28 April 2008.
Hari pertama minggu ini dimulakan dengan perhimpunan mingguan di Dataran Perhimpunan. Pn. Sharifah Noordiran bt. Syed Othman, Pn. Tengku Hasnol Atikah bt. Tn. Hassan dan Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapathi merupakan guru bertugas pada minggu ini.
Semasa berucap, Guru Besar memperkenalkan perkataan baru iaitu 'cabip'. Beliau meminta pelajar secara sukarelka memberikan makna perkataan tersebut di atas pentas. Dua orang pelajar tampil ke hadapan mencuba namun jawapannya tidak tepat.
Isi utama ucapan Guru Besar adalah berkaitan disiplin pelajar dari segi kawalan kadar kebisingan. Suasana bising tidak bertempat boleh menimbulkan banyak masalah. Di antaranya ialah mengganggu pelajar yang sedang belajar. Pelajar yang sedang belajar akan terjejas tumpuannya serta sukar untuk mendengar isi perkara yang hendak gurunya sampaikan. Sehubungan itu adalah perlu untuk setiap pelajar agar mengawal kadar kebisingan terutama sewaktu bercakap (jangan menjerit-jerit), seretan kasut, dan berlari. Guru Besar mengingatkan agar Pengawas (yang menjadi barisan pertama dalam membantu guru mengawal disiplin) serta Ketua Kelas dan Penolongnya wajib mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta membantu mengawal pelajar lain agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan.
Akhirnya Guru Besar memberikan makna perkataan cabip tersebut iaitu cakap bila perlu. Guru Besar juga memaklumkan bahawa perkataan tersebut bukanlah perkataan rasmi tetapi singkatan yang direka sendiri agar pelajar mudah mengingatinya dan mengamalkannya. Itulah harapannya.
No comments:
Post a Comment