Monday, April 28, 2014

TAKWIM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PKSR 1) 2014

Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan melaksanakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKSR 1) mulai 5 Mei 2014 (Isnin) hingga 9 Mei 2014 (Jumaat). Sehubungan dengan itu, dipohon tuan/puan untuk memastikan segala keperluan berkaitan telah dimbil tindakan.

Walau bagaimana pun, waktu persekolahan adalah seperti biasa dan tasmik akan dibatalkan. Tuan/puan boleh merujuk jadual waktu peperiksaan tersebut pada anak masing-masing yang telah diserahkan kepada mereka pada minggu lepas.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

TAKWIM PKSR 1 2014

Tarikh / Hari
Masa (Minit)
Mata Pelajaran
Jenis Kertas
5 Mei 2014
(Isnin)
8.00 – 9.00 (60)
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Objektif dan Subjektif
9.30 – 10.30 (60)
Kajian Tempatan
Objektif dan Subjektif
11.15 – 1.15  (120)
Pendidikan Seni Visual
Amali Lukisan
6 Mei 2014
(Selasa)
7.45 – 8.35 (50)
BM (Pemahaman)
Objektif
9.00 – 10.15 (75)
BM (Penulisan)
Subjektif
11.20 – 12.00 (40)
Matematik (Kertas 2)
Subjektif
7 Mei 2014
(Rabu)
7.45 – 8.45 (60)
Matematik (Kertas 1)
Objektif
9.10 – 10.00 (50)
BI ( Paper 1
Objektif
11.15 – 12.30 (75)
BI (Paper 2)
Subjektif
8 Mei 2014
(Khamis)
8.00 – 9.15 (75)
Sains
Objektif dan Subjektif
9.30 – 10.30 (60)
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Subjektif
11.15 – 12.15 (60)
Kemahiran Hidup
Objektif dan Subjektif
9 Mei 2014
(Jumaat)
8.00 – 9.00 (60)
Bahasa Arab
Subjektif
9.30 – 10.30 (60)
Jawi
Subjektif
11.05 – 11.55 (50)
Pendidikan Muzik
Objektif dan Subjektif

MAKLUMAN : 
  1. REHAT - Seperti jadual biasa
  2. TASMIK - Dibatalkan
  3. Soalan subjek teras bagi Tahun 6 (BM, BI, MT dan SN) adalah setara (Soalan MGB)
  4. Soalan Bahasa Arab dan Jawi dibekalkan oleh KPM 

Monday, April 14, 2014

SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-13

Pada bulan April ini, warga sekolah sedang sibuk dengan persiapan sukan tahunan. Pelbagai acara telah berlangsung. Antaranya latihan rumah sukan, pemilihan atlet rumah sukan dan sukantara. Segalanya adalah untuk dipersembahkan pada Temasya Sukan Tahunan SKS2BK 2014.

Temasya Sukan Tahunan kali ke-13 akan diadakan seperti ketetapan berikut : -

Aktiviti : Sukaneka & Temasya Sukan Tahunan
Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Sukaneka & Temasya Sukan Tahunan tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, April 7, 2014

KEJOHANAN PRASEKOLAH ZON PANGLIMA PPD PETALING PERDANA 2014

Pada 1 April 2014 (Selasa) yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Prasekolah Zon Panglima PPD Petaling Perdana di padang SK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Sebanyak 20 buah sekolah yang telah mengambil bahagian. Sekolah kita telah berjaya memenangi sebahagian besar pingat yang dipertandingkan. Antara pingat yang telah berjaya dimenangi adalah seperti berikut : -
  1. Johan 4 x 50 m (L)
  2. Johan 4 x 50 m (P)
  3. Johan 4 x 80 m (L)
  4. Johan 4 x 80 m (P)
  5. Johan 80 m (P)
  6. Johan 50 m (L)
  7. Johan 50 m (P)
  8. Johan 80 m (P) berhalangan
Sehubungan dengan itu, sekolah kita telah terpilih untuk mewakili Zon Panglima untuk ke peringkat Daerah Petaling Perdana. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 3 April 2014 (Khamis) di SK Bandar Anggerik, Shah Alam. Pada pertandingan tersebut sekolah kita telah memenangi beberapa acara. Antaranya adalah seperti berikut : -
  1. Olahragawati Daerah
  2. Johan 50 m (P)
  3. Johan 80 m (P)
  4. Johan 4 x 80 (P)
  5. Naib Johan 50 m (L)
  6. Naib Johan 4 x 50 (L)
  7. Naib Johan 4 x 80 (L)
Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua atlet prasekolah yang terlibat serta guru-guru prasekolah dan juga pembantu-pembantu prasekolah kerana telah berjaya mengasuh mereka sehingga dapat membanggakan nama sekolah di peringkat daerah.