Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Thursday, August 21, 2014
Tuesday, May 20, 2014
PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi sekolah agama di kawasan Bandar Kinrara dan kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum yang sepatutnya diadakan pada 21 Mei 2014 (Rabu) akan ditangguh bagi memberi peluang kepada semua murid yang terlibat untuk membuat ulangkaji mata pelajaran yang terlibat.
Aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti biasa selepas tamat minggu peperiksaan sekolah agama tersebut iaitu pada minggu hadapan. Justeru itu, gunakanlah masa yang terluang ini dengan sebaik mungkin. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Sekian, harap maklum.
Thursday, February 27, 2014
KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD PEJABAT PENDIDIKAN PETALING PERDANA 2014
Pejabat pendidikan Petaling Perdana telah menganjurkan Kejohanan Boling Tenpin MSSD Pejabat Pendidikan Petaling Perdana 2014. Salah seorang peserta di dalam kejohanan tersebut adalah wakil daripada sekolah iaitu adik Ilman Nazim b. Roslim (3 Cemerlang).
Beliau telah membanggakan nama sekolah dengan mendapat tempat ketiga di dalam kejohanan tersebut. Oleh yang demikian, beliau telah terpilih untuk mewakili MSSD Pejabat Pendidikan Petaling Perdana untuk ke Kejohanan MSSS pada 3 - 5 Mac 2014 bertempat di Sunway Megaland, Sunway Pyramid.
Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mendapat kedudukan yang cemerlang di dalam bidang yang diceburi. Beliau merupakan ikon contoh yang boleh dibanggakan oleh sekolah kita. Justeru itu, jadikanlah pencapaian beliau sebagai suatu inspirasi kepada murid-murid lain di SKS2BK untuk berjaya di dalam bidang masing-masing.
Sunday, February 23, 2014
KLINIK BOLA SEPAK 2014
Klinik Bola Sepak 2014 telah diadakan di Dewan Komuniti Seksyen 1 Bandar Kinrara pada 23 Februari 2014 (Ahad). Seramai lebih kurang 50 orang murid yang berumur 5 hingga 7 tahun telah dipilih daripada beberapa buah sekolah rendah di sekitar Bandar Kinrara. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara dan SJK(T) Ladang Kinrara.
Monday, January 27, 2014
AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2014
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi semua murid Tahun 3, 4, 5, dan 6 sepanjang Februari hingga Oktober 2014. Merujuk Pekeliling Bil.1/1985 KP(BS) 6591 Jld.11(29) bertarikh 2 Januari 1985, semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jadual aktiviti kokurikulum bagi tahun 2014 telah diberikan kepada anak masing-masing. Murid Tahun 3 dikehendaki menghadiri kelab dan persatuan sahaja manakala murid Tahun 4, 5 & 6 dikehendaki menghadiri setiap unit. Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.
Borang kebenaran menyertai aktiviti kokurikulum 2014 telah diedarkan kepada anak masing-masing. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing sebelum atau pada 5 Februari 2014.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wednesday, January 8, 2014
KEBENARAN MENYERTAI PEMILIHAN DAN LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA / BOLA SEPAK / BOLA BALING BAGI MEWAKILI SEKOLAH TAHUN 2014
Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum sekolah akan mengadakan pemilihan bagi pasukan yang dinyatakan di atas untuk mewakili sekolah bagi tahun 2014 seperti butiran berikut : -
Tarikh :
|
·
13 Januari 2014 (Isnin)
·
14 Januari 2014 (Selasa)
·
15 Januari 2014 (Rabu)
|
·
Pasukan Olahraga
·
Pasukan Bola Sepak
·
Pasukan Bola Baling
|
Masa :
|
2:00 – 4:00 petang
|
|
Tempat :
|
Padang Sekolah
|
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimohon agar dapat menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan pada tarikh yang dinyatakan di atas. Surat kebenaran ibu bapa / penjaga telah diserahkan kepada anak masing-masing. Keratan kebenaran ibu bapa / penjaga mesti dikembalikan kepada Pn. Norazlinda bt. Mohd. Radzi (SU Kokurikulum) sebelum atau pada 10 Januari 2014 (Jumaat).
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Friday, October 18, 2013
Friday, January 21, 2011
LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan aktiviti larian merentas desa untuk murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Aktiviti tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut :
Percubaan Merentas Desa
26 Januari 2011 (Rabu)
Dari 2.00 - 4.00 petang
Sekitar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
Larian Merentas Desa
29 Januari 2011 (Sabtu)
Dari 7.30 - 11.30 pagi
Sekitar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara dan kawasan perumahan Taman Bukit Kuchai
Tuan/puan dikehendaki mengisi borang kebenaran untuk membolehkan anak tuan/puan menyertai larian tersebut. Borang tersebut telah diserahkan kepada anak tuan/puan dan mesti dikembalikan kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 24 Januari 2011 (Isnin).
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sunday, July 26, 2009
Perkhemahan Unit Uniform 2009 - Peserta Terbaik Lelaki dan Perempuan
Wednesday, June 17, 2009
Laporan Peratus Kedatangan Kokurikulum Unit Beruniform
Tarikh : 17 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 2:00 ptg - 4:00 ptg
1) Pengakap : 76.2%
2) PBSM : 84.1 %
3) Puteri Tunas :77.3 %
4) Puteri Islam :84.2%
5)Tunas Kadet Remaja :64.7 %
Peratus keseluruhan ialah : 77.6%
Saya mewakili unit kokurikulum berharap agar peratus kedatangan murid pada sesi perjumpaan akan datang dapat ditingkatkan. Banyak faktor yang disarankan dalam usaha mempertingkatkan kehadiran tersebut selain daripada mewajibkan kehadiran yang senantiasa diberi peringatan, aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan yang dirancang adalah antara pendorong yang menarik minat murid untuk menghadiri perjumpaan mingguan kokurikulum.

Monday, May 25, 2009
MAKLUMAN IBU BAPA
Pada minggu ini,tiada kelas Tasmik, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan Tahun 6 kerana peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan minggu ini. Pada masa yang sama juga, sekolah KAFA menjalankan peperiksaan serentak dengan sekolah ini maka kelas tambahan Tahun 6 juga tidak dapat dijalankan bagi membantu murid-murid Islam membuat persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah agama masing-masing.
Sekian, terima kasih
Sekian, terima kasih
Labels:
Kelas Tambahan Tahun 6,
Kokurikulum,
Kurikulum,
Pemberitahuan
Thursday, May 21, 2009
LAPORAN PERATUS KEDATANGAN UNTUK KELAB/PERSATUAN
TARIKH : 20HB.MEI 2009
Berikut adalah peratus kedatangan murid-murid yang menyertai aktiviti kokurikulum pada hari Rabu 20 Mei 2009.
1. Kelab Pencegah Jenayah : 42.0%
2. Persatuan Agama Islam : 66.7%
3. Kelab.Pemb.Rakan Sebaya : 84.2 %
4. Kelab Perintis Usahawan : 80.0 %
5. Kelab Sumber Media : 55.9%
6. Kelab Seni Kebudayaan : 43.0%
7. Kelab Permainan Dalaman : 60.0%
8. Kelab SPBT : 61.0%
9. Kelab Doktor Muda : 93.3%
10.Kelab Kemahiran Hidup : 60.0%
Peratus kehadiran keseluruhan murid : 64.61%
Ibu bapa diminta memberi kerjasama dengan pihak sekolah supaya memastikan kehadiran anak tuan/puan pada setiap kali aktiviti kokurikulum yang dijalankan . Kerjasama ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih.
Info : Pada 27.05.2009 (Rabu) tiada aktiviti kokurikulum kerana bertembung dengan minggu peperiksaan (PKSR 2). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Buletin yang telah diedarkan lepas.

Wednesday, May 13, 2009
Rekod Peratus Kehadiran Kokurikulum
Unit : Unit Beruniform
Hari : Rabu
Tarikh : 29.04.2009
Masa : 2.00 - 4.00 petang
1. Pengakap : 62.5 %
2. PBSM : 70.1 %
3. Puteri Tunas : 60.9 %
4. Puteri Islam : 65.3 %
5. TKRS : 93.8 %
Peratus keseluruhan bagi unit beruniform ada sedikit peningkatan dari minggu sebelumnya iaitu sebanyak 70.5%.
Unit : Sukan Permainan
Hari : Rabu
Tarikh : 6.05.2009
Masa : 2.00-4.00 petang
1. Pingpong : 67.0 %
2. Bola Tampar : 78.5 %
3. Bola Baling : 59.4 %
4. Bola Jaring : 69.8 %
5. Bola Sepak : 77.0 %
6. Badminton : 60.7 %
Peratus keseluruhan : 68.3 %

Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)