Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Friday, November 1, 2013

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2013

Selamat Hari Deepavali kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa / penjaga SKS2BK 
yang beragama Hindu. Semoga sejahtera bersama keluarga di hari yang penuh dengan cahaya.


Sunday, August 4, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H


Hari Raya Aidilfitri akan tiba tidak berapa hari lagi. Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta ucapan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang telah sama-sama menjayakan Majlis Khatam Al-Quran, Solat Hajat dan Majlis Berbuka Puasa sempena Ihya' Ramadan yang diadakan baru-baru ini.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang telah memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan Majlis Sumbangan Duit Raya kepada anak-anak yatim yang memerlukan.

Sekolah akan bercuti dari 3 Ogos 2013 sehingga 18 Ogos 2013. Sekolah akan dibuka semula pada 19 Ogos 2013 (Isnin).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam menjayakan aktiviti sekolah amatlah dihargai. Pada bulan yang mulia ini, kami semua pentadbir, guru dan staf sokongan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata dan salah serta silap semoga harap dimaafkan.

Wednesday, July 10, 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Selamat datang wahai Ramadhan yang mulia. Pada hari ini, 9 Julai 2013 (Rabu) bersamaan 1 Ramadhan 1434H adalah hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Di sini pihak sekolah ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKS2BK yang beragama Islam. Semoga pahala puasa anda semua diterima Allah S.W.T.. Maka marilah kita semua berusaha menambahkan amal kebajikan dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Di samping itu, kita juga digalakkan untuk mengerjakan perkara-perkara sunat bagi meningkatkan taqwa kita.

Friday, November 9, 2012

UCAPAN TERIMA KASIH MANTAN GURU BESAR SKS2BK

Kepada,

Anak-anak/ibu bapa/penjaga dan  guru-guru SKS2BK yang telah membenarkan atau memberi hadiah kepada guru besar sempena Majlis Perpisahan Guru Besar SKS2BK pada 8 November 2012 yang lalu.

"TERIMA KASIH"

Ikhlas daripada,
Pn. Maimoon bt. Dusa
(Mantan Guru Besar SKS2BK)

Thursday, November 4, 2010

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Pada 5 November 2010 (Jumaat) seluruh warga negara Malaysia yang beragama Hindu akan menyambut Hari Deepavali. Mereka akan bersembahyang dan mengunjungi sanak-saudara dan handai taulan untuk meraikannya. Pada kesempatan ini, SKS2BK ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh warganya yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid yang berketurunan India. Semoga pada tahun ini membawa kemewahan kepada anda dan keluarga.

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Esok pada 21 Jun 2010 (Isnin) akan bermulalah kembali sesi persekolahan penggal kedua pada tahun ini. Bersiap sedialah wahai para pelajar SKS2BK dengan peralatan persekolahan anda beserta buku-buku pelajaran yang sepatutnya dibawa ke sekolah pada esok hari. Kita akan mulakan hari esok dengan perhimpunan rasmi. Diharap semua warga SKS2BK bersedia untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Puan Guru Besar. Sampai jumpa esok di sekolah.

Saturday, May 16, 2009

Sumbangan Buku


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Thilagavathy di atas sumbangan 173 buah buku untuk kegunaan sekolah.

Kem Bestari Solat

Pada hari ini 16.05.09 telah berlangsung Kem Bestari Solat untuk pelajar Tahun 1 dan 2. Kebetulan tarikh hari ini juga merupakan tarikh Hari Guru di negara kita. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara!
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat. Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengkesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.


Lagu Tema "Guru Pembina Negara Bangsa"
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Sunday, May 10, 2009

IBU, RATU HATIKU... Selamat Hari Ibu Kepada Semua Yang Bergelar IBU

Apa sahaja sebutannya sama ada ibu, emak, ummi, mama atau mummy maknanya sama saja iaitu panggilan istimewa yang digunakan oleh seorang yang bergelar anak kepada seorang wanita yang telah melahirkannya...
Peranan dan tanggungjawab wanita yang bergelar IBU amat penting dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Walaupun ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai anak adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai dan memberikan sepenuh kebahagian kepada mereka.
Oleh itu, hargailah & sayangilah IBU anda, sementara IBU masih ada di dunia ini, sementara IBU masih bernafas, pandanglah dan tataplah sepuasnya wajah IBU setiap kali kau bangun tidur, peganglah dan ciumlah tangan IBU, ciumlah pipi IBU, biar pipi IBU basah dek airmatamu, jangan biarkan pipi IBU basah kerana menangisi keangkuhanmu. Sementara IBU masih ada, lakukan segalanya yang terbaik untuk ibu. Tanpa IBU kita tidak akan lahir ke dunia ini, tanpa IBU segalanya tidak bererti. IBU, kaulah RATU DI HATIKU...
Selamat Hari Ibu kepada semua IBU, khasnya guru-guru dan warga SKS2BK dan semua ibu bapa kepada murid-murid SKS2BK... Semoga anak-anak anda adalah anak-anak yang SOLEH & SOLEHAH... Amin

Saturday, May 9, 2009

Saturday, March 28, 2009

Ucapan Penghargaan















Ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah melibatkan diri dalam menjayakan Sukan Tahunan 2009 SKS2BK.

Thursday, May 15, 2008

"SELAMAT HARI GURU"

"GURU CEMERLANG, NEGARA TERBILANG"...
Khas untuk semua guru SKS2BK:
Ketabahan, keikhlasan, kesungguhan dan keyakinan anda menjadikan anda semua guru yang cemerlang! Kecemerlangan anda melahirkan bangsa yang gemilang, kegemilangan bangsa menjadikan negara kita terbilang...

Terima kasih CIKGU!...SELAMAT HARI GURU!

Monday, May 12, 2008

TAHNIAH KEPADA PELAJAR TERBAIK PKSR 1 2008

PELAJAR TERBAIK PKSR 1/2008



Tahun 1 Nur Muhd Faiz Mohd Zulhaizan (1C)

Tahun 2 Nivedha a/p Vadivelu (2B)

Tahun 3 Sumedha Ram a/l Bavanaselvan (3B)

Tahun 4 Satish a/l Loganathan (4B)

Tahun 5 Ng Kai Jun (5B)

Tahun 6 Hashvini a/p Loganathan (6E)



PELAJAR 5A PKSR 1/2008



1. Hashvini a/p Loganathan

2. Kaashiminee a/p Gunasekaran

3. Esther Tay May Yuin

4. Ily Alia bt. Dewaluddin

5. Farah Liyana bt. Abdul Aziz

6. Imanina Nadhirah bt. Feisal

7. Grace Tan Ke En

8. Zuzamil Danial b. Nor A'azizam

9. Chloe Choe Wei Ee

10. Muhammad Azim b. Mohd Saiful Bahren

11. Farah Asyiqin bt. Muhamad Ali

12. Wan Nuralia bt. Wan Zeti



"SYABAS ! TINGKATKAN DAN KEKALKAN KECEMERLANGAN ANDA"

Saturday, May 10, 2008

"SELAMAT HARI IBU"

KEPADA GURU-GURU SKS2BK YANG BERGELAR IBU/BAKAL IBU
& JUGA SEMUA IBU-IBU KEPADA MURID SKS2BK:-
Semoga:
> Cerdikmu secerdik Aisyah
> Cantikmu secantik Ainul Mardhiah
> Pengorbananmu setinggi Sumaiyah
> Ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah
> Dan semoga tempatmu di syurga Al Jannah...

" SELAMAT HARI IBU"!......

Monday, May 5, 2008

Selamat Menjalani PKSR 2

Kepada semua guru diucapkan selamat menjalankan tugas. Sementara kepada pelajar pula selamat berjaya.