterusnya persembahan oleh murid-murid mengambil tempat sebelum disudahi dengan pemberian hadiah dan cenderamata oleh murid-murid kepada guru-guru.

Tuesday, May 10, 2011

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN 2011

Bermula pada bulan Mei, SKS2BK akan memulakan latihan rumah sukan pada ketetapan berikut : -
Tarikh : 11 & 18 Mei, 15 & 22 Jun 2011
Hari : Setiap hari Rabu
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang
Sasaran : Semua murid Tahun 4, 5 dan 6

Thursday, May 5, 2011

SEKOLAH GANTI SEMPENA DEEPAVALI

Perhartian,
Kepada ibu bapa dan penjaga.

SKS2BK akan mengadakan sekolah ganti pada 7 Mei 2011 (Sabtu). Ini adalah berikutan SKS2BK akan memanjangkan cuti sempena Hari Deepavali 2011 nanti. Dengan ini ibu bapa dan penjaga akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak dan keluarga tersayang.

Semua murid diingatkan untuk merujuk jadual hari Jumaat. Oleh itu, waktu persekolahan akan tamat pada jam 12:00 tengah hari. Diharap ibu bapa atau penjaga murid SKS2BK harap maklum serta mengambil tindakan yang perlu seperti urusan pengangkutan murid pada hari berkenaan.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, May 3, 2011

HARI KOKURIKULUM 2011

Pada 4 Mei 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib dan juga murid Tahun 3 sahaja yang wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti permainan.