Wednesday, February 25, 2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-14


Kepada
Semua ibu bapa/ penjaga

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)      KALI KE-14

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2    Bandar Kinrara kali ke-14 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh            :           28 Februari 2015 (Sabtu)
Masa              :           8.30 pagi
Tempat          :           Dewan Warisan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

3.         Bersama ini disertakan lampiran (1)jawapan kehadiran tuan/puan; dan (2)usul (jika ada). Pihak kami memohon agar dikembalikan jawapan kehadiran dan usul kepada pihak sekolah selewat-lewatnya 4 Februari 2015(Rabu). AJK PIBG akan menentukan usul-usul yang akan dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Usul-usul yang dikemukakan hendaklah cadangan-cadangan yang membina untuk penambahbaikan sistem pendidikan di peringkat sekolah.

4.         Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,



(MUHAMMAD SUHAIB BIN MAHMOD RADHI)
Setiausaha
PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

s.k.

Y.Brs. En. Zaidy bin Salman
Penasihat PIBG SKS2BK

Y.Brs. En. Mohd. Zulhaizan bin Mohd Noor
YDP PIBG SKS2BK Sesi 2014/2015





PENTING : SILA KEMUKAKAN SLIP JAWAPAN PERSETUJUAN KEHADIRAN DAN USUL SEBELUM 4 FEBRUARI 2015



Saya __________________________________________ibu / bapa/ penjaga kepada _______________________________________________________kelas _________
Akan *hadir/tidak hadir pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 sekolah ini.

Yang benar,



_________________________________
(                                                                       )


* potong yang tidak berkenaan


Usul:


  1. _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  2. _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment