Showing posts with label Merentas Desa. Show all posts
Showing posts with label Merentas Desa. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

 Taklimat Keselamatan Kepada Murid

 Senamrobik

 Taklimat Check-Point

 SKS2BK "Boleh"

 Kejohanan Merentas Desa Dimulakan

 Pentadbir bersama wakil PIBG

 Laju! Laju! Laju!

Pendaftaran Pemenang

Monday, January 13, 2014

LATIHAN MERENTAS DESA 2014

Aktiviti merentas desa adalah salah satu aktiviti panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan dalam merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu, satu latihan persediaan akan dilaksanakan sebagai pendedahan awal tentang aktiviti tersebut. Selain daripada itu, latihan ini juga memberi panduan kepada semua murid untuk mengenal pasti laluan yang akan dilalui oleh mereka. Aktiviti ini akan diadakan mengikut butiran berikut : -

Tarikh : 15 Januari 2014 (Rabu)
Masa : 2:00 - 4:00 petang
Tempat : Sekitar Bandar Kinrara dan Bukit Kuchai

Oleh kerana aktiviti ini akan dijalankan di luar kawasan sekolah, pihak sekolah sangat berbesar hati untuk menerima sumbangan tenaga semua ibu bapa yang berkelapangan untuk membantu pihak sekolah mengawal lalu-lintas demi keselamatan anak-anak kita semua. Jasa baik tuan/puan amatlah diperlukan dan dihargai. Sokongan dan kerjasama daripada tuan/puan di dalam hal ini kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.




Thursday, January 24, 2013

ACARA MERENTAS DESA SKS2BK 2013

GARISAN PERMULAAN


PESERTA YANG BERJAYA MENAMATKAN LARIAN



MENCATAT NAMA & MASA PEMENANG


BERKUMPUL DI DATARAN CEMERLANG
SETELAH TAMAT LARIAN


SENAMROBIK 


GURU-GURU YANG TELAH MENJAYAKAN
ACARA MERENTAS DESA


Tahniah dan syabas kepada guru-guru, ahli PIBG, ibu bapa/penjaga, pasukan PDRM, dan warga SKS2BK yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan acara merentas desa pada tahun ini. Semoga masyarakat SKS2BK akan lebih cergas dan sihat selamanya. 

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Monday, January 14, 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013

Dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan Larian Merentas Desa seperti butiran di bawah : -

Aktiviti
Tarikh & Masa
Tempat
Percubaan Merentas Desa
16 Januari 2013 (Rabu)
2.00 – 4.00 petang
SK Seksyen 2 Bandar Kinrara & Kawasan Perumahan
Larian Merentas Desa
23 Januari 2013 (Rabu)
2.00 – 4.00 petang
Taman Bukit Kuchai

Borang kebenaran ibu bapa/penjaga telah diserahkan kepada anak masing-masing pada 11/1/2013 (Jumaat) yang lepas. Borang tersebut hendaklah dilengkap kemudian diserahkan kepada guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya pada 16 Januari 2013 (Rabu).

Sokongan dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saturday, January 29, 2011

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011

Bermula kurang lebih jam 8.00 pagi, persiapan untuk acara larian merentas desa kali ini telah disediakan. Setelah melakukan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Noraafizan sebagai instruktor untuk senamrobik dan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Cikgu Mohd. Fadzli, semua peserta larian dilepaskan dengan rasminya oleh YDP PIBG SKS2BK.

Peserta yang mengambil bahagian pada larian merentas desa pada kali ini adalah murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Mereka dilepaskan secara berasingan. Murid perempuan dilepaskan terlebih dahulu sebelum dilepaskan murid lelaki.

Jarak larian yang sejauh hampir 5km ini hanya mengambil masa hampir 1 jam. Setelah semua peserta selamat tiba di sekolah, barulah acara penyampaian hadiah dijalankan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Mohamed Salem (GPK HEM), En. Azmin (GPK Kokurikulum), Pn. Maimoon (Guru Besar) dan En. Hamlay (YDP PIBG).

Acara Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sebuah lori Vico yang memberikan air minuman kepada semua peserta larian, guru dan ibu bapa yang bertugas pada acara tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan acara merentas desa pada kali ini.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Friday, January 21, 2011

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan mengadakan aktiviti larian merentas desa untuk murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Aktiviti tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Percubaan Merentas Desa
26 Januari 2011 (Rabu)
Dari 2.00 - 4.00 petang
Sekitar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Larian Merentas Desa
29 Januari 2011 (Sabtu)
Dari 7.30 - 11.30 pagi
Sekitar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara dan kawasan perumahan Taman Bukit Kuchai

Tuan/puan dikehendaki mengisi borang kebenaran untuk membolehkan anak tuan/puan menyertai larian tersebut. Borang tersebut telah diserahkan kepada anak tuan/puan dan mesti dikembalikan kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 24 Januari 2011 (Isnin).

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.