Thursday, July 10, 2014

SEKAPUR SIRIH



Assalamualaikum Wrbkth.



Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya sebagai guru besar dan mewakili barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. 

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini. 

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. 
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. 

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.
Wassalam. 

Countdownd For UPSR 2014


Wednesday, July 9, 2014

JADUAL UJIAN FORMATIF 2 (JULAI) 2014

Tahun 5 dan 6 sahaja



Tarikh / Hari bagi Ujian Formatif 1
Tarikh / Hari bagi Ujian Formatif 2
Masa (minit)
Mata Pelajaran
Jenis Kertas
11 Mac 2014
(Selasa)
8 Julai 2014
(Selasa)
8.00 – 9.15 (75)
BM Penulisan
Subjektif
11.15 – 12.30 (75)
BI (Kertas 2)
Subjektif
12 Mac 2014
(Rabu)
9 Julai 2014
(Rabu)
8.00 – 9.15 (75)
Sains
Subjektif
9.30 – 10.10 (40)
MT (Kertas 2)
Subjektif
11.15 – 12.15 (60)
AG/MO
Subjektif
13 Mac 2014
(Khamis)
10 Julai 2014
(Khamis)
8.00 – 8.50 (50)
BM Pemahaman
Objektif
9.30 – 10.20 (50)
BI (Kertas 1)
Objektif
11.15 – 12.15 (60)
MT (Kertas 1)
Objektif

Tuesday, July 1, 2014

ANUGERAH PROGRAM NILAM JUN 2014

Pada hari Isnin yang lepas, 30 Jun 2014, acara penyampaian hadiah bagi Program NILAM telah diadakan semasa perhimpunan. Hadiah diberikan kepada pembaca buku terbanyak dari kelas Tahun 1 hingga Tahun 6. Pemilihan ini dibuat berdasarkan jumlah buku yang dibaca sehingga bulan Jun 2014. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Manila, Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. Berikut merupakan senarai nama pembaca buku terbanyak dari setiap tahun:
    1. Dhia Danisha bt Zainudin (1B) - 36 buah buku
    2. Laekhashri a/p Tharumalingam (2D) - 117 buah buku
    3. Nur Irdina Balqis bt Yusmaini (3E) - 253 buah buku
    4. Tharini a/p Gunalan (4C) - 141 buah buku
    5. Nuha Alia bt Amir Azlan (5A) - 337 buah buku
    6. Wan Noorafiqah bt Wan Abdillah (6A) - 174 buah buku







KEM BESTARI SOLAT

Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Kem Bestari Solat pada hari Jumaat yang lepas, 27 Jun 2014. Semua murid Tahap 1 yang beragama Islam telah terlibat dalam kem ini. Fokus pelaksanaan Kem Bestari Solat pada kali ini ialah niat solat dan bacaan surah dalam solat. Aktiviti ini dilaksanakan secara 'Bermain Sambil Belajar'. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan bagi memastikan semua murid terlibat secara aktif semasa kem ini seperti 'Bola Beracun' dan 'Kerusi Muzik'. Selain itu, murid-murid juga telah diuji secara individu bagi surah-surah yang ditetapkan, iaitu:

          Tahun 1 : Surah al-fatihah, surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas
          Tahun 2 : Surah al-fatihah, surah al-kautsar, surah al-fil, surah quraisy dan surah al-kafirun
          Tahun 3 : Surah al-fatihah, surah al-main, surah al-kautsar dan surah an-nas


Sekitar perjalanan program:

Sesi senamrobik yang diketuai oleh Ustaz Wan Asuwadi




Permainan Bola Beracun



Permainan Kerusi Muzik



Sesi hafazan bacaan dalam solat

Penyampaian hadiah oleh Ustazah Akmal bagi murid yang memenangi pertandingan Bola Beracun dan Kerusi Muzik.




Monday, June 30, 2014

Hari Terbuka Sekolah 2014 ( Tahap 2 )









Objektif Hari Terbuka :
  1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
  2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk sahsiah & kokurikulum)
  3. Hal-hal lain yang difikirkan perlu.
  4. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan sekolah.

Terima Kasih diucapakan kepada semua Ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Terbuka Sekolah SKS2BK 2014 (Tahap 2 )

Thursday, June 26, 2014

JADUAL WAKTU SEMPENA BULAN RAMADHAN

Dimaklumkan kepada warga Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara, 
jadual waktu persekolahan pada bulan Ramadhan akan berjalan seperti biasa. 

Harap maklum.

Wednesday, June 25, 2014

KARNIVAL 3K

Karnival 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 25 Jun 2014. Seramai tiga orang murid Tahun 5, iaitu Muhammad Haziq Qayyum bin Muhammad Fauzi, Syed Danish Ammar bin Syed Azam Fouzi dan Muhammad Uzair bin Mohd Zan serta diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Norliza Hanim bt. Razali telah menyertai karnival ini. Karnival ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang kepentingan mengamalkan amalan 3K di samping menjadi rol model kepada murid-murid yang lain. Banyak aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta telah terlibat aktif semasa karnival tersebut.










BENGKEL PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR (LADAP)

Satu Bengkel Pertolongan Cemas dan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) telah diadakan bagi guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara seperti ketetapan di bawah:

                               Tarikh     :   24 Jun 2014
                               Hari        :   Selasa
                               Masa      :   2.30 petang hingga 4.45 petang
                               Tempat   :   Dewan Wawasan SKS2BK

Bengkel ini telah disampaikan oleh En. Anbalagan a/l Muthusami yang dijemput khas dari Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Semua guru telah terlibat secara aktif dalam kursus ini. Beberapa orang guru secara sukarela telah tampil ke hadapan untuk mencuba cara mengendalikan CPR dan menggunakan bahan-bahan dalam peti pertolongan cemas dengan betul seperti cara membersihkan luka menggunakan ubat dan bahan yang bersesuaian.


Penerangan oleh penceramah





Sesi soal jawab







Sesi amali yang disertai oleh guru-guru.


Tuesday, June 24, 2014

JADUAL GERAK GEMPUR KELAS UPSR 2014

 

GERAK GEMPUR 1


TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
1
24 JUN 2014
(SELASA)
8.00 pagi - 8.50 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.30 pagi - 10.20 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11.15 pagi - 12.30 tgh
Bahasa Melayu (Penulisan)
2
25 JUN 2014
(RABU)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 2)
3
26 JUN 2014
(KHAMIS)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Sains
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 1)


GERAK GEMPUR 2 / PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR


TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
1
22 JULAI 2014
(SELASA)
8.00 pagi - 8.50 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.30 pagi - 10.20 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11.15 pagi - 12.30 tgh
Bahasa Melayu (Penulisan)
2
23 JULAI 2014
(RABU)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 2)
3
24 JULAI 2014
(KHAMIS)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Sains
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 1)


GERAK GEMPUR 3


TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
1
12 OGOS 2014
(SELASA)
8.00 pagi - 8.50 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
9.30 pagi - 10.20 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11.15 pagi - 12.30 tgh
Bahasa Melayu (Penulisan)
2
13 OGOS 2014
(RABU)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 2)
3
14 OGOS 2014
(KHAMIS)
8.00 pagi - 9.15 pagi
Sains
11.15 pagi - 11.55 pagi
Matematik (Kertas 1)


Monday, June 23, 2014

Sambutan Hari Lahir Murid & Guru Bulan Jun & Julai






Guru penyayang merupakan sebahagian daripada tugas seorang guru. Bagi menghargai guru-guru dan murid-murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan sambutan hari lahir untuk mereka.Dengan sambutan sebegini, mereka akan berasa dihargai dan diingati. Selamat Hari Lahir kepada semua yang menyambutnya pada bulan Jun dan Julai 2014.