Cuti persekolahan telah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan tahun 2014 beberapa perubahan baharu telah dibuat. Salah satu perubahan yang paling ketara adalah perubahan nama kelas. Nama-nama kelas yang telah digunakan sejak tahun 2008 yang terdiri daripada nama-nama bunga, planet, sistem operasi komputer, logam, sinaran dan permata tidak akan digunakan lagi. Nama-nama yang digunakan sebelum ini amat sukar untuk diingati bukan sahaja kepada ibu bapa dan penjaga malah kepada guru-guru juga. Justeru itu, mulai tahun 2014 nama-nama baharu akan digunakan sebagai menggantikan nama-nama tersebut.
Nama-nama yang akan digunakan pada tahun 2014 adalah seperti Amanah, Bestari, Cemerlang, Dedikasi dan Efisyen. Tujuan nama-nama tersebut dipilih adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid untuk berjaya di dalam pelajaran. Senarai nama murid-murid tahun 2014 telah dikeluarkan oleh pihak sekolah. Senarai nama tersebut telah diletakkan pada papan kenyataan di astaka, bersebelahan dengan pondok pengawal. Para ibu bapa dan penjaga boleh melihat senarai tersebut mulai 23 Disember 2013 (Isnin).
Oleh kerana nama kelas tahun 2014 telah ditukar, peta sekolah juga akan ditampal bersama dengan senarai nama tersebut. Peta sekolah digunakan sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga untuk mengenal pasti kelas anak masing-masing. Malah peta sekolah akan membantu ibu bapa dan penjaga memudahkan pencarian lokasi yang hendak dituju. Justeru itu, ibu bapa dan penjaga dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment