Thursday, December 25, 2014

Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir

Pihak SKS2BK bekerjasama dengan Kompleks Darul Thibbun Nabawi untuk mengumpulkan bantuan kepada mangsa banjir. Tuan/puan yang ingin menyalurkan bantuan berbentuk barangan fizikal seperti pakaian bolehlah menghantar ke SKS2BK terlebih dahulu selewat-lewatnya pada ahad, 28/12/14, pukul 3 ptg, untuk dikumpulkan kemudian diserahkan kepada pihak Kompleks Darul Thibbun Nabawi. 

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan kewangan pula, tuan/puan boleh berbuat demikian di akaun bank yang disediakan dibawah. Berikut merupakan mesej asal daripada Kompleks Darul Thibbun Nabawi :




Rayuan bantuan kemanusiaan untuk saudara kita di Pantai Timur, ana telah dimaklumkan selain sumbangan wang dan makanan, saudara-saudara kita di sana sangat memerlukan sumbangan pakaian. Kerana harta benda mereka telah musnah dalam banjir yang teruk. Jika dalam kalangan kalian ada pakaian yang tidak dipakai lagi dan yang baik keadaannya serta masih boleh dipakai, ana mewakili pihak saudara-saudara kita di pantai timur memohon dan merayu kalian semua sumbangkan kepada Kompleks Darul Thibbun Nabawi untuk kami agihkan kepada mangsa banjir. Tarikh tutup untuk fasa pertama bantuan ini pada Ahad 28.12.2014.

Alamat 
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
No2 Jalan Jejala 8/11
Seksyen 8, 40000 Shah Alam
Selangor.

Boleh dijumpai dengan aplikasi Waze atau Google maps, cari Kompleks Darul Thibbun Nabawi

Pertanyaa lanjut
Ibnu Hajar : 010-4317054 
Ahmad Nadi : 010-2261670

Tuesday, December 23, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015


Sukacita dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN MURID SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015 akan dibuka mulai 23 Disember 2014 (Selasa) hingga 6 Januari 2015 (Selasa).

Sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.

Monday, December 22, 2014

Makluman Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah

 Waktu Operasi Kedai Buku Sekolah

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 3.00 ptg
Sabtu                : 9.00 pg - 2.00 ptg

Ahad dan Cuti Umum TUTUP

Thursday, November 27, 2014

SENARAI MURID YANG MENDAPAT PENCAPAIAN 5A UPSR 2014


        1. Batrisyia binti Mohamad Azam
        2. Anis Nadihah bt Mohd Safuan
        3. Ibtisam binti Ishak
        4. Nor Adriana bt Mohd Nor Zaham
        5. Abhiraaj a/l Segaran
        6. Ainur Hadeena bt Azmeer
        7. Aina Natasya binti Khairuz Zaman
        8. Sidhen a/l Sivakumaran
        9. Nur Qurratu Aini bt Zambri
        10. Darrshan a/l Rajenderan
        11. Muhammad Ilmi Hakam bin Amin Ariff
        12. Deepthi a/p Vadivelu
        13. Alden Dwayne Johnson
        14. Wan Noorafiqah binti Wan Abdullah
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang dikecapi.

ANALISIS KEPUTUSAN UPSR SKS2BK BAGI TAHUN 2010 HINGGA 2014


Wednesday, November 26, 2014

Tuesday, November 25, 2014

CUTI SEKOLAH DAN KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015

lawak cuti sekolah

Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015

Kami yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian.

Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah

Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, kami cadangkan bawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian

Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi

Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna


CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Berikut disertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2014 di seluruh negeri. Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu

cuti sekolah 2015

      Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
       Cuti Pertengahan Penggal 1
13 Mac hingga 21 Mac
       Cuti Pertengahan Tahun
29 Mei hingga 13 Jun
       Cuti Pertengahan Penggal 2
18 September hingga 26 September
       Cuti Akhir tahun
20 November hingga 2 Januari 2016
       Jumlah Hari Cuti Penggal : 85

cuti sekolah malaysia 2015

Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 114 Mac hingga 22 Mac
Cuti Pertengahan Tahun30 Mei hingga 14 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 219 September hingga 27 September
Cuti Akhir tahun21 November hingga 3 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85
INFO – Panduan Percutian
Bincang destinasi pilihan bersama ahli keluarga
Pilih pakaian sesuai dan mencukupi
Rujuk cuaca tempatan sekiranya bercuti di negara empat musim
Bawa bekalan perubatan mencukupi
Kamera penting untuk merakam perjalanan anda
Sekiranya perlu, bawa buku catatan
Simpan semua resit pembelian dan tiket percutian
Jangan bawa barang yang menyalahi undang-undang seperti benda tajam dan peralatan lain yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling
Minum banyak air bagi menjamin kesihatan yang baik
Sebaik-baiknya gunakan kasut yang boleh menutup kaki anda daripada habuk dan debu ketika melancong atau bercuti

Sunday, November 23, 2014

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH 2 PUAN HAJJAH RABIYAH BINTI FAKIR MOHD. BERSAMA GURU-GURU DAN MURID-MURID SKS2BK



























MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH SEMPENA PERSARAAN PUAN HAJJAH RABIYAH BINTI FAKIR MOHD. GURU BESAR SKS2BK


 




Selawat Pengantin yang diketuai oleh Ustaz Suhaib
 

Nyanyian lagu Negaraku
 
 
Bacaan doa oleh Ustaz Suhaib


Persembahan Kalam Jamai'e

 

Antara tetamu yang turut hadir



Ucapan oleh YDP PIBG SKS2BK

 

Ucapan oleh Puan Hajjah Rabiyah binti Fakir Mohd.




Penyampaian hadiah oleh Kelab Guru dan Staf Sekolah SKS2BK



 



Sesi penyampaian hadiah oleh para tetamu
 
 

Sesi tayangan video
 


 


Persembahan oleh murid-murid SKS2BK
 





Sesi bergambar





 Perasmian Kiosk Frog VLE Cikgu Rabiyah oleh YB Dato' Dr. Satim bin Diman 



Perasmian Surau An-Naim








 


 
 



Perjalanan pulang ke rumah menaiki kuda bersama suami tercinta