Tuesday, November 4, 2008

Kriteria Pemilihan Tokoh Sinar 2008

KRITERIA PEMILIHAN TOKOH

1.1 Murid yang layak dicalonkan.
Hanya murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara yang layak dicalonkan walaupun murid tersebut murid baru di sekolah ini.

1.2. Penilaian Ketokohan Murid
1.2.1 Murid-murid ini akan dinilai ketokohan melalui penglibatan mereka dalam kepimpinan, akademik, kokurikulum dan ketrampilan sahsiah dari tahun 4, 5 hingga tahun 6.

1.2.2 Penilaian Kepimpinan
- Rujuk jawatan dan penglibatan dalam pelbagai kegiatan dalaman dan luar sekolah

1.2.3 Penilaian Akademik
1. Kedudukan dalam kelas dalam PKSR2 dan PKSR4 dari tahun 4, 5 dan 6 akan dikira markah dan dinilaikan.
2. Keputusan PKSR2 dan PKSR4 yang diduduki dalam tahun 6 diambil sebagai penilaian akademik mutakhir sekiranya keputusan UPSR tidak dikeluarkan sebelum atau pada Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan.
3. Sekiranya keputusan UPSR dikeluarkan sebelum atau pada Hari Anugerah Kecemerlangan, calon yang dicalonkan mendapat 5A maka calon itu diberi kelayakan untuk menerima anugerah tokoh dan sekiranya antara calon mendapat keputusan yang sama, maka akan dilihat semula keputusan PKSR2 dan PKSR4 mereka untuk menentukan siapakah yang lebih layak menerima anugerah.

1.2.4 Penilaian Sahsiah
1.2.4.1 Penilaian ini merujuk Rekod Unit Displin dan Bimbingan & Kaunseling merangkumi aspek;
1. Kelakuan
2. Sosial
3. Ketrampilan
4. Kelompok dalam kelas
* Walau bagaimanapun kelayakan calon boleh digugurkan mengikut keutamaan hierarki demerit seperti di bawah;
1. Tingkahlaku Jenayah
2. Tingkahlaku Lucah
3. Tingkahlaku Kurang Sopan atau Biadap
4. Tingkahlaku Musnah
5. Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu
6. Tingkahlaku Tidak Mementingkan Pelajaran

1.2.4.2 Pengesahan calon yang dicalonkan. Semua nilaian mengenai sahsiah diri pelajar akan disahkan oleh Guru Disiplin dan Guru Kaunseling.

1.2.5 Penilaian Kokurikulum
2.2.5.1 Perjawatan
1. Pasukan Unit Beruniform/ Kelab dan Persatuan
2.2.5.2 Permainan
2.2.5.3 Kokurikulum dalam kurikulum
2.2.5.4 Lain-lain penglibatan luar bukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (contoh: mental arithmetic, taekwando, golf, bowling dll.)

1.3. Garis Kasar Panduan Pembahagian Markah
1.3.1 Tokoh Akademik (Sinar Bestari)
Akademik 70%
Sahsiah 10%
Kokurikulum 10%
Kepimpinan 5%
Pemerhatian 5%

1.3.2 Tokoh HEM (Sinar Nurani)
Sahsiah 70%
Akademik 10%
Kokurikulum 5%
Kepimpinan 10%
Pemerhatian 5%

1.3.3 Tokoh Kokurikulum ( Sinar Gerko Jaya)
Kokurikulum 80%
Sahsiah 5%
Akademik 5%
Kepimpinan 5%
Pemerhatian 5%

1.3.4 Tokoh Utama (Tokoh Bitara)
Anugerah ini adalah yang tertinggi dan dipilih dikalangan 3 tokoh di atas. Pelajar ini wajib memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR (jika telah diumumkan) dan pemilihannya dibuat berdasarkan wajaran yang berikut:
Akademik 60%
Sahsiah 15%
Kokurikulum 10%
Kepimpinan 10%
Pemerhatian 5%
Memperolehi markah tertinggi dalam Penilaian Akademik, Penilaian Sahsiah dan Penilaian Kokurikulum.

1.4 Pencalonan Tokoh
1.4.1 Calon dicalonkan oleh Guru Kelas dan guru-guru yang mengajar subjek di kelas Tahun 6 ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral). Hanya murid yang benar-benar layak boleh dicalonkan mengikut panduan kriteria yang telah ditetapkan. Semua calon yang dicadangkan akan disenarai pendekkan oleh JK Anugerah akan mengisi borang pemarkahan yang mengandungi komponen Akademik, Sahsiah, Kokurikulum, Kepimpinan dan Pemerhatian. Wajaran skor setiap komponen adalah bergantung kepada jenis anugerah.

1.4.2. Seseorang murid boleh dicalonkan lebih daripada satu anugerah tokoh tetapi akan menerima hanya satu sahaja anugerah tidak termasuk anugerah Tokoh Utama.

1.4.3. Bagi kategori Tokoh Akademik dan Tokoh HEM calon perlu mendapat 5A dalam UPSR. Sekiranya keputusan belum diumumkan penilaian dibuat berdasarkan keputusan PKSR4. Jika terdapat calon yang difikirkan benar-benar layak, ahli panel pemilihan perlu menyatakan rasional calon tersebut perlu diketengahkan.
1.4.4. Bagi kategori Tokoh Kokurikulum calon yang benar-benar aktif dalam kokurikulum boleh diketengahkan tanpa mengambilkira faktor mendapat 5A dalam UPSR.

No comments:

Post a Comment