Sunday, May 26, 2013

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2013

Sedar tidak sedar kita telah sampai di pertengahan tahun 2013. Setelah bertungkus-lumus dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, warga sekolah memerlukan rehat yang panjang bagi melepaskan segala tekanan buat sementara waktu. Justeru itu, bermula 24 Mei 2013 (Jumaat), SKS2BK akan bercuti panjang sehingga 9 Mei 2013 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 10 Mei 2013 (Isnin). Pada 24 Mei 2013 (Jumaat) adalah cuti sempena Hari Wesak manakala selebihnya adalah cuti pertengahan tahun.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan beristirehat kepada semua guru dan murid SKS2BK. Inilah masanya untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menziarahi keluarga terdekat serta datuk dan nenek tersayang. Bagi mereka yang telah merancang untuk pergi bercuti, pergilah bercuti dengan keluarga masing-masing. Damaikan minda dan tenangkanlah jiwa menghayati keindahan dunia ciptaan Tuhan yang sungguh luas lagi indah ini. Cuti-cuti Malaysia.

Wednesday, May 22, 2013

KIDS ATHLETICS EVENTS 2013


Kids Athletics Event Peringkat Zon MPSJ 2013 telah berlangsung pada 20 Mei 2013 (Isnin) yang lepas. Pasukan prasekolah SKS2BK telah berjaya mendapat tempat kedua daripada 30 pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada pasukan prasekolah SKS2BK.


Sebagai pemenang tempat kedua, pasukan tersebut telah melayakkan diri untuk ke peringkat Daerah  Petaling Perdana pula. Pertandingan telah berlangsung pada keesokkan harinya iaitu pada 21 Mei 2013 (Selasa). 


Sebanyak 12 kumpulan telah bertanding. Pasukan sekolah kita telah berjaya menduduki tempat kelima. Tahniah juga di atas kejayaan murid-murid dan Cikgu Zaida serta Cikgu Noor Hazaidah prasekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan event tersebut.


Tuesday, May 21, 2013

LATIHAN SUKAN TAHUNAN 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2013 seperti butiran berikut : -

Tarikh : 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, latihan sukan tersebut akan dijalankan seperti jadual berikut : -

Masa
2.00 petang – 4.00 petang
Sasaran
Tarikh
22.5.13
12.6.13
13.6.13
18.6.13
19.6.13
Semua murid Tahun
4,5 & 6
Hari
Rabu
Rabu
Khamis
Selasa
Rabu
Rumah
Sukan
Semua Rumah Sukan
Rumah Biru
&
Rumah Hijau
Rumah Kuning &
Rumah Merah
Rumah Biru
&
Rumah Hijau
Rumah Kuning
&
Rumah Merah

*Nota : Pada hari berkenaan murid dikehendaki memakai pakaian sukan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, May 20, 2013

ANUGERAH HARI GURU 2013


Guru Paling Bergaya
(Cikgu Siti Hawa)


Guru Paling Penyayang
(Cikgu Syazwani)


Guru Paling Kelakar
(Ustaz Wan Asuwadi)


Guru Paling Sporting
(Cikgu Norazlinda)

PERMATA BOLING TENPIN SKS2BK

Adik Ilman Nazim bin Roslin murid Tahun 2 Alfa adalah bagai sebutir permata di SKS2BK. Beliau menyerlah di dalam Kejohanan Boling Tenpin. Baru-baru beliau telah menyertai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor (MSSS) pada 13 - 16 Mei 2013 di Sunway Mega Land, Sunway Piramid.

Pencapaian :
Kategori All Event : Tempat Keenam daripada 44 orang PesertaKategori Master : Tempat Kelima daripada 6 orang PesertaKategori Beregu : Tempat Ketiga daripada 22 kumpulan

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Saturday, May 18, 2013

WANITA HARI INI DI SKS2BK

Pada 16 Mei 2013 yang lalu sekumpulan krew TV3 telah datang ke sekolah untuk penggambaran rancangan Wanita Hari Ini (WHI). Penggambaran tersebut dibuat sempena sambutan Hari Guru yang jatuh pada hari yang sama. Justeru itu, SKS2BK mengucapkan ribuan terima kasih kepada TV3 kerana sudi membuat penggambaran tersebut di sekolah kami.





Bergambar bersama Fiza



Persembahan Guru


Persembahan Murid

HARI GURU 2013

Pada 16 Mei setiap tahun, Malaysia akan menyambut Hari Guru bagi meraikan sumbangan guru-guru kepada anak murid, sekolah dan masyarakat. SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan sambutan Hari Guru yang ke-42 di Dataran Cemerlang, SKS2BK pada tarikh yang sama. Berikut adalah atur cara majlis pada hari tersebut :

7:30 pagi : Semua murid berkumpul di Dataran Cemerlang
7:40 pagi : Acara lintas langsung "Red Carpet"
7:50 pagi : Bacaan doa
8:00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku, negeri Selangor dan Guru Malaysia
8:10 pagi : Ikrar Guru
8:30 pagi : Penyampaian cenderamata guru oleh YDP PIBG
8:50 pagi : Acara sukaneka
10:00 pagi : Rehat Tahap 1
10:30 pagi : Rehat Tahap 2
11:00 pagi : Majlis Penutupan di dewan sekolah
11:30 pagi : Persembahan guru
1:00 petang : Majlis bersurai

TEKS UCAPAN HARI GURU 2013



YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DI 
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN 
HARI GURU KALI KE-42

TARIKH : 16 MEI 2013
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEMA : “GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA”

Muat turun teks tersebut di sini :

Wednesday, May 15, 2013

TEMA HARI GURU 2013

 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013.


Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
 
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikanakses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Friday, May 3, 2013

CUTI SEMPENA PILIHANRAYA KE-13

Dimaklumkan bahawa Pilihanraya ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 (Ahad). Sekolah kita telah terpilih sebagai salah satu pusat pembuangan undi yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Justeru itu, ramai dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung untuk mengendalikan proses pembuangan undi tersebut.

Oleh yang demikian, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengambil keputusan untuk mengambil cuti berganti untuk memberi ruang kepada kakitangan yang bertugas berehat dan bagi mereka yang pulang ke kampung masing-masing untuk membuang undi di sana. Butiran cuti berganti tersebut dilampirkan seperti butiran di bawah : -

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti
06.05.2013
Cuti Ganti
29.06.2013
Isnin

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

TEMPAHAN PAKAIAN SUKAN 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan pada bulan Jun 2013. Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh membuat tempahan pakaian sukan untuk anak tuan/puan dengan melengkapkan borang yang telah diberi kepada anak masing-masing. Bayaran dan borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada guru kelas anak masing-masing sebelum atau pada 13 Mei 2013.

Sokongan dan kerjasama serta keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


TEMPAHAN PAKAIAN SUKAN 2013 (KELAB KEUSAHAWANAN)

Nama : …………………………………………………………….. Kelas (2013) : ……………………

Rumah Sukan ( Merah / Biru / Kuning / Hijau )    Bayaran : RM …………………….

Perkara
Harga
Tandakan ( √ )
Harga Pakej 
(T-Shirt, Seluar dan Topi)
RM 40.00

Harga T-Shirt
RM 17.00

Harga Topi
RM 14.00

Harga Seluar
RM 16.00

*Tandakan (√) pada ruang yang berkenaan
*Murid-murid Tahun 1 digalakkan membeli harga pakej

Yang benar,


…………………………………………....

Nama :…………………………………….
No. Tel : ………………………………….