Thursday, September 18, 2008

HARI KARNIVAL AMAL MESRA KELUARGA SKS2BK 2008

1. Makluman kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai kepakaran memasak, boleh membantu guru-guru untuk menyediakan makanan untuk hari tersebut seperti nasi lemak, aneka mee & bihun, nasi ayam/nasi tomato, burger, hot dog dan lain-lain. Sila berikan nama dan no. telefon di pondok pengawal keselamatan supaya PIBG dan guru dapat menghubungi tuan/puan.

2. PIBG juga memohon dan berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memberikan sumbangan berupa bahan mentah untuk masakan, kuih-muih, air mineral, baju terpakai, buku terpakai dan sebagainya yang boleh digunakan untuk jualan pada hari tersebut. Segala bentuk sumbangan hendaklah diserahkan kepada guru kelas anak tuan/puan mulai 15 September hingga 17 Oktober 2008.

3. Semua urusan pembelian pada Hari Karnival Amal Mesra Keluarga ini adalah dengan menggunakan kupon.

4. Tujuan diadakan Hari Karnival Amal Mesra Keluarga ini adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM50,000.00 untuk membina tapak perhimpunan berbumbung.

2 comments:

  1. Salam,
    Semoga mendapat kerjasama dari ibubapa, guru-guru dan masyarakat setempat untuk Hari Karnival ini.
    Terimakasih

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Just an idea ... apa kata, mohon dari para ibubapa dan warga SKS2 , kupon tersebut dijual pada syarikat like Tesco, Giant, etc or pada bank-bank yang nearby.
    Btw moga karnival ini mencapai matlamat nya.
    Terima kasih

    ReplyDelete