Friday, October 4, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 4 DAN TAHUN 5 KE SEKOLAH MODEL KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU, KLANG TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, permohonan kemasukan murid ke Tahun 4 dan Tahun 5 Sekolah Model Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang bagi tahun 2014 akan dibuka kepada murid-murid di negeri Selangor yang layak dan berminat. Borang permohonan boleh diperoleh di pejabat SK Seksyen 2 Bandar Kinrara untuk perhatian GPK HEM.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 November 2013. Surat jawapan akan dihantar melalui pos kepada semua ibu bapa/penjaga mulai 16 Disember 2013. Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, tuan boleh menghubungi Puan Shamsul Bahriah binti Bahardin (Unit Menengah) melalui talian 03-5518 6149 atau Tuan Haji Ahmad Isa bin Tan Sri Dato' Hassan (Unit Rendah) melalui talian 03-5510 3458.

Kerjasama tuan bagi memastikan proses pengambilan murid ini berjalan dengan lancar didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Borang Permohonan Kemasukan Tahun 4 dan Tahun 5 ke Sekolah Model Khas

No comments:

Post a Comment