Showing posts with label Panitia PJK. Show all posts
Showing posts with label Panitia PJK. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

BULAN KECERGASAN 2013

 
Bulan Kecergasan SKS2BK telah dilancarkan secara rasminya oleh Pn. Azura (GPK Kokurikulum) dan En.Mohamed Salem (GPK 1) pada hari ini 11 Jun 2013 (Isnin) di Dataran Cemerlang, SKS2BK. Matlamat Bulan Kecergasan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada murid-murid dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan potensi diri dalam bidang sukan dan permainan.
 
Bulan Kecergasan ini akan dijalankan pada sepanjang bulan Jun yang bermula pada 10 Jun 2013 sehingga 30 Jun 2013. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah badan yang bertanggungjawab mengelola segala aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti senamrobik, Sihat Cergas, pertandingan cheerleaders, pertandingan kuiz silang kata, kuiz kecergasan serta pemilihan Raja Trek dan Ratu Trek.
 
Marilah bersama-sama kita memperkembangkan potensi dan bakat kita di samping meningkatkan semangat kesukanan serta semangat kekitaan juga dapat mengeratkan hubungan sesama kita.

Monday, July 9, 2012

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Senamrobik dalam Dasar 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti senamrobik ini akan dilancarkan serentak di seluruh negara pada 10 Julai 2012 (Selasa). Bagi menyahut seruan KPM, SKS2BK akan mengadakan senamrobik tersebut pada hari tersebut pada ketetapan berikut :

Tempat : Dataran Cemerlang, SKS2BK
Masa : 8.00 pagi

Justeru itu, semua warga sekolah diminta memakai pakaian sukan pada hari tersebut. Tema  Dasar 1 Murid 1 Sukan pada tahun ini ialah "Sukan Untuk Semua".

Wednesday, July 4, 2012

BULAN KECERGASAN 2012

Sempena bulan Julai, SKS2BK telah menganjurkan Bulan Kecergasan. Bulan Kecergasan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Program ini dimulakan pada 2 Julai 2012 sehingga 19 Julai 2012.

Matlamat penganjuran Bulan Kecergasan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada murid-murid dan memberi ruang serta peluang kepada mereka untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang sukan dan permainan.

Bulan Kecergasan telah mensasarkan beberapa objektif. Antara objektif yang perlu dicapai adalah seperti berikut :
  1. Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan permainan.
  2. Memperkembang potensi dan bakat individu sertarasa tanggungjawab.
  3. Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan.
  4. Menggalakkan murid bersain secara sihat demi mencapai kemengan.
  5. Mengeratkan hubungan sosial antara guru dan warga sekolah.
Di dalam program ini murid-murid boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti senaman ringan, kuiz kecergasan, Raja Cergas dan Ratu Cergas dan aktiviti senamrobik. Jadi marilah kita bersama-sama memeriahkan program Bulan Kecergasan ini untuk memastikan kesihatan kita terjamin dan hidup dengan lebih harmoni.