Tuesday, April 30, 2019

Pelancaran Jenama SK Seksyen 2 Bandar Kinrara


SK Seksyen 2 Bandar Kinrara (SKS2BK) mengorak langkah lebih jauh seiring dengan peredaran masa kini. Bersempena Temasya Sukan Tahunan 2019, Unit Kokurikulum dengan kerjasama PIBG telah melancarkan jenama sekolah yang lebih menarik.

YDP PIBG ke-6 telah memperkenalkan SaKSeeD sebagai jenama sekolah yang baharu pada majlis perasmian sukan yang gilang-gemilang tempoh hari.Oleh yang demikian tercatatlah sejarah sekolah yang terbaharu sebagai kenangan indah untuk warga sekolah khasnya. 

SaKSeed ada akronim komersial daripada Sekolah Kebangsaan Seksyen Dua. Pemilihan jenama ini adalah idea YDP PIBG Tuan Haji Hasni bin Jusoh sendiri yang mahukan sekolah lebih mudah disebut dan dikenali di seluruh pelusuk dunia. Ia membawa maksud berjaya atau seumpamanya.

Pengunaan jenama tersebut seperti nama-nama institusi pendidikan lain seperti UTeM, UiTM, Seratas, Semesti, Semestib dan lain-lain.

Semoga pelancaran jenama SaKSeed memberi sinar baharu kepada warga SKS2BK khasnya dan warga Puchong amnya.
Amin ya Rabbalalamin.

Saturday, April 27, 2019

Cuti Peristiwa Sempena Sukan Tahunan


KEMPEN KESIHATAN GIGI KDM SKS2BK DAN JORDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!😁😁
Sekolah kita menyertai pertandingan peringkat kebangsaan. Jadi, kami mengalu-alukan semua untuk memeriahkan page ini dengan like dan share banyak-banyak.🤠🤠 Kerjasama semua amatlah dihargai..


https://m.facebook.com/pages/category/Education/Jordan-KDM-SK-Seksyen-2-Bandar-Kinrara-797249734007117/

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2019