Sunday, March 15, 2015

SYABAS ILMAN NAZIM BIN ROSLIM!!!

Kejohanan Boling Tenpin yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia telah diadakan pada 15 hingga 20 Mac 2015 di Sunway Megalane, Sunway Pyramid. Wakil sekolah, saudara Ilman Nazim bin Roslim (4 Efisyen) telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan peringkat kebangsaan ini. Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada saudara Ilman atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan saudara Ilman akan terus meningkat serta menjadi inspirasi kepada murid-murid SKS2BK.





PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12

Pasukan Bola Sepak SKS2BK telah menyertai Pertandingan Bola Sepak yang dianjurkan oleh Masjid Al-Ikhsan, Surau Ukasyah, Penduduk BK4 dan JKP N18. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah atas penyertaan tersebut. 



Friday, March 13, 2015

Selamat Bercuti


SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Kepada,

Semua Ibu Bapa / Penjaga Peserta Kem Kepimpinan Pengawas
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Tuan / Puan,

SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kem Kepimpinan Pemimpin Muda seperti butiran di bawah :-

Tarikh : 28 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Aktiviti : 1. Komitmen dan Tanggungjawab Sebagai Pemimpin
2. Pengucapan Awam
3. Ceramah Kepimpinan

3. Kem kepimpinan ini diwajibkan kepada semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber untuk memberi pendedahan tentang kepimpinan dan juga membina keyakinan diri ketika menjalankan tugas yang diamanahkan di sekolah.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon bayaran sebanyak RM 5.00 untuk setiap peserta bagi menampung kos perbelanjaan bagi menjalankan program tersebut. Oleh itu, tuan/puan diminta mengisi keratan borang di bawah untuk pengesahan kehadiran peserta.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian,

 ‘Kejujuran dan Ketekunan’

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


…………...........………………….
(NORLIZA HANIM BINTI RAZALI)
PK Hal Ehwal Murid,
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
...............................................................Potong Bahagian Ini.................................................................
PENGESAHAN KEHADIRAN

Dengan ini saya ..................................................................................................ibu/bapa/penjaga kepada............................................................dari kelas............Membenarkan / Tidak Membenarkan anak saya untuk menyertai kem tersebut bersama dengan bayaran sebanyak RM 5.00.
Yang benar,
.......................................................
* Sila kembalikan keratan ini sebelum atau selewat-lewatnya pada 24.3.2015

Penyerahan Bantuan KWAMP






Wednesday, March 11, 2015

REPOST : JEMPUTAN PENERIMAAN BANTUAN KWAPM TAHUN 2015

Kepada:          
Ibu bapa


………………………………………………
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
47180 Puchong Selangor


Tuan,

JEMPUTAN PENERIMAAN BANTUAN KWAPM TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa bantuan KWAPM bagi tahun 2015 akan diberikan pada ketetapan berikut:-

            Tarikh              : Mulai 12 Mac 2015 (Khamis)
            Masa                : 9.00 pagi
            Tempat             : Pejabat SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

3. Mohon ibu bapa hadir pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa pada hari penyampaian bantuan KWAPM adalah seperti berikut:
           
3.1            Kad Pengenalan penerima (anak)
3.2            Kad Pengenalan ibu/bapa
3.3            Buku Akaun Bank Murid

4. Jika dokumen yang disenaraikan di atas tidak lengkap, pihak sekolah tidak dapat menyalurkan bantuan KWAMP tersebut.

Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian, terima kasih.

Monday, March 9, 2015

REPOST : PERATURAN SEKOLAH

PERINGATAN UNTUK DIPATUHI OLEH SEMUA MURID DAN IBU BAPA / PELAWAT
  1. Sila berpakaian KEMAS apabila berada di kawasan sekolah, kemeja-t TANPA LENGAN dan SELUAR PENDEK adalah DILARANG sama sekali.
  2. Kenderaan ibu bapa TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke kawasan sekolah.
  3. Sila DAFTAR nama dan dapatkan PAS PELAWAT di pondok pengawal. Seterusnya, semua ibu bapa/pelawat diminta terus ke pejabat sekolah untuk berurusan. Kegagalan mendapatkan PAS PELAWAT adalah dianggap sebagai menceroboh kawasan sekolah.
  4. Dapatkan kebenaran pentadbir sekolah sebelum menemui anak atau guru dan dapatkan PAS KEBENARAN serta memakainya di leher. Ibu bapa / pelawat yang tidak memakai PAS KEBENARAN untuk berurusan dengan anak dan guru dianggap melanggar peraturan keselamatan sekolah. Ibu bapa/pelawat juga DILARANG masuk ke kelas atas apa juga urusan.
  5. Sekiranya ingin membawa anak pulang, sila isi borang dan Buku Balik Awal di pejabat sekolah.
  6. Serahkan borang kebenaran membawa anak balik kepada pengawal sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
  7. Adalah DILARANG SAMA SEKALI ibu bapa/pelawat berjalan-jalan tanpa tujuan di dalam kawasan sekolah atau berada di kawasan kantin.
  8. Ibu bapa/penjaga diminta menghantar anak awal ke sekolah iaitu sebelum jam 7.30 pagi. Sebarang kelewatan akan menyebabkan anak tuan/puan diambil tindakan disiplin.
  9. Sekiranya anak tidak hadir ke sekolah, ibu bapa diminta memberikan surat cuti sakit dari doktor atau surat pemberitahuan untuk direkodkan. Sebarang ketidakhadiran tanpa sebab adalah dianggap sebagai ponteng dan tindakan tegas akan diambil. Kes ponteng sekolah yang berterusan akan menyebabkan anak-anak tuan/puan diberi surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga. Ketidakhadiran anak tuan/puan akan menjejaskan prestasi disiplin dan prestasi akademik sekolah.
  10. Ibu bapa juga diingatkan agar memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa berada di sekolah. Anak-anak perlu memakai pakaian PJ sekiranya ada Pendidikan Jasmani (PJ).
  11. Pemakaian tanda nama dan lencana sekolah adalah diwajibkan. 
  12. Pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas pusat sumber yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, melanggar peraturan perjanjian yang telah ditetapkan, surat peringatan dan amaran akan diberikan dan tindakan pelucutan jawatan akan dikenakan sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
  13. Murid-murid adalah DILARANG membeli makanan di luar kawasan sekolah atau keluar dari kawasan sekolah tanpa ibu bapa/penjaga. Murid-murid adalah dilarang memanjat kaki lima sekolah, berlari di kantin, berebut-rebut menaiki dan menuruni tangga, berada di kawasan larangan (tempat yang telah dilabelkan).
  14. Demi keselamatan murid-murid semasa pulang dari sekolah, semua murid diminta menunggu bas sekolah atau menunggu ibu bapa/penjaga di dalam kawasan sekolah. Sekiranya tertinggal bas atau ibu bapa datang lambat, sila berada di tempat selamat seperti di wakaf (pondok pengawal), kantin atau pejabat sekolah.
  15. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk berbincang sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan pembelajaran anak-anak dan juga sekiranya mempunyai idea untuk memajukan sekolah.

JEMPUTAN PENERIMAAN BANTUAN KWAPM TAHUN 2015

Kepada:          
Ibu bapa


………………………………………………
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
47180 Puchong Selangor


Tuan,

JEMPUTAN PENERIMAAN BANTUAN KWAPM TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa bantuan KWAPM bagi tahun 2015 akan diberikan pada ketetapan berikut:-

            Tarikh              : Mulai 12 Mac 2015 (Khamis)
            Masa                : 9.00 pagi
            Tempat             : Pejabat SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

3. Mohon ibu bapa hadir pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa pada hari penyampaian bantuan KWAPM adalah seperti berikut:
           
3.1            Kad Pengenalan penerima (anak)
3.2            Kad Pengenalan ibu/bapa
3.3            Buku Akaun Bank Murid

4. Jika dokumen yang disenaraikan di atas tidak lengkap, pihak sekolah tidak dapat menyalurkan bantuan KWAMP tersebut.

Keperihatinan dan kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SAINGAN PERTAMA UJIAN UKM1 2015


Thursday, March 5, 2015