Friday, March 23, 2012

DERMA TABUNG PIBG 2012

Dimaklumkan bahawa kutipan derma tabung PIBG SK Seksyen 2 Bandar Kinrara bagi tahun 2012 ini diteruskan sebanyak RM50.00 sahaja sekeluarga. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon menjelaskan derma tersebut kepada guru kelas anak tuan/puan masing-masing mulai sekarang.

Kutipan derma ini amat diperlukan bagi membolehkan PIBG melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya terhadap pembangunan, kemajuan dan kecemerlangan sekolah khususnya murid-murid. Jika tuan/puan menghadapi masalah dalam perkara ini, bolehlah berjumpa dengan Yang Dipertua PIBG atau Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara untuk perbincangan atau bantuan.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih

No comments:

Post a Comment