Friday, November 7, 2008

TAKWIM SEKOLAH HUJUNG TAHUN 2008 DAN AWAL PERSEKOLAHAN 2009

Petikan Surat Edaran SKS2BK07/03/001 (52) bertarikh 6 November 2008

Perkara-perkara penting yang memerlukan perhatian dan tindakan pihak tuan/puan:

1 CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2008
Cuti Persekolahan akan bermula pada 14 November 2008 hingga 04 Januari 2009. Diharap sepanjang cuti persekolahan ini tuan/puan dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang dapat membina dan meningkatkan sahsiah, akademik, rohani dan motivasi mereka.

2 PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2009
Mesyuarat Pengurusan Sekolah bersama PIBG pada 21 September 2008 telah memutuskan untuk memilih Pakej B: Bayaran Wajib (SPI Bil 13/2007). Berikut ialah jumlah dan pecahan bayaran wajib tersebut yang perlu dibayar oleh setiap murid pada 02 Januari 2009 (Jumaat).

Bil Perkara RM
1 Kokurikulum 3.00
2 Kertas Ujian Dalaman 8.00
3 Sukan Tahunan Sekolah 8.00
4 Kegiatan Agama Islam
(murid beragama Islam) atau Pendidikan Moral 8.00
5 Skim Perlindungan Diri 1.50
6 MSSM 2.00
JUMLAH 30.50

3. PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT 2008
Buku Teks SPBT 2008 hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing mengikut ketetapan seperti di bawah:-
i. Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) – Jumaat, 07 November 2008, 8.00 pagi
ii. Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3) – Isnin, 10 November 2008, 8.30 pagi

Peringatan:
i. Pastikan jumah buku teks yang hendak dipulangkan mencukupi, berbalut plastik dan diikat.
ii. Sekiranya kehilangan buku, ibu bapa boleh menggantikannya dengan buku judul yang sama. Jika penggantian tersebut tidak dapat dibuat, pihak sekolah akan mengeluarkan surat pemakluman kepada pihak tuan agar menggantikannya dengan bayaran tunai mengikut harga buku di pasaran semasa.

4. KEDAI BUKU DAN PERALATAN TAMBAHAN SEKOLAH
Senarai buku dan keperluan peralatan tambahan 2009 boleh didapati di kedai buku sepanjang cuti sekolah mulai 01 Disember 2009. Kedai buku akan dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang (Isnin – Jumaat). Mulai tahun 2009, semua keperluan lain seperti lencana, kad profil, kad kokurikulum, t-shirt, seluar PJ sekolah, fail peribadi dan buku peraturan sekolah boleh dibeli terus di kedai buku.

5. HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH DAN JAMUAN KELAS
Sambutan Hari Kanak-kanak akan dijalankan serentak dengan jamuan kelas yang melibatkan semua murid mengikut maklumat seperti di bawah:
Tarikh : 14 November 2008 (Jumaat)
Masa : 7.30 hingga 10.30 pagi (Sambutan Hari Kanak-kanak)
10.30 hingga 12.00 tengah hari (Jamuan Kelas)

6. HARI TERBUKA KAD PROFIL MURID KALI KE-2
Kehadiran ibu bapa adalah wajib. Hari Terbuka ini diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berinteraksi mengenai pencapaian tahap penguasaan murid dalam PKSR 4 di samping membincangkan hal-hal lain yang berkaitan. Semoga hasil daripada pertemuan tersebut dapat membantu ibu bapa mengatur jadual pembelajaran dan ulangkaji anak masing-masing di rumah semasa cuti sekolah yang panjang. Untuk makluman, kad profil tidak dibenarkan dibawa pulang kerana pihak sekolah akan menyimpan dan menyusun aturnya sebagai persediaan tahun 2009.
Tarikh : 19 November 2008 (Rabu)
Masa : 8.00-11.00 pagi
Tempat : Kelas anak masing-masing

7 HARI ANUGERAH CEMERLANG MURID & HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2008
Kedua-dua majlis tersebut akan diadakan serentak mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 21 November 2008 (Jumaat)
Masa : 8.00-11.00 pagi
Tempat : Dewan sekolah
Kehadiran : Penerima hadiah, ibu bapa murid yang menerima hadiah serta semua ibu bapa murid prasekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang lain juga dijemput hadir.

8. KITAR SEMULA BUKU TULIS MURID YANG LAMA/TERPAKAI
Pihak sekolah akan mengadakan program kitar semula buku tulis terpakai pada 11 Nov 2008 (Selasa). Diharap anak tuan/puan dapat membawa buku-buku tulis terpakai dan lain-lain bahan untuk dikitar semula. Penyerahan hendaklah dibuat kepada guru kelas di kelas masing- masing.

9. RAYUAN PENEMPATAN SEMULA TINGKATAN 1 2009
PPD akan mengeluarkan surat keputusan rayuan mulai 17 Disember 2008 yang akan diposkan oleh pihak sekolah ke alamat yang tercatat di sampul surat yang tuan/puan serahkan tempoh hari.

10 PERKARA PENTING PADA AWAL PERSEKOLAHAN 2009

BIL PERKARA TARIKH SASARAN TEMPAT
1) 02 JANUARI 2009 (JUMAAT)
  • HARI ORIENTASI TAHUN 1 (8.00– 11.30 PAGI )
    MURID TAHUN 1 & IBU BAPA
    TAPAK PERHIMPUNAN
  • KUTIPAN BAYARAN WAJIB (8.00 – 11.30 PAGI )
    IBU BAPA MURID TAHUN 1-6 (Kehadiran ibu bapa adalah wajib)
    Kelas Masing-Masing
  • PENYERAHAN BUKU TEKS SPBT 2009 (BERPUSAT) (8.00 – 11.30 PAGI )
    IBU BAPA MURID TAHUN 1-6
    (Kehadiran ibu bapa adalah wajib)
    Tahun 1 : Kantin
    Tahun 2 : Makmal Sains
    Tahap 2
    Tahun 3 : Makmal Sains
    Tahap 1
    Tahun 4 : Dewan
    Tahun 5 : Dewan
    Tahun 6 : Dewan

2) 05 JANUARI 2009 (ISNIN)

  • BERMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS
    SEMUA MURID
    Kelas Masing-Masing
  • UJIAN DIAGNOSTIK (SELEPAS REHAT)
    TAHUN 1
    Kelas masing-masing


*Aturcara Hari Orientasi Tahun 1 2009
(Semua murid Tahun 1 diwajibkan hadir dengan berpakaian sekolah yang lengkap)

Tarikh : 02 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 08 pagi – 11.30 pagi
Aturcara : > Murid beratur di tapak perhimpunan mengikut kelas yang ditetapkan.
> Penerangan ringkas tentang peraturan sekolah
> Lawatan sekitar kawasan sekolah
> Rehat
> Masuk ke kelas masing-masing.

2 comments:

  1. Salam dan selamat pagi.
    Adalah diharap semua AJK PIBG dibenarkan mambantu pihak sekolah dan dapat berinteraksi dengan ibubapa pelajar perihal aktiviti/program kita agar sentiasa mendapat perhatian dan bantuan/sumbangan mereka.
    Sekian,terima kasih

    ReplyDelete