Showing posts with label Promosi Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Promosi Pendidikan. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

SUKANEKA & KARNIVAL SUKAN 2013

Sukan merupakan suatu wadah untuk ahli keluarga merapatkan hubungan di antara satu sama lain. Melalui sukan, kita bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah minda juga akan menjadi lebih cerdas. Justeru itu, SKS2BK akan mengadakan Sukaneka pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Padang Sekolah

Acara sukaneka ini diadakan bersempena dengan Temasya Sukan Tahunan yang akan diadakan pada keesokan hari. Selain daripada itu, PIBG juga turut mengambil bahagian dengan mengadakan Karnival Sukan. Karnival Sukan ini terbuka kepada semua pengunjung. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menambah dana PIBG bagi menampung aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun. 

Banyak aktiviti yang disediakan dalam karnival tersebut. Antara aktiviti yang menarik adalah seperti Rumah Hantu, Water Ball, Poney Ride, Taman Arnab, Basikal 3 Roda, Fun Fair, Inflatable dan lain-lain lagi. Semua aktiviti tersebut akan menggunakan kupon sebagai banyak masuk. Bayaran bergantung kepada aktiviti yang ingin disertai. Kupon-kupon boleh diperoleh daripada guru-guru kelas anak masing-masing. Kaunter penjualan kupon juga akan dibuka pada hari berkenaan bagi membolehkan para pengunjung mendapatkan kupon masing-masing.

Jadi, marilah bersama-sama ahli keluarga menjayakan aktiviti Sukaneka dan bergembira di Karnival Sukan yang dianjurkan oleh PIBG SKS2BK. Selain kita bergembira, kita juga dapat membantu menyumbang kepada kesejahteraan sekolah yang lestari dengan melibatkan diri dalam program SARANA IBU BAPA.

Thursday, April 18, 2013

OH! MY ENGLISH

Pada 16 April 2013 (Selasa) yang lalu sekumpulan kakitangan daripada Astro telah datang ke sekolah. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memperkenalkan program Oh! My English yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ceria. Program dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris SKS2BK telah dilaksanakan bersama-sama sebahagian murid sekolah. Ini adalah kerana fasilitator yang disediakan terhad kepada beberapa orang sahaja. Murid-murid yang terlibat telah dipilih oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Pn. Rathi Ambigai. Program ini dijalankan bermula dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah hari.


Latar Pentas



Aktiviti yang dijalankan



Persembahan Murid




Sokongan daripada murid


Wednesday, April 6, 2011

CERAMAH DAN PENDAFTARAN ARITMETIK MENTAL


Sukacita dimaklumkan bahawa Aritmetik Mental Genius Mind akan mengadakan satu ceramah dan pendaftaran di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara pada ketetapan seperti berikut :


Tarikh : 16 April 2011

Hari : Sabtu

Masa : 9:00 pagi

Tempat : Kantin Sekolah

Ibu bapa atau penjaga yang berminat menghantar anak-anak mereka mengikuti kursus ini dijemput menghadiri kelas percubaan bersama dengan anak supaya dapat memperoleh maklumat dan penerangan yang diperlukan daripada kakitangan Syarikat Genius Mind yang akan hadir.