Tuesday, October 29, 2013

AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN

1 Murid 1 Sukan adalah satu aktiviti yang disarankan oleh kerajaan untuk memastikan murid diberi peluang yang setara untuk menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Justeru itu, SKS2BK telah mengambil peluang untuk menganjurkan program ini di sekolah. Butiran program adalah seperti berikut : -
Tarikh : 30 Oktober 2013 (Rabu)
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Sasaran : Murid-murid Tahap 2

Antara aktiviti sukan yang diadakan adalah seperti bola baling mini, bola jaring, futsal, bola baling, badminton dan tenpin boling. Sayugia dimaklumkan bahawa semua murid dan guru dibolehkan memakai pakaian sukan dari awal pagi semasa datang ke sekolah. 

Oleh kerana aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang, maka diharap jasa baik ibu bapa dan penjaga agar dapat memastikan anak tuan/puan membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Di samping itu, diharap tuan/puan juga dapat mengatur pengangkutan pergi dan balik dengan pengusaha bas/van sekolah. 

Semoga segala perancangan aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan baik dan jayanya. 

Monday, October 28, 2013

SAIDINALIMPIK 2013

Program : Fiesta Jualan dan Pertandingan Saidinalimpik 2013
Anjuran : Perintis Usahawan Selangor (PERMATA)
Tarikh : 26 & 27 Oktober 2013
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall


Guru Pengiring
  1. Pn. Noorhayati bt. Hassan
  2. Cik Nor 'Atiqah bt. Che Saad
10 orang peserta dari Kelab Perintis Usahawan SKS2BK
  1. Luqmanul Hakim b. Abdul Sanawi (6B)
  2. Wan Imran b. Wan Abdul Hafizd (6B)
  3. Danish Faid Khoo (6B)
  4. Muhammad Ikram b. Rosli (6B)
  5. Muhammad Basil b. Abdul Hakim (4M)
  6. Aniq Muqri b. Amir Yusri (4K)
  7. Raja Aireen Sofia bt. Raja Azlan (4N)
  8. Arriesha Najwa bt. Ramli (5J)
  9. Aina Natasya bt. Khairul Zaman (5A)
  10. Siti Ulfah Sofia bt. Sheikh Izham (5A)
Kategori yang dimenangi :
  1. Pra Jualan Terbaik (Tempat Ke-3)
  2. Jualan Semasa Terbaik (Tempat Ke-3)
  3. Keseluruhan Terbaik (Tempat Ke-3)
  4. Pertandingan Saidinalimpik (Saguhati)

PERAYAAN HARI DEEPAVALI & AWAL MUHARRAM 1436H

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 1 November 2013 (Jumaat) hingga 5 November 2013 (Selasa) dan akan dibuka semula pada 6 November 2013 (Rabu). Cuti ini diambil bagi memberi peluang kepada semua murid dan ibu bapa pulang ke kampung halaman masing-masing agar tidak terkandas di dalam kesesakan jalanraya.

Butiran keterangan berkaitan cuti yang diambil adalah seperti berikut : -

Tarikh
Hari
Keterangan
1/11/2013
Jumaat
Cuti Peristiwa
2/11/2013
Sabtu
Hari Deepavali
3/11/2013
Ahad
Cuti Umum
4/11/2013
Isnin
Cuti Berganti
5/11/2013
Selasa
Awal Muharram

Pada kesempatan ini, kami warga pendidik SKS2BK ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga sekolah yang beragama Hindu dan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua warga sekolah yang beragama Islam. Kami mendoakan agar anda dan keluarga selamat pulang dan kembali ke sekolah pada 6 November 2013 (Rabu) nanti.

WARNA-WARNI KEM RIMUP 1MALAYSIA 2013

Himpunan Para Peserta Kem RIMUP 2013

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKS2BK

Latihan Senaman Pagi

Friday, October 25, 2013

INDAHNYA ALAM REMAJA

Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan program Indahnya Alam Remaja pada ketetapan berikut : -
Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Surau SKS2BK
Penceramah : Doktor HUKM

Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Unit Bimbingan & Kaunseling SKS2BK

Thursday, October 24, 2013

KEM RIMUP 1MALAYSIA PERINGKAT PETALING PERDANA 2013

Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah suatu rancangan yang dianjurkan oleh PPD Petaling Perdana untuk mengeratkan perpaduan di antara sekolah-sekolah berdekatan di dalam satu aktiviti bersama. Aktiviti yang dirancang adalah untuk murid-murid sekolah bagi meningkatkan perpaduan di antara kaum. Butiran program RIMUP 2013 adalah seperti berikut : -

Tarikh : 26 & 27 Oktober 2013 (Sabtu & Ahad)
Tempat : SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Terdapat 8 buah sekolah yang terlibat di dalam program ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut : -
  1. SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA
  2. SK BUKIT KUCHAI
  3. SJK(C) YAK CHEE
  4. SJK(T) KINRARA
  5. SK SERDANG
  6. SK SRI SERDANG
  7. SJK(C) SERDANG BARU (1)
  8. SJK(T) FES SERDANG

Wednesday, October 23, 2013

WARNA-WARNI KARNIVAL SUKAN SKS2BK 2013

BELON ISTANA
PONEY RIDE
KANU

WARNA-WARNI TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN
PANCARAGAM KEJOHANAN
RUMAH HIJAU
RUMAH KUNING
RUMAH BIRU
RUMAH MERAH
PENGACARA KEJOHANAN
PASUKAN SORAK
PUTERI ISLAM
TKSR
PBSM
TUNAS PUTERI
GURU BESAR & TETAMU KEHORMAT
OLAHRAGAWAN TAHUN 4
OLAHRAGAWATI TAHUN 4
OLAHRAGAWAN TAHUN 5
OLAHRAGAWATI TAHUN 5
OLAHRAGAWAN TAHUN 6
OLAHRAGAWATI TAHUN 6

KUTIPAN BUKU TEKS 2013 & PENGAGIHAN BUKU TEKS 2014

Buku teks dan buku aktiviti yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hak milik kerajaan Malaysia. Buku-buku tersebut diberikan kepada semua murid sekolah secara pinjaman pada setiap awal tahun persekolahan. Justeru itu, jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) akan membuat kutipan dan pengagihan buku teks seperti butiran berikut : -

Tarikh : 28 Oktober 2013 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi - 1.00 petang
Tempat : Kelas masing-masing

Oleh yang demikian, diharapkan ibu bapa memastikan bilangan buku teks yang dipinjam mencukupi semasa proses pemulangan. Jika terdapat buku teks yang hilang, ibu bapa diminta menggantikan buku teks tersebut dengan yang baharu. Jika penggantian tidak dibuat, pengagihan buku teks bagi tahun 2014 kepada anak tuan/puan akan ditangguhkan sehingga buku tersebut diganti.

Pohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan semua buku teks anak tuan/puan mencukupi untuk memudahkan proses pengagihan buku teks tahun 2014 berjalan lancar.  

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang SPBT di http://spbtsks2bk.blogspot.com/ 

Thursday, October 17, 2013

SUKANEKA & KARNIVAL SUKAN 2013

Sukan merupakan suatu wadah untuk ahli keluarga merapatkan hubungan di antara satu sama lain. Melalui sukan, kita bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah minda juga akan menjadi lebih cerdas. Justeru itu, SKS2BK akan mengadakan Sukaneka pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Padang Sekolah

Acara sukaneka ini diadakan bersempena dengan Temasya Sukan Tahunan yang akan diadakan pada keesokan hari. Selain daripada itu, PIBG juga turut mengambil bahagian dengan mengadakan Karnival Sukan. Karnival Sukan ini terbuka kepada semua pengunjung. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menambah dana PIBG bagi menampung aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun. 

Banyak aktiviti yang disediakan dalam karnival tersebut. Antara aktiviti yang menarik adalah seperti Rumah Hantu, Water Ball, Poney Ride, Taman Arnab, Basikal 3 Roda, Fun Fair, Inflatable dan lain-lain lagi. Semua aktiviti tersebut akan menggunakan kupon sebagai banyak masuk. Bayaran bergantung kepada aktiviti yang ingin disertai. Kupon-kupon boleh diperoleh daripada guru-guru kelas anak masing-masing. Kaunter penjualan kupon juga akan dibuka pada hari berkenaan bagi membolehkan para pengunjung mendapatkan kupon masing-masing.

Jadi, marilah bersama-sama ahli keluarga menjayakan aktiviti Sukaneka dan bergembira di Karnival Sukan yang dianjurkan oleh PIBG SKS2BK. Selain kita bergembira, kita juga dapat membantu menyumbang kepada kesejahteraan sekolah yang lestari dengan melibatkan diri dalam program SARANA IBU BAPA.

Wednesday, October 9, 2013

MAKLUMAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013 KALI KE-12 SERTA KARNIVAL SUKAN SKS2BK

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Sukaneka & Temasya Sukan Tahunan 2013 seperti butiran berikut : -

Aktiviti : Sukaneka / Karnival Sukan
Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Aktiviti : Temasya Sukan Tahunan / Karnival Sukan
Tarikh : 20 Oktober 2013 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga ingin memaklumkan pada 21 Oktober 2013 (Isnin) merupakan cuti peristiwa. Semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti pada tarikh tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, October 4, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 4 DAN TAHUN 5 KE SEKOLAH MODEL KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU, KLANG TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, permohonan kemasukan murid ke Tahun 4 dan Tahun 5 Sekolah Model Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang bagi tahun 2014 akan dibuka kepada murid-murid di negeri Selangor yang layak dan berminat. Borang permohonan boleh diperoleh di pejabat SK Seksyen 2 Bandar Kinrara untuk perhatian GPK HEM.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 November 2013. Surat jawapan akan dihantar melalui pos kepada semua ibu bapa/penjaga mulai 16 Disember 2013. Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, tuan boleh menghubungi Puan Shamsul Bahriah binti Bahardin (Unit Menengah) melalui talian 03-5518 6149 atau Tuan Haji Ahmad Isa bin Tan Sri Dato' Hassan (Unit Rendah) melalui talian 03-5510 3458.

Kerjasama tuan bagi memastikan proses pengambilan murid ini berjalan dengan lancar didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Borang Permohonan Kemasukan Tahun 4 dan Tahun 5 ke Sekolah Model Khas

Tuesday, October 1, 2013

PEMBATALAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Makluman kepada semua warga SKS2BK bahawa pada 2/10/2013 (Rabu), aktiviti kokurikulum akan dibatalkan. Pembatalan ini dibuat untuk memberi peluang kepada murid-murid yang bersekolah agama terutamanya murid-murid Tahun 5 untuk persediaan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang sedang dijalankan pada sepanjang minggu ini. 

Selain daripada itu, pembatalan ini juga turut memberi peluang kepada murid-murid yang tidak terlibat dengan UPKK, untuk membuat ulangkaji sebagai persediaan menghadapi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 2) yang akan dijalankan pada minggu hadapan. 

Oleh itu, ambillah peluang ini untuk membuat sebanyak mungkin latihan dan ulangkaji sebagai persiapan terakhir sebelum menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

MAKLUMAN KELAS TAMBAHAN BAGI TAHUN 5 2013

Dimaklumkan bahawa kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 5 yang ditangguhkan sebelum ini akan disambung semula mulai 30 September 2013 (Isnin) mengikut jadual yang telah dilampirkan sebelum ini. Maklumat kelas tambahan yang diganti adalah seperti berikut.

Tarikh
Mata Pelajaran
Masa
30/9/2013 (Isnin)
Bahasa Inggeris
1.30 petang – 2.30 petang
1/10/2013 (Selasa)
Bahasa Malaysia
1.30 petang – 2.30 petang

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.