Friday, August 14, 2009

Pemasangan Papan Putih

Malam semalam En. Hamlay Othman, En. Hasni Jusoh, En. Herman Lim dan En. Tajul Arus telah membuat percubaan memasang papan putih di kelas 1 Anggerik mengikut teknik pemasangan papan putih di Bilik j-QAF dengan sedikit penambahbaikan cara pemasangannya. Hasil daripada percubaan ini didapati tempoh pemasangan yang diperlukan lebih singkat berbanding dengan cadangan asal di samping tidak ada masalah untuk memasang kedua-dua papan putih (bersaiz 4' x 8' dan 4' x 4').

Berbanding cadangan asal yang telah dicuba di Bilik PSV pagi semalam, papan hitam lama perlu dibuka dan selepas itu perlu ditebuk lubang pada dinding untuk menggantung papan putih. Lubang ini kemudian dipasang dengan wall plug dan diikuti dengan memasang skru untuk melekatkan papan putih tersebut. Beberapa masalah timbul antaranya:

  1. Masa yang diperlukan agak lama
  2. Kedua-dua papan putih (bersaiz 4' x 8' dan 4' x 4') tidak boleh dipasang bersama-sama kerana saiznya agak besar berbanding dengan saiz papan hitam yang asal.
  3. Memerlukan peralatan yang banyak - antaranya impact drill, kuku kambing (buka paku), penukul, wall plug dan skru
  4. Dinding kelas perlu dicat semula kerana ada bahagian dinding yang dahulunya tertutup kini terdedah
  5. Lubang terhasil di dinding akibat paku dibuka - perlu ditampal
  6. Habuk dan serpihan batu banyak terhasil - perlu dibersihkan
  7. Memikirkan ke mana hendak diletakkan papan hitam yang dibuka

Dengan kaedah melekatkan papan putih di atas papan hitam sedia ada didapati ia jauh lebih baik iaitu:

  1. Masa yang diperlukan untuk sesebuah kelas memasang kedua-dua papan tersebut hanya sekitar 20 minit
  2. Peralatan yang diperlukan ialah cordless drill, skru dan rantai pengikat
  3. Keadaan kelas seperti asal dan hampir tiada habuk dan serpihan batu

Oleh itu, kepada mereka yang ingin menyertai gotong-royong, andainya mempunyai cordless drill bolehlah dibawa sama. Jika tidak ada, drill biasa juga masih boleh digunakan hanya untuk memasang skru. Peralatan lain seperti skru dan rantai pengikat akan disediakan oleh urus setia.

No comments:

Post a Comment