Showing posts with label Sukan Tahunan. Show all posts
Showing posts with label Sukan Tahunan. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

WARNA-WARNI KARNIVAL SUKAN SKS2BK 2013

BELON ISTANA
PONEY RIDE
KANU

WARNA-WARNI TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN
PANCARAGAM KEJOHANAN
RUMAH HIJAU
RUMAH KUNING
RUMAH BIRU
RUMAH MERAH
PENGACARA KEJOHANAN
PASUKAN SORAK
PUTERI ISLAM
TKSR
PBSM
TUNAS PUTERI
GURU BESAR & TETAMU KEHORMAT
OLAHRAGAWAN TAHUN 4
OLAHRAGAWATI TAHUN 4
OLAHRAGAWAN TAHUN 5
OLAHRAGAWATI TAHUN 5
OLAHRAGAWAN TAHUN 6
OLAHRAGAWATI TAHUN 6

Thursday, October 17, 2013

SUKANEKA & KARNIVAL SUKAN 2013

Sukan merupakan suatu wadah untuk ahli keluarga merapatkan hubungan di antara satu sama lain. Melalui sukan, kita bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah minda juga akan menjadi lebih cerdas. Justeru itu, SKS2BK akan mengadakan Sukaneka pada ketetapan berikut : -

Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Padang Sekolah

Acara sukaneka ini diadakan bersempena dengan Temasya Sukan Tahunan yang akan diadakan pada keesokan hari. Selain daripada itu, PIBG juga turut mengambil bahagian dengan mengadakan Karnival Sukan. Karnival Sukan ini terbuka kepada semua pengunjung. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menambah dana PIBG bagi menampung aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun. 

Banyak aktiviti yang disediakan dalam karnival tersebut. Antara aktiviti yang menarik adalah seperti Rumah Hantu, Water Ball, Poney Ride, Taman Arnab, Basikal 3 Roda, Fun Fair, Inflatable dan lain-lain lagi. Semua aktiviti tersebut akan menggunakan kupon sebagai banyak masuk. Bayaran bergantung kepada aktiviti yang ingin disertai. Kupon-kupon boleh diperoleh daripada guru-guru kelas anak masing-masing. Kaunter penjualan kupon juga akan dibuka pada hari berkenaan bagi membolehkan para pengunjung mendapatkan kupon masing-masing.

Jadi, marilah bersama-sama ahli keluarga menjayakan aktiviti Sukaneka dan bergembira di Karnival Sukan yang dianjurkan oleh PIBG SKS2BK. Selain kita bergembira, kita juga dapat membantu menyumbang kepada kesejahteraan sekolah yang lestari dengan melibatkan diri dalam program SARANA IBU BAPA.

Wednesday, October 9, 2013

MAKLUMAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013 KALI KE-12 SERTA KARNIVAL SUKAN SKS2BK

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Sukaneka & Temasya Sukan Tahunan 2013 seperti butiran berikut : -

Aktiviti : Sukaneka / Karnival Sukan
Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Aktiviti : Temasya Sukan Tahunan / Karnival Sukan
Tarikh : 20 Oktober 2013 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga ingin memaklumkan pada 21 Oktober 2013 (Isnin) merupakan cuti peristiwa. Semua murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bercuti pada tarikh tersebut.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday, June 25, 2013

PENANGGUHAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Dukacita dimaklumkan bahawa Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 kali ke-12, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara yang dijadualkan berlangsung pada 29 & 30 Jun 2013 telah ditunda. Ini disebabkan oleh masalah jerebu yang sedang melanda seluruh negara pada ketika ini. Tarikh baharu bagi Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Persekolahan pada 1 Julai 2013 (Isnin) berjalan seperti biasa.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, June 21, 2013

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Dimaklumkan bahawa SKS2BK akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2013 buat kali yang ke-12 pada 30 Jun 2013 (Ahad) yang tidak berapa lama sahaja lagi. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi sumbangan bagi melancarkan temasya sukan tersebut.
 
Tuan/puan boleh membuat sumbangan dalam bentuk wang tunai, makanan, minuman, peralatan dan lain-lain. Semua sumbangan tuan/puan hendaklah diserahkan kepada guru kelas melalui anak masing-masing.
 
Pada hari tersebut, pihak sekolah juga akan kekurangan kakitangan yang akan mengendalikan semua acara yang dipertandingkan. Justeru itu, pihak sekolah memohon tuan-tuan dan puan-puan agar mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu guru-guru mengurus dan melaksanakan segala acara agar ia berjalan dengan lancar dan terurus. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan, tuan/puan boleh menghubungi Pn. Azura bt. Ali (GPK Kokurikulum) di talian 03-80769376.
 
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

MAKLUMAN SUKANEKA DAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa SKS2BK akan menganjurkan Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan 2013 buat kali yang ke-12. Sukaneka dan Temasya Sukan Tahunan pada kali ini akan diadakan seperti butiran berikut : -
 
Aktiviti : Sukaneka
Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 7:40 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
 
Aktiviti : Temasya Sukan Tahunan
Tarikh : 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 7:40 pagi hingga 2:30 petang
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
 
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga ingin memaklumkan bahawa pada 1 Julai 2013 (Isnin) merupakan cuti peristiwa. Semua murid SKS2BK akan bercuti pada hari tersebut.
 
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wednesday, June 19, 2013

SUKANTARA 2013

Temasya Sukan Tahunan SKS2BK telah hampir tiba. Sebagai permulaannya, semua rumah sukan perlu melalui acara sukantara bagi mengumpul markah permulaan sebelum temasya sukan bermula. Justeru itu, SKS2BK akan mengadakan acara sukantara pada 20 Jun 2013 (Khamis). Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) wajib mengambil bahagian dalam acara mengikur kategori yang dipertandingkan. Oleh itu, mereka perlu memakai pakaian sukan sepanjang acara itu sedang dijalankan. Mereka juga digalakkan membawa air yang banyak memandangkan keadaan cuaca yang panas dan berdebu. Ini bagi mengelakkan daripada kehausan dan kepenatan semasa menjayakan acara ini.

Acara sukantara ini akan berlangsung bermula dari jam 7:40 pagi hingga 10:30 pagi. Semua guru yang mengajar Tahap 2 pada masa tersebut perlu berada di padang sekolah untuk mengawal disiplin murid sekaligus menjalankan tugas masing-masing bagi melaksanakan acara-acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dipertandingkan telah dikategorikan mengikut tahun seperti berikut :

  • Tahun 4 (100 meter dan Lompat Tinggi)
  • Tahun 5 (100 meter dan Lompat Jauh)
  • Tahun 6 (100 meter dan Lontar Peluru)

Tuesday, May 21, 2013

LATIHAN SUKAN TAHUNAN 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2013 seperti butiran berikut : -

Tarikh : 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, latihan sukan tersebut akan dijalankan seperti jadual berikut : -

Masa
2.00 petang – 4.00 petang
Sasaran
Tarikh
22.5.13
12.6.13
13.6.13
18.6.13
19.6.13
Semua murid Tahun
4,5 & 6
Hari
Rabu
Rabu
Khamis
Selasa
Rabu
Rumah
Sukan
Semua Rumah Sukan
Rumah Biru
&
Rumah Hijau
Rumah Kuning &
Rumah Merah
Rumah Biru
&
Rumah Hijau
Rumah Kuning
&
Rumah Merah

*Nota : Pada hari berkenaan murid dikehendaki memakai pakaian sukan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Friday, May 3, 2013

TEMPAHAN PAKAIAN SUKAN 2013

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan pada bulan Jun 2013. Sehubungan dengan itu tuan/puan boleh membuat tempahan pakaian sukan untuk anak tuan/puan dengan melengkapkan borang yang telah diberi kepada anak masing-masing. Bayaran dan borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada guru kelas anak masing-masing sebelum atau pada 13 Mei 2013.

Sokongan dan kerjasama serta keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


TEMPAHAN PAKAIAN SUKAN 2013 (KELAB KEUSAHAWANAN)

Nama : …………………………………………………………….. Kelas (2013) : ……………………

Rumah Sukan ( Merah / Biru / Kuning / Hijau )    Bayaran : RM …………………….

Perkara
Harga
Tandakan ( √ )
Harga Pakej 
(T-Shirt, Seluar dan Topi)
RM 40.00

Harga T-Shirt
RM 17.00

Harga Topi
RM 14.00

Harga Seluar
RM 16.00

*Tandakan (√) pada ruang yang berkenaan
*Murid-murid Tahun 1 digalakkan membeli harga pakej

Yang benar,


…………………………………………....

Nama :…………………………………….
No. Tel : ………………………………….