Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara kali ke-13 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut : -
Tarikh : 8 Februari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan, SKS2BK
Surat siaran telah diserahkan kepada anak masing-masing beserta lampiran jawapan kehadiran tuan/puan, cadangan usul dan atur cara majlis. Pihak PIBG memohon agar dikembalikan jawapan kehadiran dan usul kepada PIBG melalui guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya 5 Februari 2014 (Rabu).
Ahli jawatankuasa PIBG akan menentukan usul-usul yang akan dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Usul-usul hendaklah ke arah cadangan yang membina untuk penambahbaikan sistem pendidikan pada peringkat sekolah.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan di dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment