Tuesday, February 23, 2010

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2010

Assalamualaikum

Pertandingan Merentas Desa 2010 akan berlangsung seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 6 Mac 2010 ( Sabtu )
Masa : 7:30 pagi
Tempat : S.K. Seksyen 2 Bandar Kinrara/sekitar perumahan Taman Bukit Kuchai.
Murid terlibat : Tahun 4,5 dan 6 ( Lelaki/perempuan)

* Latihan Merentas Desa akan di jalankan pada 24 Feb 2010 (Rabu)
Jam : 2:30 petang.

Murid-murid diharapkan dapat memberi sokongan dan penyertaan anda dikira mata untuk Rumah sukan masing-masing.

Monday, February 22, 2010

PROGRAM 3 K



Ceramah : Kebersihan Tangan Bersama Protex
Tarikh : 22 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Tempat : Tapak Perhimpunan Baru
Sasaran : Murid tahun 1,2 & 3.

Pada hari ini semua murid tahun 1,2, & 3 telah mendengar ceramah tentang kebersihan tangan dan 7 langkah membersihkan tangan dengan betul oleh Abang Hakimi. Berbagai aktiviti yang dijalankan di dalam ceramah ini antaranya termasuklah :-
1. Demontrasi murid membersihkan tangan dengan betul.
2. Kuiz spontan tentang kebersihan tangan dan cara mencuci tangan dengan betul.
3. Menyiapkan benner kebersihan tangan.
4. Nyanyian lagu kebersihan tangan bersama Handy Otopus.
5. Pemberian sabun tangan Protex kepada semua murid tahap 1 dan tahap 2.

Terima kasih, PROTEX....tahun hadapan datanglah lagi!

Friday, February 19, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 2010

Mesyuarat agung PIBG kali ke-9 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Februari 2010

Masa : 8.30 pagi (pendaftaran)

Tempat: Kantin SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Ibu bapa dijemput hadir.

Friday, February 5, 2010

UPSR TERBAIK SEKOLAH

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
( UPSR )
PENCAPAIAN TERBAIK SEKOLAH

PERKARA PERATUS TAHUN
BM PEMAHAMAN 96.9 2008
BM PENULISAN 95.3 2007
BAHASA INGGERIS 88.0 2008
METEMATIK 93.2 2008
SAINS 93.0 2007
KESELURUHAN 83.9 2008
5A 24.0 2009

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010

Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti tambahan pada 17 Februari 2010 (Rabu) sempena Tahun Baru Cina.
Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah semula seperti biasa pada 18 Februari 2010 (Khamis)
Sokongan dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih

"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina" kepada ibu/bapa/penjaga, guru-guru dan murid-murid yang beragama Buddha.

Wednesday, February 3, 2010

KELAS BIMBINGAN






Kelas Bimbingan merupakan kelas yang dikendalikan oleh guru bimbingan & kaunseling semasa guru mata pelajaran berkursus atau bermesyuarat.

Guru bimbingan dan kaunseling akan menjalankan aktiviti berdasarkan Modul Pengajaran Kelas yang dibekalkan kepada guru bimbingan dan kaunseling. Antara tajuk yang terdapat di dalam modul ini adalah akademik, kerjaya, pendidikan pencegahan dadah dan sebagainya.

Guru bimbingan yang terlibat mengikut tahun :-
Tahun 1,2 & 3 ~ dikendalikan oleh Pn. Juliana bt. Wahid
Tahun4,5 & 6 ~ dikendalikan oleh Cik Azean bt. Othman

IKRAR KECEMERLANGAN MURID





Pada tahun ini unit bimbingan & kaunseling sekolah telah mencadangkan agar setiap hari semua murid tahun 4,5 & 6 membaca ikrar kecemerlangan pada waktu mata pelajaran pertama.

Tujuan dibacakan ikrar ini adalah untuk mengingatkan murid supaya belajar bersungguh-sungguh dan mengunakan masa sebaik mungkin supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam UPSR.

Harapan unit bimbingan & kaunseling agar usaha murni ini dapat meningkatkan 60 orang murid mendapat 5A dan 90.7 % murid lulus dalam UPSR terlaksana.

Tuesday, February 2, 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS NEGERI SELANGOR





Satu program baru diperkenalkan di Negeri Selangor bagi meningkatkan akademik dan menurunkan masalah disiplin dikalangan murid di sekolah.
Terdapat 3 bidang dalam kaunseling berfokus iaitu bidang akademik, bidang disiplin dan bidang pendidikan pencegahan dadah.
Guru Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki menjalankan sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok serta latihan dalam kumpulan berdasarkan kepad modul kaunseling berfokus yang telah dibekalkan oleh PPD Daerah Petaling. Guru Bimbingan & Kaunseling akan memilih masa yang sesuai mengikut mata pelajaran bukan teras seperti muzik, seni, kajian tempatan dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Satu taklimat telah dijalankan pada 2 Januari 2010 di Bilik Wawasan bagi kumpulan akademik ini. Harapan kami daripada unit bimbingan & kaunseling agar 60 orang murid mendapat 5A dan peratus lulus keseluruhan UPSR 90.7% tercapai.

Monday, February 1, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI BUKU PROGRAM MAJU DIRI (PMD) TERBAIK 2010



Pada 1 Februari 2010 (Isnin) telah diadakan penyampaian hadiah bagi Buku PMD Terbaik 2010. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Maimoon bt. Dusa. Seramai 10 orang murid telah menerima hadiah tersebut kerana menghasilkan buku PMD yang kemas, cantik dan kreatif bagi murid tahap 2 yang menjalani program PMD apa minggu pertama persekolahan yang lalu. Tahniah bagi murid yang menerima hadiah ini. Diharap pada tahun hadapan lebih ramai lagi murid dapat menghasilkan buku PMD yang berkualiti.