Thursday, August 21, 2014

MAKLUMAN CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2014

Kepada

Semua Ibu/Bapa/Penjaga
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.



Tuan/puan


MAKLUMAN CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti awal sempena Perayaan Deepavali seperti dibutiran di bawah :-

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti

23 Oktober 2014 (Khamis)
Cuti Peristiwa
Tidak Perlu diganti
-
24 Oktober 2014 (Jumaat)
Cuti Gantian
23 Ogos 2014 (Sabtu)
Jumaat

3.         Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada tarikh sekolah ganti tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


“Kejujuran dan Ketekunan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………….………………….
(RABIYAH BINTI FAKIR MOHD)
Guru Besar

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN TAHUN 2014

Semua Ibu/Bapa/Penjaga,
Murid Tahun 6
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.


Tuan/puan

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam sekolah akan mengadakan majlis tersebut seperti butiran di bawah :-

            Tarikh               :           28 Ogos 2014 (Khamis) / 02 Zulkaedah 1435H
            Tempat :           :           Dewan Serambi Warisan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
            Masa                :           07.00 petang
Sasaran            :           142 orang (Murid Islam Tahun 6)


3.               Sehubungan dengan itu, sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan amat diharapkan (Sumbangan dalam bentuk wang tunai)

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Kejujuran dan Ketekunan”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RABIYAH BINTI FAKIR MOHD)
Guru Besar
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

PERTANDINGAN FUTSAL 1 MURID 1 SUKAN (TAHUN 3 DAN TAHUN 4)





PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (TAHAP 1)



Tuesday, August 19, 2014

Hari Berkabung Malaysia.- 22/08/2014

Untuk makluman :



i. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;


ii. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;

iii. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan

iv. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Bahagian Istiadat JPM

Monday, August 18, 2014

PEMBERITAHUAN : PENANGGUHAN KELAS TAMBAHAN TAHUN 5 DAN 6 MULAI 18 OGOS 2014 HINGGA 29 OGOS 2014

Dimaklumkan bahawa pada 18 OGOS 2014 hingga 29 OGOS 2014, Peperiksaan Sekolah Agama sedang dijalankan. Oleh yang demikian, kelas tambahan untuk Tahun 5 dan 6 adalah DITANGGUHKAN.

Diharap ibu bapa/penjaga dapat menguruskan pengangkutan murid sepanjang minggu peperiksaan ini. Sokongan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN - KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada pagi ini, Isnin bersamaan 18 Ogos 2014. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Puan Hjh. Rabiyah bt Fakir Mohd, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. Majlis turut diserikan dengan persembahan sajak dan nyanyian oleh gabungan murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 yang dipimpin oleh Puan Muzaimah bt Mustafa dan Cik Siti Ruhana binti Ab Malik. 

Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, beberapa acara telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan ini. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah dirancang:

  1. Pertandingan Mereka Cipta menggunakan bahan kitar semula bertemakan kemerdekaan (Tahap 2)
  2. Persembahan Murid untuk Majlis Perasmian dan Penutup Bulan Kemerdekaan
  3. Pertandingan Bermain Alat Perkuasi (Tahap 1) dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Tahap 2)
  4. Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Melukis Logo Kemerdekaan 2014 (Tahap 2)
  5. Pertandingan Menceriakan Kelas Bertemakan Kemerdekaan
  6. Kuiz Uji Minda (Tahap 1 dan 2)
  7. Pertandingan Mencipta Pantun Bertemakan Kemerdekaan (Tahap 2)
  8. Pertandingan Kuiz Uji Minda Guru










RIANG RAYA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas iaitu 15 Ogos 2014. Majlis telah diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Semua murid datang ke sekolah memakai baju raya serta membawa juadah untuk jamuan di kelas.
















Thursday, August 14, 2014

CERAMAH PENYALAHGUNAAN DADAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA)

Pada hari Selasa, 13 Ogos 2014 yang lepas, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Selangor telah datang ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. Dua aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak AADK ialah ceramah tentang Penyalahgunaan Dadah dan Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid-murid. Pegawai-pegawai AADK yang telah datang bagi menyempurnakan program ialah Encik Mohd Rozi bin Mat Kasih, Encik Mohd Hazim bin Khairuddin dan Encik Mohd Johari bin Yunus. Banyak input berkaitan penyalahgunaan dadah telah diperoleh oleh murid-murid. 

Sekitar perjalanan program: 












Wednesday, August 13, 2014

PROGRAM ANAK ANGKAT MURID LINUS (MENTOR MENTEE) TAHUN 2014


Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah melancarkan Program Anak Angkat Murid Linus (Mentor Mentee) Tahun 2014 pada hari Isnin, 11 Ogos yang lepas. Sasaran pelaksanaan program ini adalah pada semua murid Tahun 3yang tidak menguasai K1-K2 dan K3-K12 bagi Saringan 1 LINUS 2.0, Literasi (Bahasa Malaysia) dan Numerasi (Matematik). Program ini telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa LINUS SK Seksyen 2 Bandar Kinrara yang dipengerusikan oleh Puan Siti Shahartini binti Hanafi (Penyelaras LINUS). 


Program ini akan dilaksanakan selama sebulan, iaitu bermula dari 4 Ogos 2014 hingga 5 September 2014. Waktu pelaksanaan program ini ialah pada waktu pagi (7.00 pagi hingga 7.30 pagi) dan waktu tengahari (1.00 tengahari hingga 1.30 tengahari). Program ini melibatkan semua guru LINUS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun 3.

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA)

Pada 11 Ogos yang lalu, Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Dataran Cemerlang. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Norliza Hanim binti Razali. 





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU EKSPLORASI SENI

Pada hari Isnin yang lepas iaitu 11 Ogos 2014, satu majlis penyampaian hadiah telah disampaikkan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Melukis Poskad sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Azura binti Ali.







Friday, August 8, 2014

PROGRAM i-THINK (LADAP)

Pada 7 Ogos yang lepas, satu Program i-Think telah dikelolakan oleh seorang guru pelatih internship iaitu Dharshini a/p Balasubramaniam dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Program itu telah disampaikan oleh dua orang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) iaitu Encik Kalisvaran a/l Navanasamy dan Encik Selvaraj a/l Palaniappan. Program telah disampaikan secara interaktif. Semua guru telah terlibat secara aktif semasa program berlangsung. Guru-guru telah dilatih menggunakan peta minda berkonsepkan i-Think dalam pengajaran. 








Thursday, August 7, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MINI ANUGERAH CEMERLANG 3

Majlis Sambutan Mini Anugerah Cemerlang telah diadakan pada hari Isnin, 4 Ogos yang lalu bagi meraikan murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Gerak Gempur 2 serta Ujian Formatif 2 baru-baru ini.

Sekitar perjalanan majlis: