Monday, September 30, 2013

PENYAMPAIAN HADIAH BULAN PATRIOTIK 2013

Pemenang Pertandingan Mewarna & Melukis
Logo Kemerdekaan Ke-56
 
 
Pemenang Persembahan Kemerdekaan
 
 
Pemenang Kuiz Kemerdekaan (Guru)
 
 
Pemenang Keceriaan Kelas Kemerdekaan
 
 
Peragaan Fesyen Kemerdekaan
 
 
Persembahan Koir Kemerdekaan
 

Thursday, September 26, 2013

JADUAL PENILAIAN AKHIR TAHUN PBS 2013

Bagi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

Tarikh
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
8/10/2013
Selasa
8.00 – 9.00 (60)
Bahasa Malaysia
11.00 – 12.00 (60)
Bahasa Inggeris

Tarikh
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
9/10/2013
Rabu
8.00 – 9.00 (60)
Matematik
11.15 – 12.15 (60)
Jawi


Tarikh
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
10/10/2013
Khamis
8.00 – 9.00 (60)
Sains
11.15 – 12.15 (60)
Bahasa Arab

REHAT - Seperti jadual biasa                      TASMIK - Dibatalkan

Monday, September 23, 2013

Saturday, September 21, 2013

WARNA-WARNI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Pendaftaran



Taklimat Keselamatan


Aktiviti Memasang Gajet


Aktiviti Memasak


Aktiviti Kawat Kaki


Guru & PIBG

Thursday, September 19, 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan aktiviti tersebut seperti butiran berikut : - 

Tarikh : 20 dan 21 September 2013 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Sasaran : 120 orang murid Tahap 2
Bayaran : RM20.00

Sehubungan dengan itu, semua murid Tahap 2 diberi peluang mengisi kekosongan tempat yang disediakan. Pengambilan peserta adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Borang penyertaan boleh diperoleh daripada Cik Nur Atiqah bt. Che Saad atau Pn. Norazlinda bt. Mohd. Radzi.

Sebagai makluman tuan/puan, bayaran penyertaan murid adalah untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan keseluruhan aktiviti tersebut. Bagi mereka yang berminat, sila kembalikan borang yang telah lengkap beserta bayaran kepada Pn. Norrihan bt. Jalaluddin (Bendahari Perkhemahan) sebelum atau pada 20 September 2013 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PKSR 2) 2013

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun (PKSR 2) akan dijalankan mulai 25 September 2013 hingga 11 Oktober 2013 (Sila rujuk jadual yang dilampirkan)

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan peperiksaan telah diambil tindakan. Walau bagaimanapun, waktu persekolahan adalah seperti biasa manakala Tasmik dibatalkan sepanjang tempoh tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wednesday, September 18, 2013

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN TAHUN 5

Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi semua murid Tahuh 5 adalah salah satu program yang telah dirancangkan oleh guru-guru Tahun 5. Program ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan bermula pada awal bulan Oktober 2013. Justeru itu, murid-murid diharap dapat memberikan kerjasama dan tumpuan pada sepanjang program ini berlangsung. Guru-guru mata pelajaran yang dijadualkan mengajar kelas-kelas berkenaan pada masa yang terlibat, diharap dapat berada di dalam dewan tersebut bagi mengawal disiplin murid-murid. Jadual pelaksanaan program adalah seperti di bawah : -

JADUAL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAGI SUBJEK TERAS UNTUK SEMUA MURID TAHUN 5 2013

BIL
TARIKH
MASA
SUBJEK
TEMPAT
PENCERAMAH
1
17/9/2013
(Selasa)
8.00 – 10.00 pagi
MT
Dewan
Serambi Warisan
En. Zulkifli b. Mahfudz (SK Kampung Idaman)
2
18/9/2013
(Rabu)
2.00 – 4.00 petang
BM
Dewan
Serambi Warisan
Pn. Rohana bt. Ali
(SK Kepong)
3
19/9/2013
(Rabu)
8.30 – 10.30 pagi
BI
Dewan
Serambi Warisan
En. Ranjit Singh
(SK Puchong Perdana)