Wednesday, January 8, 2014

KEBENARAN MENYERTAI PEMILIHAN DAN LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA / BOLA SEPAK / BOLA BALING BAGI MEWAKILI SEKOLAH TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum sekolah akan mengadakan pemilihan bagi pasukan yang dinyatakan di atas untuk mewakili sekolah bagi tahun 2014 seperti butiran berikut : -

Tarikh :
·         13 Januari 2014 (Isnin)
·         14 Januari 2014 (Selasa)
·         15 Januari 2014 (Rabu)
·         Pasukan Olahraga
·         Pasukan Bola Sepak
·         Pasukan Bola Baling
Masa :
2:00 – 4:00 petang

Tempat :
Padang Sekolah


Sehubungan dengan itu, tuan/puan dimohon agar dapat menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan pada tarikh yang dinyatakan di atas. Surat kebenaran ibu bapa / penjaga telah diserahkan kepada anak masing-masing. Keratan kebenaran ibu bapa / penjaga mesti dikembalikan kepada Pn. Norazlinda bt. Mohd. Radzi (SU Kokurikulum) sebelum atau pada 10 Januari 2014 (Jumaat).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment