Friday, August 28, 2009

Langkah Kawalan Wabak Influenza-Like Illness di Sekolah

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat sebagai perinagat bersama-sama kepada semua sekolah di negeri Selangor melalaui Bil(140)dlm.JKNS/KA/EPID/732/01-19Jld.2 bertarikh 30 Julai.

Di antara lain yang disentuh ialah mengenai setiap sekolah yang ditutup selama 7 hari tidak dijamin bebas dari wabak ILI pada masa akan datang.

JKNS memberi beberapa saranan untuk mengawal penularan wabak dalam keadaan yang meminimumkan impak perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan:

  1. melakukan pengasingan segera pelajar-pelajar yang tidak sihat sebelum sesi pembelajaran bermula. Ini bermakna guru akan terus mengasingkan murid yang dikenalpasti tidak sihat (demam selsema) dan memberi topeng. Ibubapa murid tersebut akan dihubungi dan diminta mengambil segera anak/jagaan mereka balik ke rumah.
  2. Membudayakan kebersihan tangan serta etika batuk melalui pendidikan kesihatan di sekolah. Sekolah akan melaksanakan pendedahan etika ini dalam setiap kelas
  3. Menyediakan kemudahan membersihkan tangan dengan air dan sabun atau menggunakan alcohol-based hand rub. Sesi membersih tangan boleh dilakukan setiap kali murid-murid masuk ke bilik darjah di awal persekolahan dan selepas rehat. JK Khas H1N1 akan menyusun tindakan untuk mengamalkan cadangan ini
  4. memaklumkan ibu-bapa/penajga agar tidak menghantar anak-anak/jagaan mereka ke sekolah sekiranya tidak sihat. Harap kerjasama daripada semua

-No. Surat: 225 (28/08/09)

1 comment: