Ekoran penularan wabak H1N1 yang masih berlarutan, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah yang difikirkan dapat membantu dalam pencegahan wabak ini. Antara langkah-langkah tersebut ialah mewajibkan pemakaian 'mask' untuk semua warga SKS2BK dan pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah. Oleh itu, semua warga sekolah boleh membeli 'mask' dari Kelab Guru dan Staf yang dijual dengan harga RM0.30 seunit. 'Mask' akan dijual pada awal pagi di kantin dan juga di kelas-kelas melalui guru kelas masing-masing. Bagi pelawat pula boleh membeli 'mask' di pejabat sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk memastikan anak masing-masing memakai 'mask' apabila hadir ke sekolah. Selain itu, ibu bapa juga diminta tidak menghantar anak-anak yang didapati demam atau ada gejala ILI ke sekolah. Sekiranya anak tuan puan demam di sekolah dan tuan puan mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah, sila datang mengambil anak dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan.
Kerjasama semua ibu bapa, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Thursday, September 3, 2009
Tuesday, May 19, 2009
PEMBERITAHUAN PENTING - HFM
Adalah dimaklumkan pada 19 Mei 2009 pihak pejabat kesihatan Daerah Petaling telah membuat pemeriksaan kesihatan semua murid 1 Anggerik, tandas, kantin dan sekitar kawasan sekolah. Pegawai-pegawai tersebut juga membuat pemeriksaan ke atas pelajar tahun 1 Anggerik yang dikhuatiri mendapat jangkitan penyakit HFM. Sebarang pengesahan akan dibuat oleh pejabat Kesihatan Daerah Petaling dalam waktu terdekat. Pihak sekolah akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara ini. Diharap semua ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak ke sekolah.
Saturday, May 2, 2009
Bulan HEM 09 - Pameran Anti Dadah dan Denggi
Thursday, April 16, 2009
SEMINAR KESIHATAN MENTAL DIKALANGAN KANAK-KANAK
Pada 9 April 2009 satu seminar kesihatan mental dikalangan kanak-kanak telah diadakan di Pusat Pengurusan Latihan JPS, Seksyen 6, Shah Alam. Semiar ini adalah anjuran Unit Psikiatri Remaja & Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya bersama Unit Pendidikan Khas JPS.
Kanak-kanak dan kesihatan mental
Kesihatan mental yang baik semasa alam kanak-kanak menentukan kesihatan mental yang stabil sepanjang alam dewasa. Pengalaman semasa kecil membina dan memperkukuhkan kesihatan mental, yang mana ini perlu dan menentukan asas kesihatan fizikal dan mutu kehidupan seseorang itu.
Q1) Apakah dia kesihatan mental?
Kanak-kanak dan kesihatan mental
Kesihatan mental yang baik semasa alam kanak-kanak menentukan kesihatan mental yang stabil sepanjang alam dewasa. Pengalaman semasa kecil membina dan memperkukuhkan kesihatan mental, yang mana ini perlu dan menentukan asas kesihatan fizikal dan mutu kehidupan seseorang itu.
Q1) Apakah dia kesihatan mental?
- Tidak berpenyakit fizikal tidak bermakna kesihatan mental seseorang itu baik.
- Kesihatan mental adalah cara kita berfikir, merasa dan berkelakuan.
- Ia juga adalah bagaimana kita berinteraksi bersama orang lain.
- ia adalah bagaimana seseorang melihat dirinya, masalah mereka dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah itu, bagaimana seseorang itu menilai dan membuat pilihannya.
- Ia juga bagaimana seseorang itu berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki dan dilihat perlu di dalam kehidupan mereka.
Ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di dalam kehidupan mereka tetapi orang dewasa tidak mengambil kira atau memperkecilkan perkara ini. Kanak-kanak membentuk 39% dari populasi dunia dan WHO menganggarkan 20% dari kanak-kanak ini mempunyai masalah kesihatan mental. Ramai diantaranya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan.
Apa akan berlaku jika kanak-kanak ini tidak menerima pertolongan?
- Mereka tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan mereka seperti rakan sebaya.
- Mereka berisiko untuk hilang minat dan tidak menghabiskan pembelajaran mereka.
- Mereka lebih berisiko ponteng dan berkemungkinan besar untuk dibuang sekolah.
- Dari pengaruh kawan-kawan, mereka berisiko untuk mula merokok atau mencuba, dan menggunakan berbagai jenis dadah.
- Mereka lebih ingkar, membantah dan kurang bekerjasama dengan ibu bapa dan guru.
- Mereka berisiko untuk melarikan diri dari rumah.
- Untuk membantu tabiat mereka, mereka lebih menggunakan kekerasaan dan ugutan untuk mendapatkan kehendak mereka.
- Mereka lebih berisiko untuk melakukan kelakuan berisiko tinggi pada umur yang agak muda contoh menggunakan kekerasan, bertindak aggresif, atau terlibat dan melakuan kelakuan seksual.
- Mood mereka mudah berubah menjadi murung, sedih atau mudah meradang.
- Bersama dengan perubahan dalam mood mereka, mereka sering mempunyai pemikian yang negetif tentang diri mereka dan alam sekitar, mereka merasai mereka tidak berguna, hilang harapan dan bersalah. Mereka sering menyalahi diri mereka merasai mereka tidak berguna, sampai ke tahap ini, mereka bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.
- Ada yang berfikiran tidak ada gunanya untuk terus hidup.
- Alam kanak-kanak sepatutnya merupakan masa yang dipenuhi dengan keseronokkan, kekaguman dan perasaan keriangan. Tetapi yang sebenarnya, bagi kebanyakkan kanak-kanak ini alam mereka berbeza. Ketahui bila anak anda atau rakan mereka mungkin mengalami kesusahan :-
Akademik
- Aduan mengenai masalah membaca, menulis atau mengira.
- Prestasi sekolah yang tidak memuaskan walaupun kanak-kanak itu berusaha.
- Penurunan prestasi sekolah yang mendadak atau mengejut.
Kelakuan
- Aduan dari guru atau rakan sebaya tentang kanak-kanak itu susah atau tidak boleh duduk diam di dalam kelas, mereka sentiasa perlu bergerak, meninggalkan tempat duduk mereka atau mengacau atau bercakap-cakap dengan mereka semasa guru mengajar.
- Hiperaktif, gelisah, tidak boleh duduk diam melainkan semasa menonton telivisyen, atau bermain komputer.
- Sentiasa tidak boleh mengikut kata atau arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap ibu bapa, guru atau rakan.
- Membuli dan sering menggunakan ugutan pada orang lain.
- Sering dibuli
- Tidak mudah berkawan
- Selalu mudah marah dan bertindak aggresif contoh menjerit, membaling atau memukul orang lain.
- Perubahan dalam corak pemakanan atau tidur mereka
- Hilang atau kurang tenaga dan motivasi
- Hilang atau kurang minat dalam alam persekolahan atau aktiviti yang dahulunya diminati mereka.
- Makan terlampau banyak, atau membuang, menjauhi dan takut makan
- Merokok untuk menolong mereka mengendalikan diri mereka
- Iedea dan kelakuan yang tidak biasa seperti suka menyendiri, merasa cemas atau ketakutan.
Emosi
- Menyuarakan kebimbingan, ketakutan atau perasaan cemas.
- Muka dan perasaan muram, sentiasa atau mudah menangis.
- Selalu cepat marah dan hilang kawalan diri.
- Menyuarakan merasa kebingungan, tertekan, susah hati atau tidak gembira.
- Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi ngeri atau sedih, sentiasa letih, susah untuk menumpukan perhatian atau tidak boleh berfikir dengan betul.
- Sentiasa berfikiran negatif, hilang kemampuan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah.
- Mengadu telah disentuh oleh orang lain dan tidak merasa selesa atau tidak dapat melupakan kejadian itu.
- Takut gemuk dan mulai tidak makan dengan betul.
Mengetahui bila kanak-kanak ini memerlukan pertolongan dan mengambil tindakan awal, menolong kanak-kanak dan keluarga mereka menyelesaikan masalah mereka sebelum terlambat. Ini menurunkan risiko masalah itu menjadi serius atau berpanjangan.
Q Siapa yang boleh menolong ?
- Keluarga, guru dan rakan-rakan menyedari yang ada tak kena dengan kanak-kanak itu.
- Bercakap dengan mereka suara yang sesuai dan cuba mengetahui perkara apa yang mendatangkan kesan terhadap mereka (Gently talk to them to find out).
- Orang dewasa boleh bercakap kepada orang dewasa lain yang memahami dan mengetahui akan jalan menangani masalah di kalangan kanak-kanak.
- Jangan sekali meminimumkan atau menyingkirkan masalah kanak-kanak itu, masalah ini selalunya tidak hilang begitu sahaja dengan umur kanak-kanak itu, jika tidak diambil kira, masalah itu akan berpanjangan dan menjadi lebih serius.
- Bila masalah tidak hilang walaupun telah berusaha, kanak-kanak itu perlu menerima rawatan dari pihak-pihak tertentu (qualified professional, a doctor, paediatrician, clinical psychologist or psychiatrist).
Q Dimana mendapatkan pertolongan ?
- Kebanyakan doktor yang merawat kanak-kanak mengetahui dan boleh memberikan pertolongan atau merujuk kepada pakar-pakar jika masalah berterusan atau serius.
- Kebanyakan hospital-hospital besar ada kaedah untuk menolong kanak-kanak ini.
Labels:
Bimbingan dan Kaunseling,
Hal Ehwal Murid,
Kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)