Wednesday, May 12, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

Program di atas akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : SKS2BK
Sasaran : Guru, staf pejabat, AJK PIBG, Ibu bapa/Penjaga, Murid (150 orang dari unit
uniform yang telah dipilih), MPSJ

Aktiviti:
1. Membersihkan kawasan persekitaran sekolah (kawasan-kawasan yang telah dipilih oleh pihak sekolah)
2. Pelupusan perabot rosak.
3. Pembersihan stor sekolah di setiap aras bangunan.
4. Keceriaan tandas dan laluan antara bangunan
5. Pembersihan dan keceriaan kolam di padang sekolah.

Ibu bapa/penjaga juga adalah dialu-alukan untuk memberi sumbangan berupa bunga-bunga hiasan, gambar, pokok bunga, tanah dan pasu serta menyumbang tenaga untuk mengecat dan menceriakan kelas anak masing-masing (membawa sendiri cat, berus dan sebagainya yang berkenaan).

Diharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SKS2BK.

1 comment:

  1. Salam, tiada surat perkeliling dari pihak sekolah memaklumkan pada ibubapa berkenaan aktiviti ini. Tidak semua ibubapa ada kemudahan internet.

    ReplyDelete