Wednesday, February 4, 2015

Sumbangan 'Projector' Baru Kepada Sekolah

Alhamdulillah, hari ini SKS2BK telah menerima sumbangan pemancar pertama daripada En. Amir Azlan Ambiah. Pemancar ini akan dipasang di Makmal Sains bagi menggantikan pemancar sedia ada yang telah rosak.

Sumbangan ini adalah hasil daripada perkongsian idea pada Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 5 dan Tahun 6. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Amir Azlan Ambiah di atas sokongan padu kepada sks2bk dalam sama-sama membina empayar kegemilangan sekolah. Semoga tuan puan dimurahkan rezeki dan mendapat ganjaran daripada tuhan. InsyaAllah.

Pihak sekolah juga mengalu-alukan pihak ibu bapa / penjaga, sektor swasta ataupun mana-mana pihak untuk memberi apa-apa sahaja jenis sumbangan kepada pihak sekolah dari segi kewangan ataupun kepakaran untuk sama-sama memajukan lagi SKS2BK


Dari kiri : En Amir Azlan Ambiah , En. Zaidy bin Salman ( Guru Besar SKS2BK), 
En. Ahmad Ilmi ( Guru Penyelaras ICT )



No comments:

Post a Comment