Friday, January 10, 2014

PROSES BAIKPULIH KANTIN SEKOLAH

Pada penghujung bulan Disember 2013 yang lalu, kantin sekolah telah mendapat kelulusan untuk membaikpulih tetupai dan siling kantin sekolah. Kelulusan diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bertujuan untuk menggantikan tetupai dan siling kantin sekolah yang telah dimakan anai-anai. Walaupun begitu, kantin sekolah masih beroperasi seperti biasa. Justeru itu, pihak sekolah menasihatkan agar semua murid, ibu bapa dan penjaga agar berhati-hati ketika berada berhampiran atau di dalam kantin sekolah.

Patuhi arahan guru, pekerja dan pengusaha kantin sekolah sentiasa. Jangan menghampiri atau melepasi tali kecemasan yang telah dipasang di sekitar kawasan baikpulih. Selain daripada itu juga, susur gajah yang terletak di belakang kantin sekolah juga akan ditutup buat sementara waktu. Murid-murid boleh menggunakan laluan kecil yang akan dibuka bersebelahan pondok pengawal sebagai laluan alternatif murid untuk keluar dan masuk ke sekolah. Sekian, harap maklum.

"KESELAMATAN ANDA, TANGGUNGJAWAB KAMI"

No comments:

Post a Comment