Tuesday, November 18, 2008

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan blog sekolah ini. Pihak sekolah seboleh mungkin akan mengoptimumkan pengisian blog ini dalam usaha menyalurkan informasi dan maklumat kepada para pelanggan agar ia boleh dijadikan rujukan semasa dan yang akan datang. Semoga blog ini menjadi jambatan penghubung di alam maya di antara sekolah dengan komuniti. Sehubungan itu, besarlah harapan saya untuk melihat kandungan blog ini sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.
Walau bagimanapun di dalam menggunakan peluang ini, adalah diharapkan agar pengguna blog dapat menggunakan semua kemudahan yang terdapat di dalamnya dengan cara yang berhemah, berbudi bahasa yang tinggi serta niat yang luhur selari dengan peranan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan.
Secara tidak langsung, kita semua dapat bersama-sama memanfaatkan kemudahan ICT yang ada sebaik mungkin. Di sekolah kemudahan yang disediakan oleh kementerian seperti komputer bimbit PPSMI, komputer untuk pengurusan dan talian jalurlebar SchoolNet akan digunakan dalam pelbagai tujuan seperti untuk pengajaran dan pembelajaran berkomunikasi dan pengurusan berbantukan komputer di samping menambah kompetensi warga pendidik menggunakannya.

Semoga blog ini akan menjadi medium komunikasi yang berguna untuk warga sekolah memperolehi maklumat, menyuarakan pendapat dan pandangan yang bernas serta mengutarakan sebarang masalah dan ketidakpuasan hati.

Sekian, terima kasih.


GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara

Emel: sks2bk.gb@gmail.com

No comments:

Post a Comment