Tuesday, October 30, 2012

HARI KANAK-KANAK SKS2BK 2012

Hari Kanak-kanak Malaysia telah disambut pada 8 Oktober setiap tahun. SKS2BK akan meraikan sambutan Hari Kanak-kanak pada 31 Oktober 2012 (Rabu). Pada hari tersebut semua murid SKS2BK akan diraikan dengan pelbagai acara yang menarik. Antara yang menarik pada hari tersebut adalah majlis pelancaran, persembahan murid dan jamuan makan. Diharap dengan adanya sambutan sebegini dapat memberikan mereka peluang untuk bergembira dan berseronok setelah sepanjang tahun berusaha untuk pencapaian diri masing-masing.

"SELAMAT HARI KANAK-KANAK"

Thursday, October 25, 2012

CUTI HARI RAYA AIDILADHA

Sempena Hari Raya Aidiladha 2012, SKS2BK akan bercuti pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Oktober 2012
Hari : Jumaat

Diharapkan agar semua warga SKS2BK mengambil kesempatan ini untuk bergembira dengan keluarga tersayang. SKS2BK juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua guru, kakitangan, murid dan ibu bapa warga SKS2BK khususnya yang beragama Islam. Sekolah akan dibuka semua pada hari Isnin (29/10/2012). 

Sekian, harap maklum.

SUMBANGAN DONGLE 4G


Baru-baru ini, SKS2BK telah menerima sumbangan daripada Syarikat YTL. Syarikat ini adalah sebuah syarikat komunikasi yang sedang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini telah berbesar hati untuk menyumbangkan sejumlah 20 unit dongle 4G kepada sekolah. Dongle ini telah diserahkan kepada guru ICT sekolah dan telah diserahkan kepada Guru Besar SKS2BK.

Pihak sekolah akan membahagikan dongle 4G ini kepada semua pentadbir, ketua-ketua panitia dan guru-guru khas. Guru-guru juga boleh membuat pinjaman sekiranya guru-guru memerlukannya semasa menghadiri kursus mahupun bengkel. Di sini, SKS2BK merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Syarikat YTL serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyerahan sumbangan tersebut.

Monday, October 22, 2012

PENGHANTARAN BUKU TEKS SEKOLAH

Unit SPBT akan menjalankan kutipan buku teks daripada semua murid SKS2BK pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Oktober 2012
Hari : Selasa
Masa : 7:40 pagi - 10:40 pagi
Sasaran : Murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5

Semua murid dikehendaki membawa semua buku teks yang berkaitan sahaja. Buku-buku tersebut hendaklah diikat dengan kemas untuk memudahkan murid membawanya ke sekolah. Bagi buku teks yang telah hilang, sila berhubung dengan guru kelas atau guru SPBT untuk tindakan lanjut.

Wednesday, October 10, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN BANK RAKYAT

Tahniah! Kepada semua murid yang memenangi pertandingan ini. Kepada yang tidak bernasib baik, cuba dan terus cuba lagi untuk berkarya...Hidupkan Seni dalam diri anda...yeay!

Masa : 7.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tarikh : 6 Oktober 2012
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Puchong

Pemenang Kategori B














MUHD. AMIR AKMAL (1 Sigma)

Pemenang Kategori C














XAVIER HENRY (4 Anggerik)

Pemenang Saguhati














  1. Abhiraaj (4A)
  2. Zek Muhd. Asyraf (5D)
  3. Nur Shahriena Chong (5B)
  4. Aina Qaisara (6L)