Showing posts with label MAKLUMAN SEMUA WARGA SKS2BK. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN SEMUA WARGA SKS2BK. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi sekolah agama di kawasan Bandar Kinrara dan kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum yang sepatutnya diadakan pada 21 Mei 2014 (Rabu) akan ditangguh bagi memberi peluang kepada semua murid yang terlibat untuk membuat ulangkaji mata pelajaran yang terlibat.

Aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti biasa selepas tamat minggu peperiksaan sekolah agama tersebut iaitu pada minggu hadapan. Justeru itu, gunakanlah masa yang terluang ini dengan sebaik mungkin. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Sekian, harap maklum.

Wednesday, May 7, 2014

CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Dimaklumkan bahawa semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti butiran berikut : -

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
Jadual Waktu Ganti
31 Julai 2014 (Isnin)
Cuti Gantian
10 Mei 2014 (Sabtu)
Khamis
1 Ogos 2014 (Selasa)
Cuti Gantian
21 Jun 2014 (Sabtu)
Jumaat
30 Julai 2014 (Rabu)
Cuti Peristiwa
Tidak perlu diganti
-

Kerjasama tuan/puan juga diminta agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan pada tarikh sekolah ganti tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, April 14, 2014

SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-13

Pada bulan April ini, warga sekolah sedang sibuk dengan persiapan sukan tahunan. Pelbagai acara telah berlangsung. Antaranya latihan rumah sukan, pemilihan atlet rumah sukan dan sukantara. Segalanya adalah untuk dipersembahkan pada Temasya Sukan Tahunan SKS2BK 2014.

Temasya Sukan Tahunan kali ke-13 akan diadakan seperti ketetapan berikut : -

Aktiviti : Sukaneka & Temasya Sukan Tahunan
Tarikh : 19 April 2014 (Sabtu)
Masa : 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Sukaneka & Temasya Sukan Tahunan tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, February 4, 2014

PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-13

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-13 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut : -

Tarikh : 8 Februari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SKS2BK

Sehubungan dengan itu, pihak PIBG sangat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke mesyuarat ini kerana satu penataraan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan disampaikan oleh En. Khalid b. Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam majlis perasmian mesyuarat ini. Hal yang demikian dapat merungkaikan persoalan yang sering ditimbulkan tentang cara penilaian anak-anak kita dalam kurikulum baharu ini.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, December 16, 2013

OPERASI KEDAI BUKU SKS2BK

Kedai Buku SKS2BK telah beroperasi pada sepanjang bulan Disember sehingga pembukaan sesi persekolahan tahun 2014. Berikut adalah waktu operasi Kedai Buku SKS2BK :

Hari
Masa
Rehat
Isnin - Khamis
9.00 pagi – 3.00 petang
1.00 petang – 1.30 petang
Jumaat
9.00 pagi – 3.00 petang
1.00 petang – 2.00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum
Tutup
Tutup

Senarai buku Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan. Para ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan senarai buku tahun 2014 di kedai buku. Sekian, harap maklum.

Monday, July 8, 2013

JASAMU DIKENANG PN. ZAHARAH BT. HASSAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Zaharah bt. Hassan bekas Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah kembali ke rahmatullah pada 7 Julai 2013 (Ahad). Allahyarhamah telah selamat disemadikan selepas solat Asar. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini dari 2002 hingga 2007. Semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, June 26, 2013

CUTI KHAS JEREBU KE-2

Fenomena jerebu masih melanda dikebanyakan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Daerah Pelabuhan Klang dan Petaling Perdana merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan fenomena ini. Daerah-daerah dikategorikan sebagai daerah yang berada di dalam zon sangat tidak sihat. Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahaya sekolah-sekolah di dalam kawasan ini diberi cuti bagi mengelakkan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah daripada menghadapi risiko terdedah kepada bahaya penyakit yanng dibawa oleh jerebu tersebut. Maka pada 26 Jun 2013 (Rabu), SKS2BK akan bercuti selama 1 hari lagi. Ini merupakan kali kedua sekolah ini ditutup akibat jerebu.  Sekolah akan dibuka semula pada tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Sekian, harap maklum.

Tuesday, June 25, 2013

PENANGGUHAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Dukacita dimaklumkan bahawa Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 kali ke-12, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara yang dijadualkan berlangsung pada 29 & 30 Jun 2013 telah ditunda. Ini disebabkan oleh masalah jerebu yang sedang melanda seluruh negara pada ketika ini. Tarikh baharu bagi Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Persekolahan pada 1 Julai 2013 (Isnin) berjalan seperti biasa.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, June 24, 2013

PEMBUKAAN OPERASI SEKOLAH

Fenomena jerebu bukanlah suatu perkara yang baharu bagi penduduk di Malaysia. SKS2BK telah ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 25 Jun 2013 (Selasa). Ini adalah berikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa semua sekolah wajib dibuka jika kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di bawah paras 300. 

Justeru itu, semua warga SKS2BK diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa pada hari Selasa ini bagi meneruskan sesi persekolahan yang telah tertangguh. Oleh kerana sesi persekolahan telah dibuka walaupun keadaan jerebu masih belum pulih sepenuhnya, murid-murid dinasihatkan agar memakai topeng mulut untuk mengelakkan masalah kesihatan. 

Bagi murid yang mempunyai masalah penyakit yang berkaitan pernafasan digalakkan berehat di rumah agar tidak menimbulkan masalah ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Murid-murid juga digalakkan untuk membawa air minuman yang banyak untuk diminum semasa berada di sekolah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada semua melalui laman sesawang rasmi sekolah. Sekian, harap maklum.

Sunday, June 23, 2013

CUTI KHAS JEREBU

Malaysia sedang dilanda fenomena jerebu yang teruk. Fenomena ini disebabkan oleh kebakaran di Kepulauan Riau, Sumatra. Negeri yang pertama dilanda dengan jerebu di Malaysia adalah negeri Johor diikuti oleh negeri Melaka da  Negeri Sembilan dan kini sedang melanda negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Oleh kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah melepasi angka 100 maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil keputusan untuk menutup operasi semua sekolah di negeri-negeri berikut. Ini adalah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh KPM bagi mengelakkan murid-murid terdedah kepada bahaya penyakit yang dibawa oleh jerebu. Justeru itu, SKS2BK akan bercuti pada hari Isnin (24 Jun 2013). Sekolah akan dibuka semula setelah mendapat arahan daripada KPM.

Wednesday, March 6, 2013

MAKLUMAN PINDAAN TARIKH PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2013

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah meminda tarikh persekolahan bagi Cuti Berganti yang dijadualkan 9 Mac 2013 (Sabtu) kepada 16 Mac 2013 (Sabtu). Sehubungan dengan itu semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bersekolah pada 16 Mac 2013 (Sabtu) menggunakan jadual waktu hari Khamis bagi mengganti cuti sempena Tahun Baru Cina.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, May 22, 2012

PEMBATALAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Makluman kepada semua warga SKS2BK. Aktiviti kokurikulum yang sepatutnya dijalankan pada 23 Mei 2012 (Rabu) bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang akan dibatalkan.

Keputusan ini dibuat bagi memberi peluang kepada murid-murid yang bersekolah agama menduduki peperiksaan di sekolah agama masing-masing. Pihak sekolah memohon kepada semua murid agar menyampaikan maklumat ini kepada murid-murid lain. Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Monday, April 12, 2010

KANTIN SKS2BK DIBUKA SEMULA

Kantin sekolah telah dibenarkan beroperasi semula oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mulai hari ini, Isnin 12 April 2010. Kantin akan mula berjualan seperti biasa mulai jam 7.00 pagi setiap hari persekolahan.
Sekian, terima kasih.