Saturday, August 29, 2009

Majlis Sembahyang Murid Beragama Hindu Tahun 6 2009

Sembahyang hajat bagi murid-murid Tahun 6 yang beragama Hindu akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 2/9/2009

Tempat : Sri Maha Mariamman Temple, BK 1, Bandar Kinrara.

Masa : 7.00 Malam

Semua ibu bapa sks2bk yang beragama Hindu dijemput hadir.

Friday, August 28, 2009

Langkah Kawalan Wabak Influenza-Like Illness di Sekolah

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat sebagai perinagat bersama-sama kepada semua sekolah di negeri Selangor melalaui Bil(140)dlm.JKNS/KA/EPID/732/01-19Jld.2 bertarikh 30 Julai.

Di antara lain yang disentuh ialah mengenai setiap sekolah yang ditutup selama 7 hari tidak dijamin bebas dari wabak ILI pada masa akan datang.

JKNS memberi beberapa saranan untuk mengawal penularan wabak dalam keadaan yang meminimumkan impak perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan:

  1. melakukan pengasingan segera pelajar-pelajar yang tidak sihat sebelum sesi pembelajaran bermula. Ini bermakna guru akan terus mengasingkan murid yang dikenalpasti tidak sihat (demam selsema) dan memberi topeng. Ibubapa murid tersebut akan dihubungi dan diminta mengambil segera anak/jagaan mereka balik ke rumah.
  2. Membudayakan kebersihan tangan serta etika batuk melalui pendidikan kesihatan di sekolah. Sekolah akan melaksanakan pendedahan etika ini dalam setiap kelas
  3. Menyediakan kemudahan membersihkan tangan dengan air dan sabun atau menggunakan alcohol-based hand rub. Sesi membersih tangan boleh dilakukan setiap kali murid-murid masuk ke bilik darjah di awal persekolahan dan selepas rehat. JK Khas H1N1 akan menyusun tindakan untuk mengamalkan cadangan ini
  4. memaklumkan ibu-bapa/penajga agar tidak menghantar anak-anak/jagaan mereka ke sekolah sekiranya tidak sihat. Harap kerjasama daripada semua

-No. Surat: 225 (28/08/09)

Wednesday, August 26, 2009

PENDIDIKAN Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 2

Oleh Roslan Rasip dan Ismail Mokhtar


KERTAS 2

Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.

Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.

Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.

Contoh:

50 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat?

Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:

50 ÷ 2 - 10 =

Langkah menjawab:

25
-------
2 ) 50
- 4
----
10
- 10
---

25 - 10 = 15

Jawapan yang diberikan adalah SALAH.

Langkah yang betul adalah seperti berikut:

( 50 - 10 ) ÷ 2 =

50 - 10 = 40 40

---- = 20

2

Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20

Jawapan: 20

Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.

Sebagai contoh:

Convert 109% to a mixed number.

Calon kerap memilih 109% adalah

109 9

----- = 1 --- (jawapan adalah salah)

100 10

Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:

9

109% = 1 -----

100

Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).

Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:

State the digit value of 6 in the number 0.67 million.

Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.

Jawapan calon:

60 atau Enam puluh / Sixty or 60

Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:

0.67 million = 0 670 000

600 000

Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)

6

---- million

10

Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.

Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.

Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya menjadi salah.

Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.

Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Pendidikan/20090826074303/Article/index_html

Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1

Oleh Roslan Rasip dan Ismail Mokhtar

GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.

Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.

KERTAS 1

Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.

Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.

Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.

Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu.

Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.

Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.

Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.

Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.

Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan.

Contoh;

Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to his neighbours.

He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left?

Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.

Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?

A 5 B 20 C 80 D 240

Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.

Tiga maklumat utama, iaitu;

(i) Pak Abu ada 400 durian

(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.

(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.

Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left).

Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal.

Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:

1

--- x 400 = 80

5

Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:

3

--- x ( 400 - 80 ) = 240

4

Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:

400 - 80 - 240

= 80

Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu;

80

----- x 100% = 20%

400

Jawapan: B (20)

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:

3

--- x 400 = 300

4

Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:



400 - 80 - 300

= 20

Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:

20

----- x 100% = 5%

400

Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:

a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.

b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.

c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.

d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.

e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.

f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.

g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.

Tuesday, August 25, 2009

GOTONG-ROYONG PEMASANGAN PAPAN PUTIH




Aktiviti gotong-royong pemasangan papan putih di kelas-kelas dan bilik khas telah berjalan lancar pada 15 Ogos 2009 yang lalu. Seramai 21 orang ibu bapa telah sama-sama hadir ke sekolah untuk menjayakan aktiviti tersebut. Oleh yang demikian, mulai 17 Ogos 2009 semua guru tidak lagi menggunakan papan hitam dalam pengajaran masing-masing. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan para ibu bapa atas kerjasama dan keprihatinan yang diberikan kepada pihak sekolah dan PIBG. Semoga segala jasa baik dan khidmat tenaga yang diberikan diberkati oleh Allah s.w.t

25.08.09: Sekolah Kembali Beroperasi

Setelah ditutup selama seminggu, hari ini sekolah beroperasi semula. Kepada mereka yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah bolehlah berbuat demikian mulai hari ini.
Semua bilik darjah, tandas dan kawasan sekeliling sekolah telahpun dilakukan kerja-kerja pembersihan dan basmi kuman seperti yang diarahkan oleh Pusat Kesihatan Daerah Petaling.

Tuesday, August 18, 2009

Makluman Semua

Sepanjang penutupan sekolah mulai hari ini hingga 24 Ogos 2009 sekolah dan pejabat tidak beroperasi. Semua guru, kakitangan dan murid perlu menjalani kuarantin di rumah terutama yang mempunyai simptom - demam, selsema, batuk, sakit badan, sakit tekak dan sukar bernafas. Bagi mereka yang tidak mempunyai simptom, sekiranya terpaksa keluar, pastikan memakai topeng mulut dan segera balik ke rumah sebaik habis urusan.

Sementara itu kerja-kerja pembersihan dan membasmi kuman sedang dijalankan terhadap bilik darjah, meja-meja, tandas dan kawasan sekolah hari ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DI TUNDA

Program lawatan sambil belajar ke Petrosains telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan nanti. Diharap semua ibu bapa dan murid yang terlibat dalam program ini tidak perlu risau dan tarikh lawatan yang baru akan dimaklumkan selepas berurusan dengan pihak Petrosains dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Harap maaf.

H1N1: Info Berguna

Petikan dari blog Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin di http://www.drazwan.blogspot.com/ Fax : 03-79813590
H/P : 012-9597074
Emel : abiteha@yahoo.com

Elakkan Datang Ke Hospital...

Salam,


Di antara arahan Ketua Pengarah Kesihatan agar sesiapa yang sakit ke hospital segera untuk menerima rawatan.
Namun, jika boleh, sebaik-baiknya cuba elakkan daripada ke hospital kerana hospital adalah pusat segala pesakit H1N1 berkumpul.
Saya kasihan dengan sesetengah pesakit yang beratur berjam-jam untuk berjumpa doktor di hospital kerajaan kerana terlalu panik terkena jangkitan, sedangkan hanya terkena batuk dan selsema ringan.
Padahal risiko anda semua ke hospital, terpaksa menunggu lama di hospital, bertemu secara langsung dengan pesakit yang dikhuatiri ada H1N1 meningkatkan peluang anda untuk terkena jangkitan. Datang ke hospital tiada H1N1, pulang dari hospital dengan H1N1.
Kalau makhluk halus macam cerita "Jangan Pandang Belakang" itu mengikut anda pulang ke rumah, anda sorang sahaja yang dirasuk... tapi kalau makhluk halus macam H1N1 ikut anda pulang, satu kampung boleh terkena!
Ada yang bawa anak melawat ke hospital untuk melawat pesakit terutama di hospital swasta (hospital kerajaan ada larangan membawa kanak-kanak). Membawa anak kecil melawat pesakit adalah membahayakan diri anak-anak. Kita tahu co-morbid yang boleh membawa kematian kepada pesakit H1N1 adalah anak berusia 5 tahun ke bawah.
Jika ada keperluan melawat pesakit di hospital, sila pakai topeng muka.
Nasihat saya kepada semua pembaca, kalau tidak sihat sedikit-sedikit, macam selsema ringan atau, batuk ringan tanpa demam, tidak perlulah ke hospital. Pergi klinik berdekatan dan ambil MC pun cukup. Jika bawa anak untuk tujuan vaksinasi dan sebagainya, sila pakai topeng untuk mengelakkan jangkitan.
Kepada pesakit yang terkena selsema, batuk dan demam, amalkan minum air kosong yang banyak, makan buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti anggur, limau, epal dan buah-buahan kaya vitamin C yang lain. Anda juga boleh makan pil vitamin C yang boleh didapati klinik dan farmasi. Ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh menghindarkan diri daripada jangkitan selsema dan meningkatkan imunisasi anda.Rehat secukupnya, pakai topeng muka, jauhkan daripada orang lain dan amalkan kebersihan diri.
Sekiranya gejala anda nampak melarat seperti sesak nafas, sakit badan semakin teruk, cirit birit dan muntah, demam tiggi yang tidak berkurangan dan lesu, jangan tunggu. Anda boleh pergi terus ke hospital kerajaan dan swasta dengan segera untuk dimasukkan ke dalam wad.
Wallahu Alam.
Saya berada di barisan pertama (front liner) apabila seorang pesakit H1N1 menerima rawatan. Secara amnya saya sangat-sangat terdedah kepada risiko H1N1. Apapun saya berserah kepada Allah dan berharap agar saya sentiasa sihat dan terus melaksanakan perkhidmatan.
Kadang-kadang terdetik rasa kecewa dan terkilan. Ada sesetengah pesakit yang batuk, selsema dan demam tidak mahu memakai topeng muka walaupun disuruh beberapa kali.
Di antara alasan yang diberikan ialah :-
1. Tak selesa
2. Tak boleh bernafas
3. Tak suka
4. Malu - nanti orang tak nak dekat sebab ingatkan dia kena H1N1
5. Susah nak buat kerja
6. Tak biasa
7. Tak ada topeng muka
8. Susah nak pakai sebab bertudungDan alasan yang entah apa-apa lagi.
Alasan-alasan inilah yang membuatkan kita semua yang masih lagi tidak terkena jangkitan, boleh terkena jangkitan.
Ada yang bawa anak-anak yang tidak sihat. Terlalu risau. Mungkin sudah tidak sihat beberapa hari. Alhamdulillah anak bertopeng kemas, batuk pun ketika memakai topeng. Bagus ibu-bapa sebegini. Tapi malangnya, dalam masa menerima rawatan, saya melihat ibunya batuk dan bersin berkali-kali tanpa memakai topeng. Apa guna kalau anak sahaja bertopeng, tapi ibunya yang batuk juga tidak bertopeng. Jangan ingat anak anda sahaja yang boleh terdedah kepada H1N1.
Saya menganggap anda semua yang menghidap selsema, batuk dan demam yang tidak mahu mengambil langkah berjaga-jaga ini dan tidak memakai topeng adalah seorang yang sangat-sangat mementingkan diri sendiri dan membahayakan orang lain.
Mustahil tidak tahu. Maklumlah dah 60 orang mati, dan setiap hari cerita H1N1 keluar di surat khabar. Atau buat-buat tak tahu. Saya tak percaya ada antara anda masih tidak tahu kepentingan memakai topeng muka sekiranya mempunyai gejala influenza.
Ada seorang remaja berjumpa saya untuk membuat medical check up untuk masuk ke universiti. Dia datang berdua bersama kawannya. Kawannya sihat dan tiada masalah. Oleh kerana dia batuk, demam dan selsema, saya minta dia memakai topeng muka. Mula-mula tidak mahu, tetapi saya paksa juga.
Setelah saya buat pemeriksaan perubatan untuk kemasukan ke universiti itu, saya minta dia tunggu di luar sebentar sementara saya nak isi borang. Dia bertanya pada saya. "Doktor, dah habis periksa?". Saya pun menjawab- dah.
Dia tanya kembali kepada saya,"Jadi, boleh saya tanggalkan topeng muka ini?"..Kelakar pun ada... mungkin pada fikirannya, saya suruh dia pakai topeng untuk elakkan jangkitan hanya kepada saya waktu itu. Padahal saya pun memakai topeng muka juga.
Di luar, kawannya datang kepadanya. "apasal kau pakai topeng muka ni?, kawannya tanya tersengih-sengih. "Entah, Doktor suruh.."jawabnya. Dia tak nampak saya sedang berjalan disebelahnya ketika itu.
Tuan dan puan, kita boleh menghindarkan wabak ini jika diizinkan Allah. Kita berdoa agar Allah memanjangkan usia kita dan menghindarkan kita dari segala bala dan musibah. Namun tawakkal dan doa sahaja tidak cukup tanpa disertakan dengan usaha. Memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri adalah satu keperluan di kala wabak H1N1 sedang merebak. Marilah kita saling ingat mengingati di antara satu sama lain.


RELENZA - Selamat Tinggal H1N1

RELENZA (ruh-LENS-uh) ialah sejenis ubat yang digunakan sebagai penyembuh penyakit influenza disebabkan oleh virus influenza. Ia juga digunakan untuk membantu mengelakkan jangkitan virus influenza.
Seseparuh ubat anti virus hanya mengelakkan virus influenza A sahaja, Relenza adalah effektif untuk memberi perlindungan bagi kedua-dua influenza jenis A dan B.
BAGAIMANA RELENZA BERTINDAK?
RELENZA berasal dari sejenis kumpulan ubat yang dipanggil neuraminidase inhibitors. Ubat ini mensasarkan kepada virus influenza itu sendiri dan menghalangnya daripada merebak ke dalam tubuh manusia. Oleh itu RELENZA menyembuhkan penyebab utama kepada influenza itu sendiri dan bukannya hanya menyembuhkan simptomnya sahaja.
Ia boleh diambil dari umur 7 tahun sehingga dewasa.
BILA WAKTU SESUAI MENGAMBIL RELENZA ?
Waktu yang paling sesuai mengambil Relenza apabila anda terdedah kepada virus influenza (katakan H1N1) dalam masa 48 jam. Ia adalah waktu terbaik dan sangat mujarab untuk menyembuhkan influenza. Sekiranya sudah melepasi waktu tersebut, maka kemungkinan Relenza ini tidak lagi berkesan.
SIAPA YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL RELENZA?
RELENZA tidak boleh diambil kepada penghidap masalah paru-paru kronik dan penghidap asthma. Ada kajian menunjukkan pesakit-pesakit ini akan mengalami kekejangan otot pernafasan (bronchospasm) dan mengakibatkan kesesakan nafas yang membahayakan.
Sekiranya anda tiba-tiba sesak nafas kerana mengambil Relenza (terutama kepada pesakit asthma), pastikan ada mengambil terus "fast acting bronchodilator" seperti ventolin inhaler sebelum berkejar ke hospital.
Kajian juga menunjukkan bahawa sekira anda penghidap penyakit di atas, Relenza tidak membantu mengurangkan simptom dan waktu jangkitan influenza. Anda juga tidak boleh mengambilnya sekiranya wujud alahan pada ubat-ubat antivirus sebelum ini.
BAGAIMANA CARA MENGAMBIL RELENZA?
Relenza pada awalnya adalah dalam bentuk pil. Kajian mendapati bahawa keberkesanan ubat ini apabila dimakan adalah sangat-sangat rendah. Oleh itu sejenis alat dipanggil rotating diskhaler (ROTADISK) diperkenalkan oleh Glaxo Smith Kline.
Rotadisk ini adalah sejenis alat berbentuk bujur, yang terdapat muncung dihadapannya. Apabila penutupnya dibuka, ubat ditebuk menggunakan alat khas, dan anda akan menghisap ubat tersebut dari muncungnya. Ubat tersebut akan masuk terus ke paru-paru anda seperti serbuk (mist).
Sekiranya anda sudah terdedah kepada H1N1, anda kena mengambilnya 2 kali sehari selama 5 hari (boleh teruskan selama 10 hari). Setiap kali ambil, anda perlu menghisap 2 dos (contohnya 2 dos pagi dan 2 dos petang). Sekiranya anda masih belum terdedah (mengambil untuk mengelak terkena sahaja), maka anda perlu mengambilnya sekali sehari selama 10 hari.
KESIMPULAN
Mat Salleh kata : " This is what is all about! " (sambil tangannya memegang Relenza).
Di dalam filem "V for Vendetta" - ada cerita tentang kalau nak jual ubat, sebarkan virusnya dulu. Lepas dah ramai mati, maka anti virus tersebut dijual. Dengan cara itu si penjual ubat nampak seperti hero dan mengaut untung yang banyak. Itu dalam filem.
Ubat Relenza ini sudah berada di dalam pasaran. Saham Glaxo Smith Kline di UK tentu meningkat mencanak-canak tahun ini. Mana tidaknya, satu ubat relenza ni berharga RM 198.00 bagi 5 hari penggunaan sahaja.
Yang pasti, si pengaut untung adalah si penjual ubat dan yang tetap menangung ruginya adalah kerajaan dan rakyat. Apapun, inilah harapan kita buat masa ini untuk menyembuhkan H1N1.
Wallahu Alam.Artikel ini ditulis oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin (abiteha@yahoo.com)untuk www.drazwan.blogspot.com
Posted by Dr Azwan at 9:21 AM 3 comments Links to this post

Monday, August 17, 2009

Sekitar RIMUP 2009 di Zoo Negara

Bergambar ramai di depan pintu masuk


Sewaktu Sekolah Ditutup

Dalam tempoh penutupan sekolah selama seminggu dan ditambah dengan cuti sekolah seminggu lagi memerlukan ibubapa mengatur aktiviti anak masing-masing agar masa luang tersebut dapat diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Perkara pertama yang perlu diingat ialah sepanjang minggu pertama sekolah ditutup merupakan minggu kuarantin buat semua warga sekolah sama ada murid, guru mahupun staf sokongan lain. Oleh itu pastikanlah anak-anak dikuarantin agar tujuan asal penutupan sekolah dapat dicapai. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengelakkan virus influenza A H1N1 ini daripada merebak dengan menjauhi tempat awam.

H1N1: Sekolah ditutup seminggu

Sekolah ditutup mulai jam 12 tengah hari tadi sehingga 24 Ogos 2009 akibat terdapatnya jangkitan virus influenza A H1N1 pada pelajar sekolah. Pagi tadi 3 orang wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah hadir untuk mengeluarkan surat perintah tutup premis.
Sehubungan itu semua aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu ini seperti Kem Bestari Solat (Rabu), Ceramah Motivasi Tahun 5 (Khamis), Solat Hajat (Khamis) dan Special Prayers (Jumaat) adalah dibatalkan. Begitu juga dengan kelas-kelas tambahan untuk calon UPSR dan aktiviti lawatan ke KLCC.
Memandangkan cuti sekolah pertengahan penggal 2 akan bermula pada 22 sehingga 31 Ogos, maka pelajar-pelajar akan terus bercuti mulai esok sehingga tamat cuti sekolah. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 1 September 2009 (Selasa).

H1N1: Pemantauan untuk Infulenza Like-Illness (ILI)

Semua sekolah diperlukan untuk mengemaskinikan maklumat mengenai ILI setiap hari kepada Pusat Kesihatan Daerah masing-masing. Hasil permiksaan ini, satu laporan berkelompok akan disediakan untuk dihantar ke Pusat Kesihatan Daerah setiap hari.
Sejak minggu lepas 11.08.09 (Selasa) guru-guru di sekolah ini telahpun mula memeriksa murid-murid sama ada mereka mempunyai atau mengalami demam, selsema, batuk, sakit badan, sakit tekak dan sesak nafas. Ini adalah salah satu cara pihak kerajaan jalankan bagi perebakan wabak ini dapat dikesan lebih awal di sesuatu organisasi pendidikan. Pusat Kesihatan Daerah sentiasa berhubung dan berbincang dengan sekolah untuk mengetahui perkembangan semasa. Seandainya didapati keadaan kurang selamat maka tindakan sewajarnya akan diambil.

Sunday, August 16, 2009

15.08.09: Sabtu yang sibuk

Sabtu semalam merupakan antara hujung minggu yang sibuk buat warga sekolah. Terdapat empat aktiviti yang berlangsung iaitu RIMUP di Zoo Negara, gotong-royong pemasangan papan putih di kelas-kelas dan bilik khas, kelas tambahan Tahun 6 dan latihan bola sepak.

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yang pada asalnya melibatkan 7 buah sekolah terpaksa akur apabila SJK (C) Yak Chee tidak dapat turut serta akibat dari penutupan sekolah tersebut mulai Jumaat akibat H1N1. Namun kemeriahan dan keseronokan peserta RIMUP terserlah di wajah setiap daripada mereka. Anak-anak dari pelbagai bangsa dan sekolah bergabung tenaga dalam satu kumpulan bersaing antara satu sama lain. Semoga perpaduan dalam usaha membina Negara Bangsa dapat tercapai sewaktu kita sama-sama berganding bahu membangunkan modal insan.


Semasa 140 orang pelajar dan 25 orang guru beRIMUP di zoo negara, 21 orang guru dan ibubapa berganding bahu memasang 32 pasang papan putih di sekolah. Usaha menukar penggunaan papan hitam ke papan putih ini adalah demi menyediakan suasana kelas dan pembelajaran yang lebih sihat. Semoga dengan penghentian penggunaan kapur, debuan kapur yang mampu memberi kesan negatif kepada sistem pernafasan warga sekolah dapat dibendung.


Sewaktu rakan-rakan lain sedang berehat di hujung minggu, pelajar-pelajar Tahun 6 dan guru-guru gigih berusaha menyiapkan diri bagi menghadapi UPSR yang tinggal kira-kira 24 hari lagi. Ibu-bapa dengan penuh kasih-sayang menghantar sambil mengiringi doa buat anak yang bergelut dengan latihan yang disediakan oleh guru. Semoga semua harapan kita dimakbulkan olehNya.


Kalau pelajar Tahun 6 berada di Zoo Negara dan kelas-kelas tambahan, pelajar lelaki tahun 4 dan tahun 5 dengan tekunnya di bawah terikan mentari mengikuti latihan bolasepak. Penyediaan pasukan bolasepak untuk masa depan diharap dapat memenuhi masa lapang pelajar-pelajar di samping menggilap kemahiran mereka.


Saturday, August 15, 2009

PROGRAM RIMUP - KELOMPOK A ZON MPSJ

Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang unik kerana melibatkan 7 buah sekolah yang berhampiran. Antara sekolah yang terlibat adalah SJK(C) Yak Chee, SK Bukit Kuchai, SK Puchong Jaya, SK Puchong Jaya 2, SK Seksyen 1 BK, SJK(T) Kinrara dan sekolah ini telah dipilih untuk tahun ini menjadi pengerusi.

Oleh itu, satu program telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut ketetapan di bawah :-
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 7 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Zoo Negara
Sasaran : 140 orang murid. Setiap sekolah perlu diwakili oleh 20 orang murid daripada pelbagai kaum.

Antara aktiviti yang menarik akan dijalakan di Zoo adalah :-
1. Ice Breaking
2. Potensi Diri
3. Senamrobik
4. Team Building
5. Aksi Bergambar Paling RIMUP bersama kuda dan ular.
6. Explorace RIMUP (Treasure Hunt & Jangan Lupa Lirik Lagu Patriotik)

Diharap semua murid dan guru mendapat semangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu dalam menjalankan aktiviti yang dirancang.

Friday, August 14, 2009

Pemasangan Papan Putih

Malam semalam En. Hamlay Othman, En. Hasni Jusoh, En. Herman Lim dan En. Tajul Arus telah membuat percubaan memasang papan putih di kelas 1 Anggerik mengikut teknik pemasangan papan putih di Bilik j-QAF dengan sedikit penambahbaikan cara pemasangannya. Hasil daripada percubaan ini didapati tempoh pemasangan yang diperlukan lebih singkat berbanding dengan cadangan asal di samping tidak ada masalah untuk memasang kedua-dua papan putih (bersaiz 4' x 8' dan 4' x 4').

Berbanding cadangan asal yang telah dicuba di Bilik PSV pagi semalam, papan hitam lama perlu dibuka dan selepas itu perlu ditebuk lubang pada dinding untuk menggantung papan putih. Lubang ini kemudian dipasang dengan wall plug dan diikuti dengan memasang skru untuk melekatkan papan putih tersebut. Beberapa masalah timbul antaranya:

  1. Masa yang diperlukan agak lama
  2. Kedua-dua papan putih (bersaiz 4' x 8' dan 4' x 4') tidak boleh dipasang bersama-sama kerana saiznya agak besar berbanding dengan saiz papan hitam yang asal.
  3. Memerlukan peralatan yang banyak - antaranya impact drill, kuku kambing (buka paku), penukul, wall plug dan skru
  4. Dinding kelas perlu dicat semula kerana ada bahagian dinding yang dahulunya tertutup kini terdedah
  5. Lubang terhasil di dinding akibat paku dibuka - perlu ditampal
  6. Habuk dan serpihan batu banyak terhasil - perlu dibersihkan
  7. Memikirkan ke mana hendak diletakkan papan hitam yang dibuka

Dengan kaedah melekatkan papan putih di atas papan hitam sedia ada didapati ia jauh lebih baik iaitu:

  1. Masa yang diperlukan untuk sesebuah kelas memasang kedua-dua papan tersebut hanya sekitar 20 minit
  2. Peralatan yang diperlukan ialah cordless drill, skru dan rantai pengikat
  3. Keadaan kelas seperti asal dan hampir tiada habuk dan serpihan batu

Oleh itu, kepada mereka yang ingin menyertai gotong-royong, andainya mempunyai cordless drill bolehlah dibawa sama. Jika tidak ada, drill biasa juga masih boleh digunakan hanya untuk memasang skru. Peralatan lain seperti skru dan rantai pengikat akan disediakan oleh urus setia.

Thursday, August 13, 2009

JADUAL WAKTU UPSR 2009

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2009 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia telah diedarkan kepada murid-murid Tahun 6 pada 11 Ogos 2009. Berikut adalah Jadual UPSR 2009 yang telah diabstrak mengikut Sekolah Kebangsaan (SK) dalam jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:
Tarikh/Hari Masa Kod Nama Kertas

08 September 2009 (Selasa)
  • 8.15-9.05 pagi 011 Bahasa Melayu Pemahaman
  • 9.45-11.00 pagi 012 Bahasa Melayu Penulisan
  • 11.45-12.25 tgh hari 015/2 Mathematics Kertas 2
09 September 2009 (Rabu)
  • 8.15-915 pagi 015/1 Mathematics Kertas 1

10 September 2009 (Khamis)

  • 08.15 - 09.30 pagi 018 Science
  • 10.15 - 11.05 pagi 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11.45 - 01.00 petang 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
  • 02.15 - 03.45 petang 013 Ujian Aptitud
SELAMAT MENJAWAB UPSR !
Petikan berita pada akhir tahun lepas mengenai Ujian Aptitud:
PUTRAJAYA - Mulai tahun ini calon yang bakal diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) perlu menjalani ujian Aptitud bagi mengenal pasti kecenderungan dan kesediaan pelajar, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd. Dom."Ujian secara rintis itu akan dijalankan Lembaga Peperiksaan Malaysia di 600 buah sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berakhir," katanya di sini semalam.Beliau berkata sebanyak 6,000 tempat disediakan di 54 sekolah berasrama penuh dan tambahan kemasukan sebanyak 750 orang mungkin dapat dibuat jika lima lagi SBP yang baru dibina siap menjelang tahun depan."Permohonan sudah dibuka mulai 1 September hingga 31 Oktober dan mereka yang berminat boleh menghubungi sekolah masing-masing untuk mendapatkan keterangan lanjut," katanya.Beliau berkata keputusan permohonan dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 Disember.
- Bernama

RIMUP di Zoo Negara pada 15.08.2009

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap sekolah setiap tahun.


Pada tahun ini, progam yang melibatkan sekolah kita akan diadakan di Zoo Negara bersama-sama dengan 6 buah sekolah lain di kawasan Kinrara ini iaitu SK Seskyen 1 Bandar Kinrara, SK Bukit Kuchai, SK Puchong Jaya, SK Puchong Jaya 2, SJK (C) Yak Chee dan SJK (T) Kinrara. Peserta program ini gabungan semua bangsa dari sekolah-sekolah tersebut dan pengisiannya adalah menjurus ke arah perpaduan kaum. Pihak sekolah telahpun mendapatkan nasihat daripada PPD Petaling Perdana tentang perkara ini dan mereka menyatakan program ini perlu diteruskan dengan syarat langkah-langkah keselamatan dilaksanakan.


Sebagai langkah berjaga-jaga, semua peserta dan petugas akan dibekalkan dengan topeng pernafasan dan pencuci basmi kuman. Sehubungan itu diharap semua ibubapa dapat memberi sokongan dalam menjayakan program ini.

Wednesday, August 12, 2009

Epal Hijau & Jus Oren bantu Rawat Selsema Babi?

Epal dan oren tidak seperti air kosong yang dijampi. Allah jadikan kedua-duanya penuh dengan pelbagai sifat terapeutik.
Sekali imbas gabungan epal hijau dan oren adalah sebagai salah satu pilihan untuk meredakan (menyembuhkan) selsema babi. Makan epal hijau dengan kulitnya dan ambil jus oren dengan blenderize kulit oren sekali kerana ia kaya dengan bioflavonoids, terpene dan terpenoids yang akan meningkatkan sinergi kepada sifat-sifat terapeutik yang sedia ada.

Keterangan lanjut sila lawati blog Herbalis Bahrain, RH (AHG) di http://www.sembangherba.blogspot.com/

Gotong-Royong Pemasangan Papan Putih

Kerjasama daripada kaum ibubapa amat diharapkan agar dapat menyertai gotong-royong ini pada 15 Ogos 2009 mulai jam 8.00 pagi. Berikut adalah tentatifnya:
8.00 pagi - Taklimat ringkas oleh YDP
8.30 pagi - Minum Pagi
8.45 pagi -Tunjukcara pemasangan papan putih di kelas-kelas dan bilik-bilik khas
- Pemasangan papan putih bermula
Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah memperoleh/membeli 32 buah papan putih untuk kegunaan di dalam kelas dan bilik-bilik khas.
Antara lain tujuan penggunaan papan putih ini adalah untuk menghentikan penggunaan kapur tulis bagi mengurangkan kuantiti habuk bertebaran di dalam kelas yang mungkin akan menjejaskan sistem pernafasan. Ini secara tidak langsung kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi En. Saipullah Isa di talian 0133444115 untuk mendaftar. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut bolehlah menghubungi YdP PIBG En. Hamlay Othman di 0192794444.

Maklumat Terkini Jangkitan H1N1

Untuk makluman semua, semalam pihak Pusat Kesihatan Daerah telah mengesahkan bahawa pelajar sekolah ini yang disyaki dijangkiti Influenza A adalah tidak tepat. Pelajar tersebut yang pada awalnya dilaporkan telah dijangkiti virus H1N1 hanya mengalami demam (tidak disertai selsema dan batuk) telah melalui saringan 1 H1N1 di hospital swasta. Dia dinasihatkan berehat di rumah dan tidak perlu melalui saringan seterusnya.
Harap maklum.

Tuesday, August 11, 2009

GARIS PANDUAN H1N1 KEPADA IBUBAPA

1. Garispanduan kepada ibubapa

a. Duduk di rumah jika sakit: Ibubapa dinasihatkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya menghidapi demam selsema. Mereka perlu berada di rumah sehingga tidak menunjukkan sebarang gejala selsema untuk sekurang-kurangnya 24 jam.

b. Etika pembasuhan tangan dan pernafasan: Kepentingan asas pencegahan penularan wabak H1N1 meliputi; duduk di rumah bila sakit, basuh tangan sekerap yang mungkin dengan menggunakan sabun dan menutup mulut dan hidung ketika bersin perlulah diamalkan dengan sebaik mungkin.


c. Mendapatkan rawatan dengan segera: Mereka yang mempunyai gejala-gejala demam selsema yang teruk perlulah mendapatkan rawatan dengan segera di klinik/klinik atau hospital/hospital kerajaan terutama kepada mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti wanita mengandung, pesakit asma, pesakit kencing manis dan lain-lain.

d. Pelajar yang mempunyai keluarga dengan gejala demam selsema yang teruk perlu duduk di rumah: Pelajar-pelajar yang ahli keluarganya mengalami demam selsema yang teruk diharap tidak dihantar ke sekolah.

2. Gejala-gejala demam Selsema H1N1 adalah sama seperti demam selsema biasa:
a. Demam
b. Sakit tekak
c. Hidung berair
d. Batuk
e. Masalah pernafasan
f. Sakit-sakit badan dan sendi