Khamis (24 Januari 2013), Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kerajaan Malaysia telah mewartakan bahawa hari ini adalah cuti umum bagi seluruh rakyat negara ini. Rasulullah adalah nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam. Baginda telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Ini adalah sejarah yang setiap umat Islam perlu tahu tentangnya. Justeru itu, marilah kita umat Islam SKS2BK khasnya dan Malaysia amnya mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita mengamalkan sunnahnya agar dunia kenal akan budaya Islam yang summul (menyeluruh) itu. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 25 Januari 2013 (Jumaat). SKS2BK mengucapkan selamat bercuti kepada semua warganya. Habiskanlah cuti anda bersama dengan keluarga yang tercinta.
No comments:
Post a Comment