Friday, August 31, 2012

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55

Tanggal 31 Ogos saban tahun negara kita Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya. Bagi menghormati hari tersebut cuti umum diwartakan. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan perarakan perbarisan. Pada tahun ini Hari Kebangsaan ini disambut buat kali yang ke-55. Sambutan ini diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Tema sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini ialah Janji Ditepati. Hargailah kemerdekaan yang kita kecapi kini. Selamat Hari Kebangsaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 10, 2012

PEMBATALAN KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Makluman ini ditujukan khusus buat para ibu bapa atau penjaga dan murid-murid Tahun 6.

Kelas tambahan yang dijadualkan pada minggu hadapan iaitu dari 13 Ogos 2012 hingga 16 Ogos 2012 akan dibatalkan. Tujuan pembatalan disebabkan oleh Ujian Gerak Gempur 2 yang akan dijalankan pada minggu tersebut. Ujian tersebut diadakan bagi persediaan murid untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh yang demikian, masa yang terluang diharap dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat ulangkaji di rumah masing-masing. Selamat berjaya diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam ujian tersebut. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang kelak.

Thursday, August 9, 2012

JADUAL UJIAN GERAK GEMPUR 2 TAHUN 6

Isnin (13/8/12)
Bahasa Malaysia (Pemahaman) - 9.10 pagi - 10.00 pagi
Bahasa Malaysia (Penulisan) : 11.30 pagi - 12.45 tengah hari

Selasa (14/8/12)
Bahasa Inggeris (Paper 1) : 8.00 pagi - 8.50 pagi
Matematik (Kertas 2) : 9.30 pagi - 10.10 pagi
Bahasa Inggeris (Paper 2) : 11.30 pagi - 12.45 tengah hari

Rabu (15/8/12)
Matematik (Kertas 1) : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Sains : 9.15 pagi - 10.30 pagi

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2012


Membaca adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Bulan Pusat Sumber Sekolah yang telah dirasmikan pada 9 Julai 2012 dan telah berakhir pada 31 Julai 2012 yang lalu telah menyaksikan pelbagai aktiviti dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan menerusi panitia masing-masing yang sememangnya di bawah PSS.

Pada hari ini merupakan Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2012. Majlis tersebut telah diserikan dengan penyampaian hadiah oleh panitia masing-masing. Pusat Sumber Sekolah juga turut menyampaikan anugerah tokoh pembaca terbanyak dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Diharapkan pada tahun hadapan akan menjadi lebih meriah. Kepada yang tidak berjaya, jangan mudah berputus asa. Kita boleh mencuba kebolehan dan bakat masing-masing pada masa yang akan datang.

Sunday, August 5, 2012

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 & HARI RAYA AIDILFITRI

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, SKS2BK akan mula bercuti pada 16 Ogos 2012 (Khamis) sehingga 26 Ogos 2012 (Ahad). Ia juga merupakan cuti pertengahan penggal kedua pada tahun ini. Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 (Isnin).

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan pekelilling yang mengatakan bahawa semua sekolah di Malaysia boleh mula bercuti bermula pada tarikh yang sama. Cuti yang diberikan pada 16 dan 17 Ogos 2012 adalah cuti berganti. Ini bermakna sekolah perlu menggantikan cuti yang di ambil pada 8 dan 22 September 2012 (Sabtu) mengikut jadual waktu hari Khamis dan Jumaat masing-masing.

Cuti awal yang diberikan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada keluarga yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya.  Ia juga adalah satu cara untuk mengelakkan kesesakan jalan raya semasa pulang ke kampung. Justeru itu ibu bapa dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing supaya selamat di sepanjang perjalanan.

"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"