Showing posts with label Program Maju Diri. Show all posts
Showing posts with label Program Maju Diri. Show all posts

Monday, February 1, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI BUKU PROGRAM MAJU DIRI (PMD) TERBAIK 2010



Pada 1 Februari 2010 (Isnin) telah diadakan penyampaian hadiah bagi Buku PMD Terbaik 2010. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Maimoon bt. Dusa. Seramai 10 orang murid telah menerima hadiah tersebut kerana menghasilkan buku PMD yang kemas, cantik dan kreatif bagi murid tahap 2 yang menjalani program PMD apa minggu pertama persekolahan yang lalu. Tahniah bagi murid yang menerima hadiah ini. Diharap pada tahun hadapan lebih ramai lagi murid dapat menghasilkan buku PMD yang berkualiti.

Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM MAJU DIRI





Program Maju Diri (PMD) adalah satu program yang dijalankan di negeri Selangor. Program ini dijalankan untuk murid tahun 4,5 & 6. PMD ini akan dijalankan pada 6 hingga 8 Januari 2010. Sepanjang tempoh 3 hari ini, murid-murid tahap 2 akan mengunakan jadual PMD untuk mengikuti setiap aktiviti yang dirancang mengikut aliran.

Setiap murid dikehendaki menyediakan sebuah buku tulis no. 1 yang akan dinamakan buku Bimbingan & Kaunseling. Sepanjang tempoh 3 hari murid akan menjalankan aktiviti dan mencatat maklumat, pengajaran, nilai-nilai murni aktiviti PMD di dalam buku ini.

Buku B&K bukan sahaja digunakan sewaktu PMD sahaja tetapi akan terus digunakan dari semasa ke semasa sewaktu program anjuran unit Bimbingan & Kaunseling, bimbingan kelas dan ceramah motivasi bagi tahun 2010.