Friday, February 27, 2015

Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Sekolah

Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan di surau dan bilik J-Qaf SKS2BK. Program ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili sekolah pada 30 Mac ini. 












Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Kelas








Bacaan Yasin Setiap Pagi Jumaat







Thursday, February 26, 2015

Klinik Olahraga Bersama Olahragawan Malaysia

Murid terpilih yang mewakili SKS2BK dalam kejohanan olahraga tahun ini telah diberi peluang untuk mengikuti Klinik Olahraga bersama Olahragawan Malaysia iaitu Muhd Malik Tobias.

 Klinik ini berlangsung selama sehari bertempat di Kompleks Sukan UPM, Serdang. Diharapkan murid-murid yang mengikuti Klinik Olahraga ini dapat memberi sinar kilauan pingat yang banyak kepada SKS2BK pada tahun ini.









JADUAL UJIAN FORMATIF 1 (MAC) DAN UJIAN FORMATIF 2 (OGOS) 2015


Senaman Pagi

Bermula minggu ini, murid-murid akan  melakukan senaman pagi bersama-sama guru pada setiap hari Rabu. Program ini adalah kerjasama antara Panitia Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum SKS2BK. Tujuan senaman ini ialah bagi memastikan murid cergas dan tidak mengantuk sebelum masuk ke kelas.









Wednesday, February 25, 2015

NOTIS PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14

Kepada
Semua ibu bapa/ penjaga

Tuan/Puan,

NOTIS PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dirujuk dan surat SKS2BK100-7/1/4(10)bertarikh 27 Januari 2015.

2.         Sukacita diingatkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-14 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh            :           28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa              :           8.30 pagi
Tempat          :           Dewan Warisan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

3.         Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,



(MUHAMMAD SUHAIB BIN MAHMOD RADHI)
Setiausaha
PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

s.k.

Y.Brs. En. Zaidy bin Salman
Penasihat PIBG SKS2BK

Y.Brs. En. Mohd. Zulhaizan bin Mohd Noor
YDP PIBG SKS2BK Sesi 2014/2015









PENTING : SILA KEMUKAKAN SLIP JAWAPAN PERSETUJUAN KEHADIRAN DAN USUL SEBELUM 4 FEBRUARI 2015



Saya __________________________________________ibu / bapa/ penjaga kepada _______________________________________________________kelas _________
Akan *hadir/tidak hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 sekolah ini.

Yang benar,



_________________________________
(                                                                       )


* potong yang tidak berkenaan


Usul:

  1. _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14


Kepada
Semua ibu bapa/ penjaga

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)      KALI KE-14

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2    Bandar Kinrara kali ke-14 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh            :           28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa              :           8.30 pagi
Tempat          :           Dewan Warisan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

3.         Bersama ini disertakan lampiran (1)jawapan kehadiran tuan/puan; dan (2)usul (jika ada). Pihak kami memohon agar dikembalikan jawapan kehadiran dan usul kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 4 Februari 2015(Rabu). AJK PIBG akan menentukan usul-usul yang akan dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Usul-usul yang dikemukakan hendaklah cadangan-cadangan yang membina untuk penambahbaikan sistem pendidikan di peringkat sekolah.

4.         Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,



(MUHAMMAD SUHAIB BIN MAHMOD RADHI)
Setiausaha
PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

s.k.

Y.Brs. En. Zaidy bin Salman
Penasihat PIBG SKS2BK

Y.Brs. En. Mohd. Zulhaizan bin Mohd Noor
YDP PIBG SKS2BK Sesi 2014/2015





PENTING : SILA KEMUKAKAN SLIP JAWAPAN PERSETUJUAN KEHADIRAN DAN USUL SEBELUM 4 FEBRUARI 2015



Saya __________________________________________ibu / bapa/ penjaga kepada _______________________________________________________kelas _________
Akan *hadir/tidak hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 sekolah ini.

Yang benar,



_________________________________
(                                                                       )


* potong yang tidak berkenaan


Usul:


  1. _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  2. _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Monday, February 16, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BOLING

Majlis Penyampaian Hadiah bagi kejayaan adik Ilman Nazim bin Roslim telah disampaikan pada pagi tadi sebagai sumber semangat kepada murid-murid yang lain tas kejayaan yang dikecapi. Pihak sekolah mendoakan adik Ilman Nazim berjaya dalam peringkat yang seterusnya. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Ilman kerana sekali lagi mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Pada 9 Februari - 12 Februari adik ilman telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Selangor. 

Kejayaan adik Ilman dalam kejohanan ini ialah :
 - Kategori Berkumpulan : Johan - Kategori Beregu          
 - Kategori Individu          : Naib Johan
 - Kategori Master             : Tempat ke 4 

Dengan pencapaian adik Ilman ini, beliau telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor bulan Mac.







Saturday, February 14, 2015

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Kali Ke-4 Sesi 2014/2015





Adik Ilman Terpilih Mewakili Negeri Selangor !

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Ilman kerana sekali lagi mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Pada 9 Februari - 12 Februari adik ilman telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Selangor. Kejayaan adik Ilman dalam kejohanan ini ialah :

- Kategori Berkumpulan : Johan
- Kategori Beregu           : Johan
- Kategori Individu         : Naib Johan
- Kategori Master           : Tempat ke 4

Dengan pencapaian adik Ilman ini, beliau telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor bulan hadapan.