Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

PERGINYA SEORANG GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang SKS2BK. Begitulah gelaran yang diberikan kepada YM Raja Othman bin Raja Ismail. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Oktober 2010 sebagai Guru Cemerlang. Beliau berpindah ke sekolah ini dari SMK Sri Serdang. Dilahirkan pada 12 Januari 1957 di Kuala Dal, Padang Rengas, Perak. Telah berkahwin dan mempunyai 6 orang cahaya mata. 

Beliau mula berkhidmat sebagi guru biasa di SK Matang Gerdu, Bagan Serai pada 3 Januari 1978. Kemudian beliau bertugas pula di SK Bagan Serai pada 1 Mac 1987. Pada 1 Disember 1988 beliau sekali lagi berpindah ke SK Matang Gelugor. Bagi meningkatkan profesion pendidikan, beliau telah mengikuti Kursus Perguruan selama 1 tahun di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Setelah tamat pengajian, beliau ditempatkan di SMK Simpang, Taiping pada 1 November 1996. Dalam masa yang sama, beliau telah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pendidikan di UPM secara pendidikan jarak jauh (PJJ) pada 1 Jun 1997. Pengajian beliau tamat dengan menerima Master Sains (Pentadbiran Pendidikan) pada 1 Januari 2000. 


Dengan berbekalkan ijazah sarjana yang diperolehnya, beliau diterima bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Bahagian Buku Teks sebagai Timbalan Pengarah bahagian tersebut. Daripada KPM beliau ditempatkan semula di sekolah iaitu SMK Sri Serdang. Sebelum beliau mendapat arahan untuk berpindah untuk ke sekian kalinya, beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di UPM.  Majlis konvokesyennya di jangka berlangsung pada bulan November 2013. 


Begitulah kerjaya seorang guru cemerlang yang telah berjaya membuktikan bahawa pendidikan penting untuk meningkatkan potensi kerjaya dan ilmu pengetahuan untuk mengajar anak didik sehingga berjaya. Kini beliau, ditempatkan di SK Taman Universiti, Serdang dengan baki perkhidmatan selama 3 tahun. Terima kasih kepada YM Cikgu Raja Othman b. Raja Ismail kerana telah mencurahkan ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman bersama dengan kami. Semoga cikgu berjaya di tempat baharu dengan cabaran baru.

Tuesday, May 25, 2010

Cikgu Zeti Afnaz ke KPM

Cikgu Zeti adalah gelaran buat guru Sains tahun 6 ini. Beliau telah mula bertugas di sekolah ini sejak 03/01/2005. Dengan memegang jawatan pengendali makmal komputer fasa 3 bersebelahan dengan kantin sekolah. Beliau akan berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkuatkuasa pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun beliau telah meminta penangguhan sehingga 25 Mei 2010 atas urusan penyerahan tugas. Terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada sekolah amnya dan murid khususnya. Selamat menjalankan tugas di tempat baru dengan persekitaran baru. Semoga berjumpa di lain waktu.