Showing posts with label Cuti Umum. Show all posts
Showing posts with label Cuti Umum. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2014

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga SKS2BK yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada seluruh warga SKS2BK. Semoga tahun 2014 ini akan memberikan anda kebahagiaan dan kecemerlangan dalam hidup. Pastikan semua kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru disiapkan sebelum pergi beraya atau bercuti. Berhati-hati semasa pulang ke kampung dan pastikan anda sampai dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.


Sekolah akan bercuti peristiwa pada 31 Januari 2014 (Khamis) diikuti Cuti Tahun Baharu Cina pada 31 Januari 2014 dan 1 Februari 2014 manakala 2 Februari 2014 jatuh pada hari Ahad. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 3 Februari 2014 (Isnin). Jumpa nanti di sekolah.

Tuesday, December 24, 2013

SELAMAT HARI NATAL 2013


Pada 25 Disember 2013 (Rabu), SKS2BK akan ditutup pada hari berkenaan. Ini adalah berikutan cuti umum sempena perayaan Hari Natal yang jatuh pada tarikh berkenaan. Operasi pejabat dan kedai buku akan dibuka semua seperti biasa pada 26 Disember 2013 (Khamis).

Dikesempatan ini, SKS2BK ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua guru, murid dan ibu bapa warga SKS2BK yang beragama Kristian. Semoga dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta bersama hadiah-hadiah yang menarik dan istimewa daripada yang tersayang.

Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!  

Wednesday, December 11, 2013

PENUTUPAN OPERASI PEJABAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR


Kepada semua ibu bapa atau penjaga SKS2BK. Operasi pejabat sekolah akan ditutup pada 11 Disember 2013 (Rabu) sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Operasi pejabat akan beroperasi seperti biasa pada 12 Disember 2013 (Khamis). Sekian, harap maklum.

Monday, October 28, 2013

PERAYAAN HARI DEEPAVALI & AWAL MUHARRAM 1436H

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 1 November 2013 (Jumaat) hingga 5 November 2013 (Selasa) dan akan dibuka semula pada 6 November 2013 (Rabu). Cuti ini diambil bagi memberi peluang kepada semua murid dan ibu bapa pulang ke kampung halaman masing-masing agar tidak terkandas di dalam kesesakan jalanraya.

Butiran keterangan berkaitan cuti yang diambil adalah seperti berikut : -

Tarikh
Hari
Keterangan
1/11/2013
Jumaat
Cuti Peristiwa
2/11/2013
Sabtu
Hari Deepavali
3/11/2013
Ahad
Cuti Umum
4/11/2013
Isnin
Cuti Berganti
5/11/2013
Selasa
Awal Muharram

Pada kesempatan ini, kami warga pendidik SKS2BK ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warga sekolah yang beragama Hindu dan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua warga sekolah yang beragama Islam. Kami mendoakan agar anda dan keluarga selamat pulang dan kembali ke sekolah pada 6 November 2013 (Rabu) nanti.

Sunday, January 27, 2013

CUTI UMUM HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam adalah hari perayaan bagi penganut agama Hindu. Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan cuti umum pada hari tersebut. Pada tahun ini Hari Thaipusam disambut pada hari Ahad (27/1/2013). Oleh kerana hari sambutan perayaan tersebut jatuh pada hari Ahad, maka cuti umum akan diganti pada hari Isnin (28/1/2013). Oleh yang demikian, SKS2BK juga akan bercuti pada hari tersebut. Sekolah akan dibuka semula pada hari berikutnya iaitu pada Selasa (29/1/2013). Sekian, harap maklum.

Thursday, January 24, 2013

CUTI MAULIDUR RASUL

Khamis (24 Januari 2013), Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kerajaan Malaysia telah mewartakan bahawa hari ini adalah cuti umum bagi  seluruh rakyat negara ini. Rasulullah adalah nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam. Baginda telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Ini adalah sejarah yang setiap umat Islam perlu tahu tentangnya. Justeru itu, marilah kita umat Islam SKS2BK khasnya dan Malaysia amnya mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Marilah kita mengamalkan sunnahnya agar dunia kenal akan budaya Islam yang summul (menyeluruh) itu. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 25 Januari 2013 (Jumaat). SKS2BK mengucapkan selamat bercuti kepada semua warganya. Habiskanlah cuti anda bersama dengan keluarga yang tercinta.

Thursday, October 25, 2012

CUTI HARI RAYA AIDILADHA

Sempena Hari Raya Aidiladha 2012, SKS2BK akan bercuti pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Oktober 2012
Hari : Jumaat

Diharapkan agar semua warga SKS2BK mengambil kesempatan ini untuk bergembira dengan keluarga tersayang. SKS2BK juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua guru, kakitangan, murid dan ibu bapa warga SKS2BK khususnya yang beragama Islam. Sekolah akan dibuka semua pada hari Isnin (29/10/2012). 

Sekian, harap maklum.

Tuesday, April 10, 2012

CUTI PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG YANG KE-14

Pada 11 April 2012 (Rabu) telah diisytiharkan sebagai cuti umum bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Oleh kerana itu, SKS2BK akan ditutup pada tarikh tersebut. Sekolah akan dibuka semula pada hari Khamis (12 April 2012) mengikut jadual persekolahan seperti biasa. Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 4, 2011

CUTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas merujuk surat SKS2BK/07/03/001 Jld.2 bertarikh 5 April 2011.

Dimaklumkan semula bahawa semua murid SKS2BK akan bercuti mulai 25 Oktober 2011 hingga 28 Oktober 2011 (Selasa hingga Jumaat) sempena Perayaan Deepavali.

Sehubungan dengan itu, semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa selain daripada tarikh di atas.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapaan ribuan terima kasih.

Tuesday, February 15, 2011

CUTI MAULIDUR RASUL 2011

Pada 15 Februari 2011 (Selasa), merupakan cuti umum bagi Malaysia kerana menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammaad S.A.W. Sekolah akan dibuka semula pada keesokannya iaitu pada 16 Februari 2011 (Rabu). Sekian, harap maklum.

Tuesday, January 18, 2011

HARI THAIPUSAM

Pada 20 Januari 2011 (Khamis), kaum India akan menyambut perayaan Hari Thaipusam. Hari tersebut merupakan hari cuti umum seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, SKS2BK akan bercuti selama 1 hari sahaja agar murid-murid India khususnya merayakan perayaan tersebut. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada keesokkannya iaitu pada 21 Januari 2011 (Jumaat). Sekian, harap maklum.