Sepanjang penutupan sekolah mulai hari ini hingga 24 Ogos 2009 sekolah dan pejabat tidak beroperasi. Semua guru, kakitangan dan murid perlu menjalani kuarantin di rumah terutama yang mempunyai simptom - demam, selsema, batuk, sakit badan, sakit tekak dan sukar bernafas. Bagi mereka yang tidak mempunyai simptom, sekiranya terpaksa keluar, pastikan memakai topeng mulut dan segera balik ke rumah sebaik habis urusan.Sementara itu kerja-kerja pembersihan dan membasmi kuman sedang dijalankan terhadap bilik darjah, meja-meja, tandas dan kawasan sekolah hari ini.

No comments:
Post a Comment