Saturday, January 21, 2012

MERENTAS DESA 2012

Sk.Seksyen 2 akan mengadakan acara Merentas Desa 2012 seperti ketetapan di bawah:

1) Larian Percubaan Merentas Desa
Tarikh : 26 Januari 2012 ( Khamis)
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang.

2) Larian sebenar Merentas Desa
Tarikh : 28 Januari 2012 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi - 11:00 pagi.
Tempat : Sk.Seksyen 2 Bandar Kinrara dan kawasan perumahan Bukit Kuchai.

Adalah diharapkan murid-murid tahun 4,5 dan 6 dapat mematuhi
etika berpakaian dan peraturan yang telah ditetapkan semasa aktiviti dijalankan.

Wednesday, January 18, 2012

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-11

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-11 akan diadakan mengikut ketetapan berikut : -

Tarikh :
11 Februari 2012 (Sabtu)

Masa :
8.30 pagi (Pendaftaran)
9.00 pagi (Mesyuarat Bermula)

Tempat :
Kantin Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul yang ingin dikemukakan, tuan/puan bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkan borang di pejabat sekolah melalui anak tuan/puan. (Sebagaimana keputusan mesyuarat agung PIBG kali ke-9) serta mengembalikan kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 2 Februari 2012. AJK PIBG akan menentukan usul-usul yang akan dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Usul-usul yang dikemukakan hendaklah mempunyai kaitan dengan peranan dan tanggungjawab PIBG di SKS2BK.

Sehubungan dengan itu, diharap agar pihak tuan/puan dapat mengisi dan mengembalikan keratan jawapan kehadiran kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada 31 Januari 2012. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Friday, January 13, 2012

MAKLUMAN CUTI TAMBAHAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa semua murid SKS2BK akan bercuti tambahan sempena Tahun Baru Cina seperti butiran di bawah : -

Tarikh : 25.1.2012 (Rabu)
Jenis Cuti : Cuti Peristiwa

Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah semula seperti biasa pad 26 Januari 2012 (Khamis). Oleh kerana ini adalah Cuti Peristiwa, maka sekolah tidak perlu menggantikannya.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Thursday, January 12, 2012

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU/BAPA/PENJAGA DENGAN GURU-GURU TAHUN 4, 5 DAN 6

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut seperti butiran di bawah :-

Tarikh : 14 Januari 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran & Bermula)
Tempat : Kantin Sekolah
Sasaran :
1. Ibu/bapa/penjaga murid Tahun 4 Kenanga, 4 Mawar & 4 Seroja
2. Ibu/bapa/penjaga murid Tahun 5 (semua kelas)
3. Ibu/bapa/penjaga murid Tahun 6 (semua kelas)

Antara objektif utama majlis tersebut adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 demi mencapai kecemerlangan UPSR khasnya dan diri serta sekolah amnya.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir bagi membantu menentukan dan memastikan kejayaan anak-anak tuan/puan dalam UPSR 2012, 2013 dan 2014 nanti dan merealisasikan visi sekolah ke arah kecemerlangan.

Atur cara majlis adalah seperti berikut : -

8.30 pagi
  • Pendaftaran
  • Bacaan Doa
  • Taklimat Guru Besar
  • Taklimat YDP PIBG
  • Taklimat Guru Mata Pelajaran
  • Hal-hal lain
10.00 pagi
  • Bersurai

Tuan/puan diminta bekerjasama memaklumkan kehadiran tuan/puan dengan mengembalikan lampiran yang disediakan sebelum 13/01/2012.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.